Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Idris Khan Mengaku Pernah Tolak Tawaran Jadi Ahli Politik, Ini Alasannya!

by Puteri Alia
June 18, 2021
Foto - Instagram Idris Khan @theidriskhan

Foto - Instagram Idris Khan @theidriskhan

Share on Facebook

Bukan mudah untuk jadi pemimpin, itulah yang cuba disampai oleh pelakon kacak drama ‘Tuan Danial’ Idris Khan apabila di tanya pengikutnya kenapa tidak memasuki dunia politik di Instagram Story.

Akui Terima Tawaran Jadi Ahli Politik

Menjawab pertanyaan pengikutnya di Instagram, pelakon kacak ini pernah terfikir dan akui pernah mendapat tawaran menjadi ahli politik. Tetapi setelah berfikir masak-masak, aktor ini memilih untuk tidak menyertainya kerana ia satu tanggungjawab dan membawa amanah yang besar.

Foto – Instagram Idris Khan @theidriskhan

“Ada pernah saya terfikir, ada juga menerima tawaran untuk masuk politik. Tapi, lepas fikir masak-masak saya memilih untuk tidak menyertai politik.

Ia adalah satu tanggungjawab dan amanah yang besar. Niat kena betul, kuasa dan wang boleh menyebabkan seseorang itu untuk terpesong dari menjalankan tanggungjawab dengan jujur.” Tulis Idris Khan

Akan Cuba Menyumbang Dengan Cara Tersendiri

Aktor ini juga menyatakan, bahawa bukan mudah untuk menjaga semua orang tanpa mengira bangsa dan agama.

Dan juga mengakui diri tidak mampu menggalas tanggungjawab yang besar itu, meskipun begitu Idris Khan menyatakan bahawa dirinya akan cuba menyumbang dengan caranya tersendiri.

Foto – Instagram Idris Khan @theidriskhan

“Contoh, ramai di atas sana mencuri kiri kanan. Kemudian mampukah kita untuk pastikan setiap orang tak kira agama dan bangsa di bawah kita terbela, dijaga? Saya tak mampu dan saya takut dipersoal nanti. Saya akan bantu dan menyumbang kepada negara dengan cara saya tersendiri.” Tulisnya lagi.

Pemimpin Bukan Sekadar Menjaga Kebajikan Manusia Tapi Juga…..

Foto – Instagram Idris Khan @theidriskhan

Idris Khan juga menyatakan bahawa tidak mudah untuk menjadi pemimpin kerana mereka bukan saja harus menjaga kebajikan manusia tetapi juga menjaga segala apa yang ada di muka bumi sebagai khalifah Allah S.W.T.

“Oh maaf saya nak tambah, sebagai pemimpin kita juga harus menjaga bukan sahaja kebajikan manusia, tetapi semua makhluk Allah di bumi. Binatang, tumbuhan dan seluruh alam semula jadi. Manusia sebagai khalifah kepada seluruh ciptaan Allah. Jadi, mampukah kita?” Luah Idris Khan

idris khanpolitikTawaran
https://lomp.at/8u6ox
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Intan Najuwa Diganggu Selama Berbulan-Bulan Oleh Seorang Lelaki, Tampil Buat Laporan Polis!

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sering diganggu sehingga pernah membuat panggilan di pejabat Polo Club, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan...

Read moreDetails
Lokal

Achey Bantah Penganjuran ‘Festival Rain Rave’ Di Bukit Bintang, Netizen Setuju!-“Memang Tak Perlu Diadakan..”

by Naddy Joe
April 28, 2026

Pelawak dan pelakon, Achey tampil menyuarakan bantahannya terhadap penganjuran festival air Rain Rave yang akan berlangsung di Bukit Bintang, Kuala...

Read moreDetails
Foto - @thenorishkarman (IG)
Lokal

Tepis Dakwaan Terima RM200K, Norish Karman Hanya ‘Berangan’ Nak Beli MPV

by Nurul A.
April 20, 2026

Nampaknya kenyataan kontroversi pelakon Norish Karman terus menjadi perbualan ramai. Buat pembaca yang terlepas, Norish sebelum ini pernah mendedahkan impiannya...

Read moreDetails
Lokal

Luahan Anak Bongsu Abby Abadi & Norman Hakim, Netizen Sebak!-“Semua Fokus Hal Kakak Sampai Lupa…”

by Naddy Joe
April 2, 2026

Di sebalik ramai yang memberi tumpuan terhadap puteri sulung pasangan selebriti Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim iaitu Marissa...

Read moreDetails
Foto - @ericjjlay (IG)
Asia

Eric Lay Akui Tertekan Lakon Babak Bogel Dalam ‘Kong Tao’

by Nurul A.
March 19, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai hari ini, 19 Mac 2026. Pasukan produksi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  5. 5

    Percutian Mewah Noor Nabila & Kekasihnya Ameer Aiman Di Bali, Sempat Cuba Kopi Luwak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara