Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Dipilih Jadi Hos ‘Mic On Selebriti’, Jaa Suzuran Tolak Semua ‘Job’ Selepas Menang FFM32. Kenapa?

by Phic ARMAN
May 15, 2023
Share on Facebook

Bintang utama filem Autumn In Wales terbitan Pencil Pictures, Jaa Suzuran, 28, mengakui telah menolak banyak tawaran dalam industri seni selepas menang Pelakon Lelaki Harapan, Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32) pada Disember tahun lalu.

Bukan tanpa sebab, Jaa berkata, dia tidak dapat menerima tawaran-tawaran sama ada filem ataupun drama kerana bimbang akan melakukan kesilapan. Tambahnya lagi, penglibatannya dalam filem Autumn In Wales agak lama di mana berlaku beberapa tahun yang dulu. Dan selepas itu dia memberi fokus lebih kepada bidang ‘gaming’ sehingga bergelar personaliti Gamer. Jadi dia kurang keyakinan diri untuk menerima tawaran dalam industri seni.

Tonton video penuh temubual eksklusif Murai bersama Jaa dibawah;

YouTube video

Jaa ditemui ketika majlis pelancaran Program ‘Mic On Selebriti’ di Awesome TV yang bakal bersiaran selama 10 minggu pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 20 Mei 2023 secara eksklusif di platform Astro 123 dan MyTV 112.

Pertandingan ‘Mic On Selebriti’ yang menggabungkan elemen nyanyian dan komedi bagi merebut gelaran juara sekaligus memenangi hadiah bernilai sehingga RM250,000.

Program ‘Mic On Selebriti’ bakal dikendalikan sepenuhnya oleh Shiha Zikir dan Jaa Suzuran yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai hos musim ini.

View this post on Instagram

A post shared by Awesome Broadcasting Sdn Bhd (@awesometvmalaysia)

12 barisan pelakon popular yang akan berentap di pentas utama ‘Mic On Selebriti’ untuk membuktikan bakat dan kebolehan masing-masing dalam bidang nyanyian pula adalah terdiri daripada 7 peserta lelaki iaitu Zul Huzaimy, Fauzi Nawawi, Johan As’ari, Namie, Chiwan, Ammar dan Anas Ridzuan.

Manakala 5 peserta wanita pula termasuklah Sherry Ibrahim, Mona Allen, Elly Arifin, Afifah Nasir dan Amyza Aznan. Kesemua mereka akan dibahagikan kepada tiga buah kumpulan dan diletakkan di bawah pengawasan manager yang telah dilantik sepanjang pertandingan berlangsung.

Manakala 3 penyanyi terkenal tanahair iaitu Black Hanifah, Hazama dan Aepul Roza telah diberi mandat selaku manager yang akan memberi idea, tunjuk ajar dan bimbingan kepada 4 orang selebriti di bawah naungan mereka. Bagi merancakkan lagi cabaran program ini, kesemua manager juga akan diberi tugasan mingguan yang perlu dinilai oleh barisan juri. Manager yang berjaya merangkul persembahan terbaik setiap minggu akan menerima ganjaran istimewa.

View this post on Instagram

A post shared by Awesome Broadcasting Sdn Bhd (@awesometvmalaysia)

Sistem pemarkahan program ‘Mic On Selebriti’ pula akan diadili 100% oleh pihak juri tetap berdasarkan tiga komponen utama penilaian iaitu aspek vokal yang mewakili 50%, persembahan sebanyak 30% dan 20% lagi untuk kreativiti.

Uniknya, markah selebriti yang tertinggi akan dicampurkan dengan markah selebriti terendah. Kumpulan yang mencatat markah keseluruhan terendah akan mara ke pusingan penyingkiran. Selebriti yang akan tersingkir pada setiap minggu akan dipilih oleh manager
kumpulan itu sendiri.

Tiga nama besar yang dilantik sebagai juri tetap program ‘Mic On Selebriti’ ialah Hashridz Murshim atau lebih dikenali dengan nama Dato’ Acis yang bertindak sebagai pengarah muzik, Dato’ Aaron Aziz serta Erra Fazira.

jaa suzuran
https://lomp.at/ue1ue
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

PU Syed Kesal Babak Dalam Drama Penunggang Agama-“Cukup-Cukuplah Mencemarkan Watak Berjubah & Berserban…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberikan teguran secara terbuka terhadap salah sebuah drama islamik yang memaparkan watak yang tidak bersesuaian...

Read moreDetails
Lokal

Meerqeen Tayang Six Pack Di Gim, Curi Perhatian Netizen!-“Bukan Senang..”

by Naddy Joe
April 13, 2026

Perkongsian aktor, Meerqeen mencuri perhatian netizen selepas menayangkan bentuk tubuh badannya yang berotot di media sosial, baru-baru ini. Perlukan Kesabaran...

Read moreDetails
Foto - @fikri.madyiii (Threads)
Lokal

Individu ‘Flex’ Jadi Rakan Kelas Tengku Ampuan Pahang, Tapi Komen Netizen Buat Ramai Terhibur

by Nurul A.
March 26, 2026

Seorang individu, yang dikenali dengan nama Ahmad Fikri telah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi bahawa dirinya menjadi rakan sekelas kepada...

Read moreDetails
Spotlight

Shiha Zikir Hidupkan Memori Raya, Gembira Dapat Bekerjasama Dengan Giant Malaysia

by Phic ARMAN
March 13, 2026

Raya tahun ini makin hangat dengan kemunculan penyanyi popular, Shiha Zikir, yang tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Memori Raya....

Read moreDetails
Lokal

Andi Bernadee Dituduh Kurus Seperti Penagih, Ini Responnya!

by Naddy Joe
April 10, 2026

Penampilan terkini penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee mencetuskan rasa bimbang para peminat selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara