Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore IbuBapa

Kemalangan 6 Beranak! Netizen Mohon Hormat Perasaan Keluarga Mangsa, Elak Bertanyakan Soalan Bertalu-Talu

by Aphit J.
September 3, 2023
Share on Facebook

Sebelum ini, negara kita menerima berita yang menyedihkan apabila kemalangan yang menyebabkan enam sekeluarga maut dan dua parah di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan pada 1 September 2023.

Kemalangan 6 Beranak

Menurut BHOnline, kemalangan tersebut berpunca daripada sebuah lori pasir hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dinaiki mangsa.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata mereka yang maut akibat parah di kepala ialah pemandu PERODUA Alza, Amir Ruddin Ismail, 46; isterinya, Norahimah Noor Muhamad, 43; anaknya Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah,13; Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Katanya, seorang lagi anak Amir Ruddin yang juga penumpang kereta sama, Abdullah,15, dan pemandu lori sedang dirawat di Hospital Segamat akibat parah di dada dan badan.

Video Viral Di Platform Media

via Majoriti

Atas kejadian itu, dimedia sosial banyak yang memuat naik kisah ini dan mengucapkan salam takhziah kepada keluarga mangsa.

Malah, terdapat satu video di Instagram yang menunjukkan ada pihak yang memuat naik video dengan menemu bual anak sulong mangsa kemalangan pada ketika hari jenazah disolatkan.

Di dalam sesi temu bual tersebut, pihak tersebut kelihatan bertanyakan beberapa soalan kepada anak mangsa mengenai kejadian yang menimpa keluarga mangsa.

Netizen Luah Rasa Kecewa

via Kosmo Online

Video tersebut mendapat pelbagai komen dan reaksi dari netizen. Rata-ratanya kecewa dan tidak bersetuju dengan cara pihak tersebut yang dilihat sentiasa bertanyakan soalan kepada anak keluarga mangsa yang baru sahaja kehilangan 6 anggota keluarga sekaligus.

Malah ada juga netizen yang memberikan nasihat dan meminta supaya pihak tersebut untuk menghormati dan memberi ruang kepada anak mangsa kemalangan tersebut untuk lebih tenang sebelum ditemubual sedemikian cara.

Semoga kita lebih peka dengan perasaan sesama manusia dan juga keadaan disekeliling kita.

Salam Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Al-Fatihah!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Kemalangan 6 Beranak
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara