Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

JAECOO J5 EV Baru Sahaja Dilancarkan di Malaysia, Ini 5 Perkara Bakal Pemilik Perlu Tahu Sebelum Beli

by Phic ARMAN
September 4, 2026
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Nak beralih daripada kereta petrol kepada EV tetapi masih tertanya-tanya, “Apa sebenarnya yang aku dapat?”

Baru sahaja dilancarkan, JAECOO J5 EV mungkin antara model yang menarik perhatian kerana ia bukan sekadar menawarkan kuasa elektrik, tetapi turut datang dengan pakej pemilikan yang agak lengkap. Dengan harga RM118,800, ini lima perkara yang bakal pemilik perlu tahu.

1. Jarak sehingga 461 km, cukup untuk kegunaan harian

JAECOO J5 EV

J5 EV menggunakan bateri LFP 58.9 kWh daripada CATL dengan jarak perjalanan sehingga 461 km berdasarkan kitaran NEDC.

Untuk pengguna baharu EV, angka ini memberi sedikit ketenangan kerana tidak perlu terlalu kerap mencari pengecas. Untuk kegunaan harian seperti pergi kerja, urusan keluarga atau keluar hujung minggu, jarak ini sememangnya praktikal.

2. JAECOO J5 EV : Pengecasan rumah boleh jadi rutin baharu

J5 EV menyokong pengecasan AC sehingga 11 kW, dengan masa sekitar tujuh jam daripada 10% hingga 100%.

Mudah cerita, kalau pasang pengecas di rumah, anda boleh mengecas ketika tidur dan bangun pagi dengan bateri yang lebih bersedia untuk digunakan.

Kalau dalam perjalanan jauh pula, pengecasan DC 130 kW mampu membawa bateri daripada 30% ke 80% dalam kira-kira 28 minit.

3. Bukan sekadar kereta untuk pergi kerja

JAECOO J5 EV

Menariknya, J5 EV hadir dengan ciri seperti Pet Mode, Camping Mode dan V2L 3.3 kW.

V2L ini membolehkan bateri kereta digunakan untuk membekalkan kuasa kepada peralatan elektrik yang serasi. Jadi, kalau suka aktiviti outdoor, camping atau sekadar mahu menikmati masa santai di luar, J5 EV boleh jadi lebih daripada sekadar kenderaan.

Dari segi ruang pula, terdapat but hadapan 35 liter dan ruang kargo belakang 480 liter, yang boleh meningkat sehingga 1,284 liter apabila kerusi belakang dilipat.

4. Banyak teknologi bantuan untuk pemandu

Bagi yang baru memiliki EV, mungkin perkara paling meyakinkan bukan sekadar prestasi tetapi teknologi keselamatan.

J5 EV dilengkapi 19 ciri ADAS Tahap 2+, termasuk Adaptive Cruise Control, Blind Spot Detection, Lane Keeping Assist, Autonomous Emergency Braking dan Rear Cross-Traffic Alert.

Turut tersedia sistem 540° HD Surround View yang membantu pemandu melihat keadaan sekeliling ketika meletak kenderaan atau melakukan manuver.

5. Pakej pemilikan nampak agak lengkap

JAECOO J5 EV

JAECOO menawarkan waranti kenderaan selama tujuh tahun atau 150,000 km, manakala bateri voltan tinggi dilindungi sehingga 10 tahun atau 200,000 km.

Lebih menarik, 1,000 pelanggan pertama akan menerima pakej pelancaran bernilai RM10,000, termasuk insurans tahun pertama, pengecas rumah 7 kW, penyambung V2L, aksesori gaya hidup dan data percuma.

Mereka juga menerima kredit pengecasan tanpa had selama setahun di rangkaian JomCharge.

Jadi, untuk pembeli yang baru mahu mencuba EV, J5 EV bukan hanya menawarkan sebuah kereta elektrik. Ia datang bersama beberapa perkara penting yang boleh memudahkan proses peralihan daripada petrol kepada elektrik.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
1
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
JAECOO J5 EV
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Formula 1
LifeXplore

Naikkan Semangat Perlumbaan Dengan STING X Formula 1®

by Nurul A.
September 30, 2026

Apakah bunyi Formula 1®? Bagi STING, ia adalah deruman yang penuh kelajuan, tenaga dan laungan ikonik “STINGGGGGG” yang cukup ikonik....

Read moreDetails
LifeXplore

Samsung Galaxy S26 FE vs S26: Apa Yang Anda Dapat Dengan Harga Lebih Murah?

by Phic ARMAN
August 28, 2026

Samsung kembali dengan satu lagi model dalam keluarga flagshipnya, kali ini Galaxy S26 FE. Tapi persoalannya, bila namanya masih membawa...

Read moreDetails
LifeXplore

Bacaan Yasin Untuk Allahyarhamah Tun Siti Hasmah Di Roblox Curi Perhatian

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Siapa sangka platform yang selama ini sinonim dengan avatar, game dan dunia virtual pula menjadi lokasi anak muda berkumpul untuk...

Read moreDetails
LifeXplore

Avani Kota Kinabalu Bakal Dibuka 2027, Bawa Vibe Lifestyle Baharu Ke Sabah

by Phic ARMAN
August 20, 2026

Kalau anda rasa Kota Kinabalu sudah cukup meriah dengan pilihan hotel dan tempat makan, nampaknya bakal ada satu lagi nama...

Read moreDetails
LifeXplore

[REVIEW] Swiss-Grand Beach Resort Kuantan Kini Berbeza, Pantai Balok Pula Buat Kami Terpaku

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Swiss-Grand Beach Resort Kuantan kini benar-benar berbeza. Kalau anda pernah menginap di Swiss-Garden Beach Resort Kuantan suatu ketika dahulu, mungkin...

Read moreDetails
LifeXplore

Galaxy Z Fold8 Ultra ‘Full Mark’! Kamera, Display & Prestasi Diuji Consumer Reports

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Kalau selama ini anda fikir telefon foldable sekadar nampak ‘wow’ bila dibuka dan ditutup, nampaknya teknologi ini sudah pergi jauh...

Read moreDetails
LifeXplore

PENTARAMA Merdeka@HOHO Kembali! Jelajah KL Sambil Semarakkan Semangat Merdeka

by Phic ARMAN
August 23, 2026

Kalau anda kebetulan berada di sekitar Kuala Lumpur hari ini, jangan terkejut kalau suasana bandar terasa sedikit berbeza. Mana tidaknya,...

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Pemulihan Ke Dunia Pekerjaan, Ini Pendekatan Tengku Amir Shah Bantu Belia Selangor

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Bila bercakap tentang belia yang pernah melalui fasa sukar dalam hidup, persoalannya bukan sekadar bagaimana mahu membantu mereka berubah. Lebih...

Read moreDetails
Foto - GSC Malaysia
LifeXplore

31 Dewan Pawagam GSC Malaysia Kini Diperakui INFINITY VISION

by Nurul A.
September 3, 2026

Golden Screen Cinemas (‘GSC’) telah mengumumkan bahawa 31 dewan di seluruh negara kini telah diperakui INFINITY VISION, iaitu dewan yang...

Read moreDetails
pavilion bukit jalil
LifeXplore

Pavilion Bukit Jalil Rai Mid-Autumn Bersama “Moonlight Glow”

by Nurul A.
September 16, 2026

Pavilion Bukit Jalil menyambut musim perayaan ini dengan “Moonlight Glow– Together, Here”, sambutan Mid-Autumn yang berlangsung dari 10 hingga 27...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara