Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Ini Ramalan Peminat Selepas Neelofa Berpurdah

by Khai Azfar
October 16, 2020
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Perkhabaran mengenai usahawan dan selebriti popular, Neelofa membuat keputusan untuk berpurdah (berniqab) sepenuhnya ternyata mengejutkan ramai pihak termasuklah ahli keluarganya.

Biarpun begitu, rata-ratanya meluahkan rasa gembira dan terharu dengan keputusan yang dibuat oleh Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor serta turut mendoakannya untuk terus beristiqamah. Bagaimanapun, ramai yang tertanya bagaimanakah perjalanan Neelofa selepas ini adakah pemilik Naelofar ini akan terus meletakkan titik noktah dalam karier nya ataupun sebaliknya?

Ramalan Peminat 

Berikut Murai.my tampilkan antara ramalan peminat yang melihat perjalanan Neelofa kelak selepas mengenakan purdah. Semoga dipermudahkan segalanya buat Neelofa!

Projek Purdah Terbaharu

Sebagai pemilik jenama fesyen terkenal, Naelofar tidak mustahil sekiranya usahawan popular ini akan tampil dengan projek baharunya yang memperkenalkan purdah buat pelanggan setianya.

Hampir segala-galanya yang dikeluarkan oleh Neelofa merupakan koleksi dan kegemarannya tersendiri. Melihatkan pada penampilkan baharunya itu, ramai yang turut meluahkan hasrat untuk sama-sama berpurdah. Bukan sahaja kelihatan cantik malah lebih ayu dan sopan!

Duta Pertama Berpurdah

Ramai yang sedia maklum bahawa Neelofa mempunyai pengaruhnya tersendiri dan kerana itulah dia layak digelar sebagai ikon muslimah dan dilantik sebagai duta kepada beberapa jenama antarabangsa. Tidak mustahil selepas ini peminat bakal melihat Neelofa sebagai duta berpurdah pertama di dunia untuk jenama-jenama lain kelak?

Topik Berkaitan Netizen 'Tegur' Penampilan Raya Noor Neelofa- "Berpurdah Tapi Tudung Makin Senteng?"

Teruskan Karier Seni Dalam Penampilan Baharu

Berpurdah bukanlah satu alasan untuk menghentikan segala-galanya! Ketika ini mungkin Neelofa telah memperlahankan sedikit karier seni bagi menumpukan perniagaanya. Namun, mungkin Neelofa bakal membuat ‘comeback’ tidak lama lagi? Ramai yang merindui Neelofa di kaca televisyen terutamanya bagi drama dan rancangan yang sinonim dengannya, MeleTOP!

Berehat Seketika

Sejak muncul sebagai juara Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa dilihat terus aktif berkarya mewarnai industri seni tanpa berehat. Dengan penampilan terbaharunya ini, peminat meramalkan selebriti verstail ini mungkin akan mengambil ‘hiatus’ untuk beberapa ketika.

Berkahwin Mungkin?

Akhir sekali, selepas pelbagai spekulasi bertiup kencang peminat turut meramalkan bahawa barangkali Neelofa akan mendirikan rumahtangga pada tahun hadapan. Biarpun menolak tanggapan ramai bahawa dia kononnya hangat bercinta dengan pelakon dan pendakwah, PU Riz namun ramai yang mendoakan agar Neelofa dipertemukan jodoh yang baik dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
neelofaNeelofa berniqabneelofa berpurdah
Share8Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Untuk Wanita Yang Mulut Celupar”- Bunga Isme Tempelak Netizen Sentuh Fizikal Najwa Latif

by Phic ARMAN
September 18, 2026

Kalau seseorang berubah bentuk badan selepas berkahwin atau mempunyai anak, adakah itu bermakna mereka tidak lagi layak menerima komen positif?...

Read moreDetails
2AM
Fesyen

Pertama Di Malaysia, 2AM Takrif Semula Dunia Kasut

by Nurul A.
September 1, 2026

Jenama kasut berteraskan teknologi dan fesyen, 2AM membuat debut di Malaysia dengan pembukaan kedai standalone pertamanya di IOI City Mall...

Read moreDetails
LifeXplore

Anantara Desaru Coast Ada Tarikan Baharu, Litar Karting RM10 Juta Bakal Dibuka!

by Phic ARMAN
October 5, 2026

Selama ini Desaru Coast dalam kepala anda mungkin cuma ada pantai, resort dan mandi kolam, nampaknya destinasi ini bakal ada...

Read moreDetails
Pavilion kl
LifeXplore

Pavilion KL Dinobatkan Sebagai “Rakan Kongsi Strategik Terbaik”

by Nurul A.
September 13, 2026

Pavilion Kuala Lumpur (KL) telah dinobatkan sebagai Rakan Kongsi Strategik Terbaik oleh Ant International di acara Voyage 2026. Pengiktirafan ini...

Read moreDetails
LifeXplore

Galaxy Z Fold8 Ultra ‘Full Mark’! Kamera, Display & Prestasi Diuji Consumer Reports

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Kalau selama ini anda fikir telefon foldable sekadar nampak ‘wow’ bila dibuka dan ditutup, nampaknya teknologi ini sudah pergi jauh...

Read moreDetails
The Weeknd
LifeXplore

Nak Elak Barang Dirampas Di Pintu Masuk? Jom Semak Checklist Konsert The Weeknd!

by Nurul A.
October 29, 2026

MURAI yakin ramai peminat The Weeknd tidak sabar menantikan tarikh 4 dan 5 November ini. Mana taknya, inilah satu-satunya peluang...

Read moreDetails
Foto - The Chow Kit- an Ormond Hotel
LifeXplore

‘Double Win’ Untuk The Chow Kit, Raih Pengiktirafan Michelin Guide & World Travel Awards 2026

by Nurul A.
October 15, 2026

The Chow Kit- an Ormond Hotel meraikan pencapaian berganda dalam kecemerlangan hospitaliti, dengan merangkumi penyenaraian dalam Panduan Michelin (MIchelin Guide)...

Read moreDetails
Spotlight

Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Apa yang akan anda buat kalau tiba-tiba diminta menyanyi bersama kumpulan muzik tradisional yang bahasanya mungkin asing di telinga? Bagi...

Read moreDetails
The Story of Studio Ghibli
LifeXplore

Pameran Ghibli Terbesar Bakal Singgah Singapura Disember Ini- Tiket Serendah RM120

by Nurul A.
September 15, 2026

Tempahan tiket masuk pameran The Story of Studio Ghibli kini dibuka, pameran imersif ini menampilkan pengalaman sulung di dunia di...

Read moreDetails
Munchy's Malaysia
LifeXplore

“Taste Munchy’s, Taste Happiness”- Munchy’s Malaysia Rai Ulang Tahun Ke-35 Tahun

by Nurul A.
September 23, 2026

Munchy’s Malaysia meraikan ulang tahun ke-35 dengan tema “Taste Munchy’s, Taste Happiness” sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026. Ulang...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara