Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

“Instant Result”- Wanita Kongsi Cara Putihkan Ketiak & Bahagian Berlipat Dengan Cepat!

by Soph Azz
November 6, 2023
Foto - @arshaarmalie (TikTok)

Foto - @arshaarmalie (TikTok)

Share on Facebook

Sekarang ini ada bermacam-macam cara yang boleh kita lakukan untuk putihkan ketiak atau bahagian berlipat. Ada yang menggunakan krim atau gel putih, hingga ke rawatan di klinik estetik.

Tapi bagi Miss Murai, untuk jimatkan wang sudah semestinya ‘home remedy’ yang menjadi penyelesaian bagi mendapatkan ketiak atau bahagian berlipat putih.

Lebih selamat dan menyakinkan, begini caranya untuk kamu dapatkan ketiak atau bahagian berlipat putih;

Hanya Guna 5 Bahan Dapur Yang Murah & Mudah Didapati

Berdasarkan perkongsian seorang penggunan TikTok, Arsha Armalie mendedahkan dia hanya menggunakan lima bahan dapur untuk dapatkan ketiak atau bahagian berlipat yang putih. Dedahnya cara yang diamalkannya ini memberikan kesan yang segera.

@arshaarmalie

Konsisten dan Sabar dengan proses paling penting ?? bahan-bahan : Kopi Kapal Api Ubi Kentang Limau nipis Madu Kapur Sireh ( Tak ada dalam video sebab dah habis ) Mixkan semua sekali ,kulit limau jangan buang nanti boleh guna utk gosok ketiak , lepas dah gosok biar sekejap baru cuci/ mandi ? P/S : Ubi Kentang parut je sekali kulit ? #fypシ #fyp #trending #fypシ゚viral #diyarsha#skincare #maskdiy#ketiakhitam #skintok#scrub

♬ original sound – editthina – editthina

Bahan-bahan: 

  • Serbuk kopi (Kopi Kapal Api)
  • Ubi kentang
  • Limau nipis
  • Madu
  • Kapur sireh
Foto – @arshaarmalie (TikTok)

Cara-caranya: 

  1. Ubi kentang tanpa dibuang kulit perlu diparut terlebih dahulu.
  2. Selepas itu, campurkan ubi kentang yang disagat bersama serbuk kopi, perahan air limau nipis, madu dan kapur sireh. Psst… Kulit limau nipis jangan dibuang.
  3. Selepas dicampurkan bersama dan digaul, gosokkan campuran bersama kulit limau nipis ke bahagian ketiak atau bahagian berlipat yang gelap.
  4. Biarkan seketika atau sehingga kering bahan tersebut di tempat yang digosok.
  5. Cuci sehingga bersih.

Untuk dapatkan kesan yang segera, kamu perlu lakukan dengan konsisten ye. Saranan Miss Murai, setiap kali sebelum mandi atau 3-4 kali seminggu. Selamat mencuba!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
cara putihkan celah pahacara putihkan ketiakpetua ketiak putih
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara