Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Harith Iskander Dan The Hope Branch Bergabung Usaha Membantu Mangsa Banjir Di Kelantan

Pelawak tersebut bersama badan NGO miliknya memperuntukkan nilai RM120,000 untuk usaha bantuan yang bertujuan menyokong komuniti yang terjejas akibat banjir di Pantai Timur Malaysia baru-baru ini

by Aphit J.
February 3, 2024
Share on Facebook

The Hope Branch, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang diasaskan oleh pelawak terkenal Harith Iskander dan isteri Dr. Jezamine Lim, sedang giat menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di Kelantan baru-baru ini.

Memperuntukannan RM120,000

via The Hope BranchSebagai tindak balas kepada keperluan mangsa yang terjejas akibat banjir di Pantai Timur Malaysia baru-baru ini, The Hope Branch telah memperuntukkan sejumlah besar (nilai RM120,000) khas buat bantuan.

Pakej bantuan yang mengandungi barangan seperti beras, ayam segar, sayur-sayuran, ubat gigi, berus gigi, kain lap basah, sarung tangan, topeng muka, tilam, bantal, dan tudung, bertujuan untuk meringankan kesusahan yang dihadapi mangsa banjir.

Operasi bantuan selama 2 hari yang berpusat di Kg Seberang Merbau dan Kg Bukit Budu telah diketuai sendiri oleh Harith dan Dr Jezamine dan dijangka memberi kesan kepada 930-1085 individu di kawasan terdekat.

The Hope Branch juga merakamkan penghargaan kepada Colgate dan BZU BZU Malaysia atas tajaan mereka, meningkatkan kapasiti organisasi untuk menyediakan bantuan menyeluruh kepada mereka yang memerlukan.

Meringankan Beban Mangsa Banjir

via The Hope Branch

Pengasas The Hope Branch, Harith Iskander berkata, keutamaan mereka dalah untuk meringankan beban kepada yang terjejas akibat banjir.

Mereka juga berhasrat untuk membantu seramai mungkin individu dan berterima kasih atas perkongsian dan sumbangan yang diterima.

Dalam menghadapi kesukaran seperti itu, bantuan dan sokongan daripada individu persendirian dan NGO seperti The Hope Branch menjadi suar harapan bagi komuniti ini.

Setiap bantuan yang diberikan adalah dialu-alukan. Ia adalah talian hayat bagi keluarga yang bergelut untuk menghadapi kesan berpanjangan daripada bencana banjir seperti itu.

Di sebalik usaha bantuan segera, The Hope Branch komited untuk memberi bantuan yang berterusan di Kelantan.

Ayuh Berganding Bahu

via The Hope Branch

The Hope Branch menyeru orang ramai untuk berganding bahu dalam menyokong inisiatif bantuan banjir yang sedang dijalankan di Pantai Timur.

Sumbangan, sama ada melalui derma, sukarela atau meningkatkan kesedaran, boleh memberi kesan yang ketara kepada kehidupan mereka yang terjejas.

The Hope Branch menjemput individu untuk melawat halaman media sosialnya (@thehopebranch.my) untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana mereka boleh menyumbang dan memberi impak positif.

Ikuti misi bantuan The Hope Branch, dan jadilah sebahagian daripada usaha kolektif untuk membawa harapan dan sokongan kepada komuniti.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Harith Iskander
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara