Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Ilhoon BTOB Di Bawah Siasatan Polis Kerana Disyaki Penggunaan Dadah

by Naddy Joe
December 22, 2020
Share on Facebook

Menurut Soompi, Agensinya iaitu Cube Entertainment telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa Ilhoon BTOB di bawah siasatan kerana disyaki penggunaan dadah marijuana.

Pada 21 Disember, Channel A telah melaporkan bahawa Ilhoon atau nama penuhnya Jung Il-hoon telah ditangkap oleh polis setelah menggunakan marijuana. Dilaporkan bahawa polis dapat mengesahkan melalui testimoni dari rakan sekerja dan memeriksa aktiviti akaun bank bahawa Ilhoon menggunakan marijuana dengan kenalannya berkali-kali dari empat ke lima tahun yang lepas sehingga tahun lepas.

Dikesan Melalui Ujian Folikel Rambut 

Selain itu, dilaporkan bahawa komponen dadah itu dapat dikesan melalui ujian folikel rambut. Pihak Polis juga dilaporkan memperoleh bukti bahawa Ilhoon membeli dadah jenis marijuana menggunakan cryptocurrency dan tidak menggunakan wang tunai untuk mengelakkan dari ditangkap. Kesnya dikatakan telah dihantar ke pihak pendakwaan pada bulan Julai.

Ilhoon kini menjalani latihan ketenteraan wajib setelah tersenarai pada bulan Mei tahun ini, walaupun pada mula dijadualkan untuk mendaftar pada bulan Mac. Channel A mengeluarkan laporan lebih lanjut yang mempersoalkan bahawa adakah enlistment beliau berkait rapat dengan penyiasatan. Agensi Ilhoon iaitu Cube Entertainment menjelaskan,

“Kami tidak tahu bahawa Ilhoon telah ditangkap kerana menggunakan marijuana. Walaupun pendaftarannya telah ditetapkan untuk bulan Mac, ianya ditunda kerana pandemik COVID-19.” – Agensi

Kemudian pada 21 Disember, Cube Entertainment mengeluarkan kenyataan berikut,

“Kami memeriksa Ilhoon sendiri mengenai laporan berita hari ini, kami mengesahkan bahawa beliau telah dipanggil oleh agensi siasatan dan sedang dalam siasatan kerana disyaki smoking marijuana.”

“Kami merasakan rasa tanggungjawab yang mendalam kerana telah menimbulkan kerisauan kepada banyak orang. Kami akan melakukan semua yang diperlukan agar beliau dapat mematuhi siasatan yang sedang dijalankan.”

“Kami sekali lagi meminta maaf kerana menimbulkan kebimbangan kepada ramai orang”- Agensi

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara