Pernah tak anda sampai pada satu tahap dalam hidup dan terfikir, “Adakah ini sahaja peluang dan kemahiran yang saya ada?”
Ada yang sudah lama bekerja tetapi mula terfikir untuk menukar haluan. Ada juga yang baru sahaja tamat belajar, namun masih tercari-cari bidang yang sesuai dengan minat, kemahiran dan masa depan.
Hakikatnya, untuk melangkah ke arah masa depan yang diimpikan, kita bukan sahaja perlu tahu apa yang ingin dicapai, tetapi juga memerlukan sokongan yang betul untuk membimbing kita menentukan hala tuju seterusnya.
Sebab itu, Minggu MyBakat 2026 anjuran Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) muncul sebagai salah satu ruang untuk rakyat Malaysia mendapatkan gambaran lebih luas mengenai dunia pekerjaan dan perkembangan bakat negara.
Program ini bukan sekadar menghimpunkan pencari kerja, tetapi ia turut menemukan majikan, kerajaan, institusi pendidikan dan pemain industri dalam satu platform untuk berkongsi pandangan tentang masa depan tenaga kerja Malaysia.
Bagi anda yang sedang mencari peluang baharu, mahu mengenali bidang industri tertentu atau ingin tahu kemahiran yang semakin diperlukan dalam pasaran kerja, mungkin ada sesuatu yang boleh anda peroleh daripada program ini.
Minggu MyBakat 2026 oleh TalentCorp akan berlangsung pada 8 Oktober 2026, dari jam 9 pagi hingga 6 petang di Connexion Conference & Event Centre (Nexus), Bangsar.
Program ini dijangka menarik antara 1,500 hingga 2,000 peserta dan menampilkan lebih 60 reruai pameran daripada pelbagai organisasi serta pemain industri.
Minggu MyBakat 2026 Oleh TalentCorp Bukan Untuk Lepasan Universiti Sahaja
Jika anda beranggapan bahawa sesebuah program hala tuju hanya sesuai untuk mahasiswa atau lepasan universiti, Minggu MyBakat 2026 oleh TalentCorp mungkin boleh mengubah tanggapan itu. Untuk pengetahuan anda, program ini menawarkan pendekatan yang lebih menyeluruh.
Pelajar sekolah, golongan bekerja yang ingin meningkatkan kemahiran, individu yang sedang meneroka peluang dalam bidang lain, wanita yang ingin kembali ke alam pekerjaan, mereka yang terkesan akibat pemberhentian kerja serta veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mahu memanfaatkan pengalaman dan kemahiran sedia ada untuk meneroka peluang kerjaya seterusnya selepas bersara amat dialu-alukan untuk menyertai Minggu MyBakat 2026 anjuran TalentCorp.
Persoalannya, apakah yang boleh anda peroleh daripada penyertaan di Minggu MyBakat 2026 oleh TalentCorp ini?
5 Perkara Yang Boleh Anda Temui Di Minggu MyBakat 2026 oleh TalentCorp
1. Kenali bakat dan hala tuju diri
Peserta berpeluang mengenal pasti kekuatan, minat serta potensi diri menerusi sesi penemuan bakat, penilaian dan konsultasi yang disediakan. Ini boleh membantu anda memahami pilihan hala tuju masa depan yang lebih sesuai dengan kemahiran dan minat sedia ada.
Bukan itu sahaja, peserta turut berpeluang untuk mendengar perkongsian daripada barisan pempengaruh seperti Christy Ng, Madnor dan Amin x Abid di mana mereka berkongsi tentang sisi kehidupan dan peluang yang mungkin jarang dibincangkan secara terbuka menerusi segmen “Unwritten Rules of Growing Up”.
2. Fahami kemahiran yang diperlukan industri
Daripada kecerdasan buatan (AI) kepada pelbagai kemahiran baharu yang semakin diperlukan, peserta boleh mendapatkan gambaran tentang perubahan dunia pekerjaan serta kemahiran yang perlu dikuasai untuk kekal relevan.
3. Berinteraksi dengan mentor dan pemain industri
Selain menghadiri sesi perkongsian, peserta turut berpeluang berinteraksi secara langsung dengan mentor, majikan dan pemain industri. Mana tahu, satu perbualan ringkas mungkin membuka ruang kepada peluang yang tidak pernah anda jangka.
4. Akses peluang, program dan hala tuju masa depan
Minggu MyBakat 2026 oleh TalentCorp turut menyediakan ruang untuk peserta mendapatkan maklumat mengenai hala tuju masa depan, program kerajaan, inisiatif TalentCorp serta sumber berkaitan pembangunan kemahiran dan peluang.
5. Dapatkan idea untuk langkah seterusnya
Paling penting, peserta diharapkan dapat meninggalkan Minggu MyBakat 2026 oleh TalentCorp ini dengan gambaran yang lebih jelas tentang langkah seterusnya, sama ada menyambung pengajian, meningkatkan kemahiran, menukar bidang, kembali ke alam pekerjaan atau meneroka peluang baharu.
TalentCorp dan Dunia Kerja Yang Makin Berubah
Teknologi hari ini sedang mengubah dunia kerja dengan cepat dan cara kita bekerja hari ini mungkin tak sama lagi dalam beberapa tahun akan datang. Kajian TalentCorp merentas 22 sektor mendapati sekitar 697,000 pekerja bakal mengalami perubahan dalam skop dan cara kerja mereka akibat AI, digitalisasi dan ekonomi hijau.
Tapi perubahan ini bukan sekadar tentang pekerjaan yang berubah. Ia juga membuka peluang baharu. Dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, sekitar 120 peranan pekerjaan baharu dijangka berkembang termasuk hala tuju masa depan yang mungkin belum pernah kita fikirkan sebelum ini.
Situasi ini menunjukkan bahawa kemahiran yang diperlukan hari ini mungkin tidak lagi sama dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang. Dunia pekerjaan sedang berubah, dan kita juga perlu bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.
Ringkasnya, bakat bukan sekadar sijil di tangan semata-mata. Pengalaman, kemahiran, minat serta keupayaan untuk mempelajari perkara baharu turut menjadi antara aspek penting dalam membina laluan masa depan.
Jadi, jika anda sedang mencari haluan masa depan, mahu meningkatkan kemahiran atau sekadar ingin memahami perubahan dunia pekerjaan dengan lebih dekat, Minggu MyBakat 2026 oleh TalentCorp boleh menjadi salah satu ruang untuk anda mendapatkan maklumat dan meneroka pilihan yang ada.
Mungkin langkah seterusnya ke arah masa depan yang anda impikan bermula di sini.
Untuk melihat agenda dan pengisian sepanjang minggu, anda boleh merujuk poster di bawah.
Jom sertai Minggu MyBakat 2026 oleh TalentCorp! Daftar sekarang di www.mybakat.my


















