Gentle Monster melancarkan filem kempen penuh untuk koleksi ‘Intelligent Eyewear’, menampilkan pelakon Joaquin Phoenix, di bawah arahan pembikin filem ternama, Jonathan Glazer.
Susulan pelancaran teaser pertama pada 6 November lalu, filem lengkap ini menyajikan karya sinematik luar biasa yang mencabar pendekatan konvensional dalam kempen fesyen dan teknologi.
Joaquin Phoenix Menyerlah Dalam Kempen Gentle Monster
Berbeza daripada pengiklanan tradisional, kolaborasi ini menggabungkan Jonathan Glazer yang tegas dalam pembikinan filem dan Joaquin Phoenix yang menyuntik elemen kemanusiaan yang mendalam ke dalam situasi yang semakin luar biasa.
Pada terasnya, kempen ini mencerminkan pendekatan Gentle Monster terhadap ‘Intelligent Eyewear’ yang melangkah jauh daripada representasi teknologi boleh pakai yang tipikal, serta meneroka bagaimana inovasi boleh menjadi sebahagian daripada ekspresi budaya.
Bersempena dengan tayangan perdana filem tersebut, Gentle Monster menjemput orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman Koleksi Cermin Mata Pintar mereka di acara Pratonton Awam New York, yang kini berlangsung di 23 Wall Street sehingga 23 November 2026.
Menampilkan kesemua 16 rekaan koleksi tersebut kepada umum buat kali pertama, ruang pop-up ini memberi peluang untuk para pengunjung meneroka rekaan koleksi ini dan mencuba sendiri produk-produk tersebut.
Koleksi ini boleh dipesan lebih awal melalui web Gentle Monster. Pengunjung juga boleh mendaftar untuk menghadiri Pratonton Awam New York serta melihat koleksi lengkap tersebut melalui web rasmi jenama itu.











