Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Hebatnya! Mechamato Movie Berjaya Kutip RM10 Juta Dalam 6 Hari Tayangan

by Arsiqin Yusof
December 14, 2022
Share on Facebook

Filem yang sedang rancak di pawagam ketika ini, Mechamato Movie telah berjaya mengutip sebanyak RM10 juta dalam 6 hari pertama tayangannya di pawagam seluruh negara. Kutipan ini dilihat amat menggalakkan dan rata-rata penonton amat teruja dan terhibur dengan aksi serta lawak di dalam filem ini.

Musim Cuti Sekolah Jadi Faktor

Ditambah pula musim cuti sekolah ini, pawagam-pawagam di seluruh negara terus dipenuhi oleh mereka yang hadir sekeluarga tidak kurang juga golongan remaja dan dewasa.

“Alhamdullilah, berkat sokongan rakyat Malaysia, filem ini telah berjaya mengutip RM10 juta dalam
masa 6 hari pertama tayangannya di pawagam seluruh negara. Ada kira-kira 150 buah pawagam yang menayangkan filem ini” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Abd Razak.

Poster Rasmi daripada Astro Shaw

Astro Shaw Selalu Terima Respon Baik

Bagi Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara Raja Jastina Raja Arshad, pihaknya sentiasa mendapat maklumbalas yang baik berkenaan filem tersebut.

“Alhamdullillah sehingga sekarang kami mendapat banyak maklumbalas yang sangat baik. Saingan seterusnya mungkin agak sengit dengan kehadiran filem antarabangsa. Namun kami percaya dengan kualiti penghasilan, jalan cerita dan keunikan seni warisan dan budaya Malaysia, sudah pastinya Mechamato Movie mampu bersaing,” katanya.

Tayangan akan diteruskan lagi sepanjang cuti sekolah ini dan bagi mereka yang bernasib baik, Mechamato akan muncul di pawagam terpilih sepanjang kempen promosi filem ini di seluruh negara. Nantikan kemunculan Mechamato di lokasi-lokasi di Pahang, Terengganu dan Sabah pada hujung minggu ini!

Netflix Tak Bunuh Pawagam, Harga Popcorn Yang Buat Orang 'Give Up'
filemMechamato Movie
https://lomp.at/day0g
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Circus of Life
Filem

Istimewa Sambutan Hari Ibu, “Circus Of Life” Angkat Kisah Kasih Ibu Yang Menyentuh Hati

by Nurul A.
April 16, 2026

Sebuah filem tempatan yang menyentuh hati, “Circus of Life”, secara rasmi mengumumkan tarikh tayangan di pawagam seluruh Malaysia pada 7...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Filem

Filem Libang Libu Sarat Emosi & Mesej Tentang Perpaduan Budaya Malaysia

by Naddy Joe
April 22, 2026

Industri perfileman tempatan bakal diserikan dengan kemunculan filem komedi-drama Libang Libu, yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam negara bermula 23 April ini....

Read moreDetails
Filem

RM10.2 Juta Dalam Masa Singkat, ‘Malaikat Malam’ Bukti Filem Tempatan Masih Berbisa

by Phic ARMAN
April 2, 2026

MURAI tak boleh sorok rasa teruja bila cakap pasal Malaikat Malam ini.  Serius, memang ‘meletup’ habis!  Baru sahaja tayangan awal...

Read moreDetails
Foto - @hbomaxmy (IG)
Filem

Shin Hae-Sun ‘Bercinta’ Dengan Gong Myoung Dalam “Filing For Love”?

by Nurul A.
April 5, 2026

Aktres Korea Selatan, Shin Hae-Sun dan aktor Gong Myoung membintangi siri komedi Korea baharu 'Filing for Love'. Siri komedi ini...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  4. 4

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara