Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Jangan Silap! Ini Cara Pakai ‘Face Mask’ Yang Betul

by Jash Lee
April 4, 2020
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Seluruh dunia kini sedang dilanda ancaman yang cukup merbahaya iaitu virus Covid-19. Dengan berlakunya penyebaran virus ini yang begitu cepat dari seorang individu ke individu yang lain, kita disarankan untuk memakai topeng muka terutamanya bila berada di luar dan di kawasan yang sesak. Virus ini boleh merebak melalui batuk dan selesema. Dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memakai topeng muka.

Hellosehat

Disini, kami akan berkongsi dengan semua pembaca tentang cara yang betul untuk memakai ‘face mask’ atau topeng muka.

Langkah penting yang perlu diambil adalah dengan sentiasa berjaga-jaga dan sentiasa memakai topeng muka, mencuci tangan dan sarung tangan.

Ini adalah cara pemakaian topeng muka yang betul supaya ia berfungsi untuk menghalang jangkitan dengan berkesan.

kkm

1) Anda mestilah mempunyai topeng muka yang betul, mempunyai kepingan logam yang mengikut bentuk dan dapat menutup keseluruhan mulut dan hidung bagi mengelakkan topeng terbuka ketika sedang digunakan.

2) Pastikan ia berwarna biru di luar kerana ia adalah kalis air dan mempunyai bahagian yang berwarna putih disebelah dalam untuk penyerapan jika terbatuk atau terbersin.

3) Pastikan topeng muka digantikan dengan yang baru kerana ianya hanya boleh digunakan selama 8 jam sahaja ataupun apabila ia sudah menjadi lembab.

4) Membuang ‘face mask’ yang telah digunakan juga sangat penting. Harus diingat bahawa topeng muka yang telah digunakan adalah kotor dan jangan sentuh topeng tersebut selepas ia dibuang. Elakkan daripada menyentuh bahagian hadapan topeng muka tetapi pastikan untuk meleraikan ikatan daripada belakang.

5) Koyak topeng muka yang telah digunakan, masukkan ke dalam beg plastik dan ikat dengan kemas sebelum dibuang.

6) Pastikan untuk mencuci tangan selepas membuang ‘face mask’.

Tapi ingat, selain dari memakai topeng muka, kita juga disarankan untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan kerap mencuci tangan.
#stayathome

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
#tipkesihatan #carapakaifacemaskyangbetuk#tipkesihatan #carapakaifacemaskyangbetul #topengmuka #facemask
Share17Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan Jantung
Kesihatan

Anggapan “Saya Masih Muda” Boleh Jadi Satu Risiko Kepada Kesihatan Jantung?

by Nurul A.
August 5, 2026

“Penyakit jantung? Saya masih muda, tidak perlu risau lagi.”- Menurut pakar perunding kardiologi Datuk Dr Rosli Mohd Ali, tanggapan seperti inilah...

Read moreDetails
Foto - Maaedicare
Kesihatan

Malam ‘Hope & Healing’, Hampir 770 Pesakit Dialisis Peroleh Manfaat Perkhidmatan Maaedicare

by Nurul A.
July 27, 2026

Yayasan Amal Maaedicare (Maaedicare) berjaya menganjurkan gala pengumpulan dana tahunannya, 'A Night of Hope & Healing: Shine a Light, Save...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  3. 3

    Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara