Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Kongsi Interpretasi Lebih Matang, Here Comes July Tampil Dengan Single Sinarku

by Arsiqin Yusof
September 6, 2022
Share on Facebook

Kumpulan Here Comes July (HCJ) kini tampil dengan single berjudul Sinarku. Menariknya tentang single ini, ia sebenarnya telah dihasilkan sejak 10 tahun yang lalu dan merupakan lagu pertama yang dinyanyikan oleh mereka.

Menurut penyanyi utama HCJ Lukman yang mewakili kumpulannya, Sinarku memberi maksud yang sangat istimewa dan tentunya berbeza dalam kehidupan setiap antara mereka.

Single itu juga disulami dengan imaginasi tentang bagaimana ciri-ciri pasangan hidup yang dimahukan oleh seseorang.

“Saya ingin berkongsi sedikit sejarah tentang Sinarku. Lagu ini sebenarnya telah dibuat 10 tahun lalu dan merupakan lagu pertama yang didendangkan oleh kumpulan kami. Sepanjang perjalanan kami sebagai sebuah kumpulan, lebih lagi sebagai sahabat, Sinarku telah memberi maksud dan pengalaman berlainan dalam kehidupan setiap antara kami.

“Kisah asal lagu ini ketika dibuat sepuluh tahun lalu, ia menceritakan tentang seorang yang kita suka atau ‘crush’ di mana kita tahu dia lah yang akan jadi pasangan kita, tapi pada masa sama terlalu risau untuk mendekatinya. Bagaimanapun, jauh di sudut hati, kita pasti bahawa kehadiran gadis itu akan melengkapkan kehidupan,” katanya membuka bicara.

View this post on Instagram

A post shared by Here Comes July (@herecomesjuly_)

Bagaimanapun Lukman menambah, interpretasi HCJ terhadap Sinarku telah berkembang setelah melangkaui tempoh sepuluh tahun. Manakan tidak, satu dekad pertambahan usia tentunya memberi kesan dari segi kematangan fikiran.

“Sepanjang melalui tempoh 10 tahun, maksud lagu ini telah berkembang lebih lagi daripada apa yang kami interpretasikan ketika menghasilkannya. Jika dahulu, ia lebih berkait dengan zaman percintaan di sekolah atau cinta monyet, namun setelah meningkat dewasa, kami memberi takrifan bahawa Sinarku lebih kepada perjalanan mencari pasangan sehidup semati dan kebahagiaan bercinta bersamanya.

“Dalam lagu ini juga kami bayangkan kegembiraan dan apa yang kita akan lakukan bersama teman sehidup semati walaupun kita belum jumpa siapa orangnya. Setiap orang mempunyai kriteria teman yang kita inginkan, dan setiap orang juga pernah bayangkan kasih sayang yang kita akan berikan dan terima bila kita telah menjumpai orang yang betul.

“Lagu ini juga memberi pengajaran kepada kita untuk menjadi berani dan yakin untuk mulakan langkah mendekati seseorang sebab dalam kehidupan, kadangkala perasaan kita tak mungkin menipu kita. Kalau kita rasa dialah orangnya, Insya-Allah ia boleh terjadi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Lukman juga berkongsi berkongsi tentang cabaran yang dihadapi HCJ sepanjang menghasikan single terbaru mereka itu. Menurutnya, aspek penjiwaan telah dititikberatkan mengikut kesesuaian agar Sinarku menjadi lagu yang relevan.

“Antara cabaran yang kita lalui dalam Sinarku adalah untuk menjiwainya. Lagu ini telah kita dendangkan sejak 10 tahun yang lalu, jadi pelbagai versi telah terhasil. Namun, secara kebetulan, Sinarku masih lagi relevan dengan kehidupan kami pada hari ini, cuma definisi ‘Sinarku’ itu sahaja yang semakin berkembang.

“Versi terkini ini adalah versi yang paling sempurna bagi kami, kerana dari segi melodi dan liriknya secukup rasa untuk disampaikan kepada pendengar. Dalam tempoh melalui sepuluh tahun itu, kami telah bereksperimen dengan pelbagai versi melodi dan susunan hinggalah ia siap untuk dilancarkan.

“Selain itu, dengan bantuan Taja sebagai produser, kami diberi peluang untuk mencorakkan lagi kreativiti dalam rakaman lagu ini,” jelasnya.

Justeru, setiap anggota HCJ berharap agar Sinarku diterima baik oleh para pendengar dan mereka dapat merasakan penceritaan lagu tersebut.

“Kebahagiaan dalam kehidupan adalah bila kita tahu kita telah berjumpa seseorang yang betul sebagai pasangan hidup. Harapan kami semestinya untuk pendengar dapat merasakan perasaan yang sama seperti apa yang kami lalui dan rasai semasa menyanyikan lagu ini.

“Bagi kami, lagu ini signifikan dan dekat dengan pendengar yang juga dalam lingkungan umur seperti kami. Dalam fasa umur sebeginilah ada yang mula nak berkenalan, bercinta, berkahwin dan sebagainya. Lagu ini amat sesuai untuk situasi-situasi sebegitu, semoga ia dapat dijadikan inspirasi kerana cinta bukan hanya wujud dalam mimpi, cinta sempurna boleh jadi realiti kalau kita betul-betul inginkannya,” kata Lukman.

Sinarku boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @izaraaishahofficial (IG)
Spotlight

“Lesti, Saya Mohon Maaf Atas Adab Saya”- Izara Aishah

by Nurul A.
October 20, 2026

Pelakon Izara Aishah mencuri perhatian selepas menegur pasukan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora secara terbuka di platform Threads baru-baru ini. Menyedari...

Read moreDetails
Anwar Ibrahim
Spotlight

[FOTO] Anwar Ibrahim ‘Throwback’ Momen Di Penjara Sungai Buloh- “Hanya Melalui Telefon…”

by Nurul A.
September 22, 2026

Kongsian sekeping gambar di akaun media sosial milik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencuri perhatian ramai. Dalam...

Read moreDetails
JENNIE
Spotlight

JENNIE Dihentam Kerana OST “Steps”, Apa Kaitannya Dengan Justin Tranter?

by Nurul A.
October 19, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, JENNIE, telah dikritik selepas dilaporkan muncul dalam runut bunyi untuk filem animasi Netflix, "Steps". Apa Kaitan OST...

Read moreDetails
Jennifer Lopez
Spotlight

Pelanduk Dua Serupa, Peminat Sangka Jennifer Lopez Jadi Pencuri Bateri

by Nurul A.
September 21, 2026

Seorang wanita yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat menjadi tular selepas gambar wajahnya tersebar di media sosial. Wanita yang dikenali...

Read moreDetails
Spotlight

“Untuk Wanita Yang Mulut Celupar”- Bunga Isme Tempelak Netizen Sentuh Fizikal Najwa Latif

by Phic ARMAN
September 18, 2026

Kalau seseorang berubah bentuk badan selepas berkahwin atau mempunyai anak, adakah itu bermakna mereka tidak lagi layak menerima komen positif?...

Read moreDetails
Sydney Sweeney
Hollywood

Makin Serius, Sydney Sweeney Didakwa Mahu Pindah Agama Sebelum Nikah

by Nurul A.
October 8, 2026

Hubungan antara aktres Hollywood, Sydney Sweeney dan kekasihnya, Scooter Braun nampaknya semakin serius. Baru-baru ini, aktres itu dilaporkan telah bertemu...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Anak tiri Raja Norway
Spotlight

Rogol & Serang Bekas Kekasih, Anak Tiri Raja Norway Kini Jalani Tahanan

by Nurul A.
October 6, 2026

Anak tiri Raja Norway, Marius Borg Høiby masih belum dipenjarakan walaupun telah dijatuhkan hukuman empat tahun atas kesalahan merogol dan...

Read moreDetails
Spotlight

Jarang Remy Ishak Mengamuk Di Threads, Kali Ini Isu Oksigen Pula Jadi Punca!

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Jarang-jarang pelakon Datuk Remy Ishak bersuara di Threads, sekali dia muncul dengan luahan yang cukup pedas! Kali ini, isu jerebu...

Read moreDetails
Filem 'SAYANG SAYANG'
Spotlight

Filem ‘SAYANG SAYANG’ Sambar 5 Pencalonan Di Festival Filem Golden Horse Ke-63

by Nurul A.
October 2, 2026

Filem hasil kerjasama produksi Malaysia dan Taiwan iaitu 'SAYANG SAYANG', arahan oleh Tang Hsiang-Chu serta Penerbit Eksekutif oleh Yeh Jufeng...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara