Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Hatta Dolmat Cipta Sejarah! “Lukisan” Kini Berjalan Di Pentas, Raih Rekod MBOR

by Phic ARMAN
August 10, 2026
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau selama ini kita biasa tengok lukisan tergantung cantik di dinding, apa pula jadi kalau lukisan itu tiba-tiba berjalan di atas runway?

Itulah yang dibawa pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat, menerusi koleksi ‘SOUL’ pada Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 Closing Show, 9 Ogos lalu.

Bukan sekadar persembahan fesyen biasa, Hatta berjaya mencipta satu lagi sejarah apabila diiktiraf dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi rekod “Most Couture–Art Painting Pairs in a Runway Gallery”.

Dan ini bukan rekod biasa-biasa. Ia merupakan rekod nasional ketiga buat Hatta sepanjang perjalanan kreatifnya dalam industri fesyen.

Hatta Dolmat: Dari Kanvas Ke Couture

Hatta Dolmat

Hatta Dolmat

Konsepnya cukup simple, tetapi hasilnya memang wow.

Untuk koleksi ‘SOUL’, Hatta menampilkan 10 lukisan asli yang dihasilkan olehnya sendiri, sebelum diterjemahkan pula menjadi 10 rekaan haute couture.

Setiap busana mempunyai kaitan secara langsung dengan lukisan yang menjadi inspirasinya. Warna, bentuk, tekstur dan mood daripada kanvas kemudiannya diterjemahkan ke dalam fabrik, potongan dan perincian couture.

Jadi, penonton bukan sekadar melihat baju. Mereka boleh melihat bagaimana sebuah karya seni berpindah daripada kanvas kepada tubuh manusia.

“Painting” Yang Mula Berjalan

Hatta Dolmat

Menariknya, Hatta menggambarkan konsep ini dengan cukup tepat menerusi kata-katanya:

“This time, the painting did not stay on the wall. It walked the runway.”

Fuh! Memang kena dengan konsep

Hatta Dolmat

Hatta Dolmat

Bagi MURAI, apa yang menarik tentang persembahan ini ialah Hatta berjaya mengubah runway menjadi seperti galeri seni hidup. Lukisan dan couture dipersembahkan bersama, membuatkan kita boleh nampak perjalanan kreatif daripada karya seni kepada busana.

View this post on Instagram

Lebih daripada sekadar fesyen, Hatta mahu couture menjadi medium untuk kita melihat, merasa dan mengingati sesuatu.

Dengan rekod MBOR ketiga ini, nampaknya perjalanan 20 tahun Hatta dalam dunia fesyen masih belum habis. Malah, semakin lama semakin berani untuk keluar daripada kotak.

Dan kali ini, kanvas pun ikut berjalan!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
3
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Hatta DolmatMalaysia Book of Records (MBOR)
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Bayar Zakat Syarikat, Boleh Dapat Ganjaran Umrah? Ini Inisiatif Ikhlas.com

by Phic ARMAN
November 3, 2026

Apabila sebut tentang zakat, ramai mungkin terus terfikir tentang kewajipan yang perlu ditunaikan setiap tahun. Tetapi tahukah anda, pembayaran zakat...

Read moreDetails
LifeXplore

Jom Cuci Mata Dan Bergambar, Deepavali 2026 Di 3 Mall Ini Memang Meriah!

by Phic ARMAN
October 30, 2026

Sempena Deepavali 2026, Kumpulan Suria KLCC mengajak orang ramai menikmati kemeriahan Pesta Cahaya di tiga pusat beli-belah iaitu Suria KLCC,...

Read moreDetails
LifeXplore

AirAsia Kekal Terbaik Dunia Untuk Kali Ke-17, Ada ‘Hadiah’ Menarik Menanti Rakyat Malaysia!

by Phic ARMAN
September 19, 2026

Kalau anda sudah lama menyimpan impian untuk bercuti, mungkin ini masa yang sesuai untuk mula buka kalendar dan pilih destinasi...

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

by Phic ARMAN
September 24, 2026

Kalau selama ini nama Village Park cukup sinonim dengan nasi lemak dan ayam goreng yang membuatkan orang sanggup beratur, kini...

Read moreDetails
love language
Cinta

Suka Pujian Atau Masa Bersama? Jom Semak ‘Love Language’ Kamu

by Nurul A.
October 18, 2026

Setiap hubungan mempunyai pemahaman yang berbeza tentang bahasa cinta (love language) mereka sendiri. Kalau kamu mahu tahu, bahasa cinta ini...

Read moreDetails
tren ecrl
LifeXplore

Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

by Nurul A.
October 18, 2026

Pantai Timur sering digambarkan menerusi keindahan pantainya dan rentak kehidupan yang lebih santai. Namun, keunikan wilayah ini turut terserlah menerusi...

Read moreDetails
PUMA Malaysia, Pavilion Kuala Lumpur
LifeXplore

“We Own The Week”, PUMA Bawa Litar Perlumbaan F1 Di Tengah Pavilion Kuala Lumpur

by Nurul A.
September 24, 2026

Memandangkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi Grand Prix Bahrain, PUMA Malaysia melancarkan kempen "We Own The Week", membawa keterujaan...

Read moreDetails
Hari Kesihatan Mental Sedunia
LifeXplore

Kerja Seronok Tapi Mental Penat? Cuba Tanya Diri Kamu 5 Soalan Ini!

by Nurul A.
October 9, 2026

Jatuh pada 10 Oktober setiap tahun, Hari Kesihatan Mental Sedunia merupakan peringatan untuk kita meneliti semula bagaimana pekerjaan boleh mempengaruhi...

Read moreDetails
LifeXplore

Samsung Galaxy A08 RM2.50 Sehari, Tapi Berbaloi Ke Beli?

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Telefon pintar sekarang bukan sekadar alat untuk membuat panggilan. Kita menggunakannya untuk membalas WhatsApp, menonton TikTok, menyunting video dan menguruskan...

Read moreDetails
LifeXplore

HABIB Tawar Diskaun RM63 Setiap Gram Sempena Hari Malaysia, Ini Promosinya!

by Phic ARMAN
September 17, 2026

Sempena Hari Malaysia ke-63, HABIB mengajak rakyat Malaysia meraikan semangat perpaduan dengan sesuatu yang lebih bermakna menerusi kempen Istimewa Hari...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara