Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Kenali Marco Roams, YouTuber Australia Yang Tular Selepas Dedah ‘Sisi Lain’ Kuala Lumpur

by Phic ARMAN
July 2, 2026
65
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama YouTuber dari Australia, Marco Roams, kini menjadi antara individu yang paling hangat diperkatakan di media sosial selepas video pengembaraannya di Kuala Lumpur tular sehingga mencetuskan tindakan pantas daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menerusi video yang turut dikongsi di Threads, Marco dilihat mengunjungi Flat Hicks atau lebih dikenali sebagai Bund Shanghai di Jalan Changkat, Kuala Lumpur. Dia memaparkan keadaan bangunan yang uzur, longgokan sampah serta persekitaran yang kurang terurus, sekali gus membuka mata ramai terhadap lokasi yang jarang menjadi perhatian pelancong.

View this post on Instagram

Susulan video tersebut mendapat perhatian meluas, DBKL dilaporkan segera menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan berkenaan. Sejak itu, ramai mula tertanya-tanya, siapakah sebenarnya Marco Roams?

Bukan Nama Sebenar

Hasil carian Murai mendapati, Marco Roams sebenarnya merupakan nama kandungan (content creator name) yang digunakan oleh Marcus Romer, seorang YouTuber dan pencipta kandungan berasal dari Sydney, Australia.

Nama “Marco Roams” dipilih sebagai permainan perkataan daripada nama sebenarnya, selain menggambarkan minatnya yang gemar “roam” atau mengembara ke seluruh dunia.

Pernah Tinggalkan Perniagaan Demi Keliling Dunia

Menerusi perkongsian di laman rasminya, Marcus mendedahkan dia pernah mengusahakan perniagaan sendiri selama tujuh tahun di Australia. Bagaimanapun, sekitar 2019 dia mula berasakan dirinya sudah hilang minat terhadap kerjaya tersebut sebelum mengambil keputusan merancang perjalanan mengelilingi dunia.

Hasrat itu tergendala apabila pandemik COVID-19 melanda pada tahun 2020, menyebabkan Australia melaksanakan sekatan pergerakan yang ketat.

Situasi itu membuatkan Marcus mula memikirkan semula hala tuju hidupnya. Selepas melihat ramai pengembara berkongsi pengalaman menerusi YouTube, dia akhirnya nekad menjadikan impiannya satu realiti dengan mengembara secara solo sambil menghasilkan kandungan video.

Mahu Lihat Dunia Dengan Mata Sendiri

Menurut Marcus, dia membesar dengan persepsi bahawa dunia luar merupakan tempat yang berbahaya, manakala Australia sering dianggap antara negara paling selamat. Namun, dia memilih untuk mencabar tanggapan itu dengan melihat sendiri kehidupan di negara-negara lain tanpa bergantung kepada gambaran media semata-mata.

Disebabkan itu juga, kebanyakan kandungannya lebih tertumpu kepada pengalaman sebenar di lokasi yang dikunjungi, termasuk kawasan yang jarang menjadi tumpuan pelancong.

Gemar Paparkan Sisi Yang Jarang Dilihat

Jika diperhatikan, kandungan Marco Roams tidak hanya memfokuskan mercu tanda terkenal atau lokasi pelancongan popular.

Sebaliknya, dia lebih gemar berjalan kaki di kawasan kejiranan, berbual dengan penduduk tempatan dan memaparkan realiti kehidupan sesebuah bandar, termasuk sudut yang mungkin tidak pernah dipaparkan dalam promosi pelancongan.

Pendekatan itulah yang dipercayai menyebabkan video lawatannya ke Bund Shanghai mendapat perhatian ramai sehingga mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen Malaysia.

Apa pun niat asalnya, video tersebut secara tidak langsung berjaya membuka perbincangan mengenai kebersihan dan penyelenggaraan kawasan bandar, malah nama Marco Roams kini terus menjadi sebutan dalam kalangan rakyat Malaysia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
4
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Bund ShanghaiDBKLDewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)Flat HicksMarco Roams
Share26Tweet16SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

“Lepas Ni Jalan 20K Steps”- IOI City Mall 3 Sedang Dibina, Netizen Suruh Sambung Sampai UPM

by Phic ARMAN
August 7, 2026

Kalau anda rasa IOI City Mall sekarang ini sudah cukup besar untuk buat kaki lenguh selepas berjalan satu pusingan, nampaknya...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

by Phic ARMAN
August 26, 2026

Pernah tak anda bayangkan kereta yang sudah diparkir kemas dalam garaj, tetapi tiba-tiba pintu belakangnya terbuka sendiri? Itulah situasi yang...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Boleh Tuntut Khairat Kematian RM1,000 Jika Penerima STR Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai mungkin lebih familiar dengan STR atau SARA. Tapi tahukah anda, ada satu lagi bantuan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Jahatnya Kau…”- Netizen Pertahan Rider Dipersoal Guna Beg Syarikat Lain

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Pernah tak anda order makanan melalui satu aplikasi, tetapi yang sampai depan rumah ialah rider dengan beg daripada syarikat penghantaran...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Netizen Persoal DELIMa 3.0, Sindiran Fadhlina “Makan Dalam”

by Phic ARMAN
September 17, 2026

Kalau anda ibu bapa yang mempunyai anak masih bersekolah, nama DELIMa mungkin sudah tidak asing lagi. Platform pembelajaran digital Kementerian...

Read moreDetails
Boost Juice, bendasing, kaca, serpihan blender
Sosial Buzz

Wanita Dakwa Tercekik Bendasing Seperti Kaca Dalam Air Boost- “Bukan Ais Ye”

by Nurul A.
September 10, 2026

Nampaknya malang tidak berbau apabila seorang wanita berkongsi pengalaman yang mencemaskan apabila mendakwa terdapat bendasing di dalam minumannya. Dikongsi di...

Read moreDetails
Foto - @prvtdammy (Threads)
Sosial Buzz

Tikus Berlari Dalam MRT Buat Penumpang Panik, Rapid KL Tampil Beri Penjelasan

by Nurul A.
August 14, 2026

Suasana pagi bagi beberapa penumpang tren MRT nampaknya tidak menjadi indah apabila dikejutkan dengan kemunculan seekor tikus mencari jalan keluar....

Read moreDetails
Sosial Buzz

‘Duduk Jer Semenyih Diam-diam’- Pertikaian Tentang KLFW Cetus Perdebatan

by Phic ARMAN
August 4, 2026

Bukan semua orang faham dunia fesyen, dan itu normal. Tapi bila ada yang bertanya dengan nada sedikit sinis tentang Kuala...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Halau Gelandangan!”- Aduan Di Taman Tasik Danau Kota Akhirnya Dijawab DBKL

by Phic ARMAN
August 25, 2026

Hasrat nak bersantai sambil menikmati suasana hijau di Taman Tasik Danau Kota bertukar sedikit kurang selesa apabila seorang rakyat meluahkan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Masih Ingat Fenomena Sejadah Berdiri? Dulu Ramai Percaya

by Phic ARMAN
August 9, 2026

Siapa yang masih ingat fenomena sejadah berdiri sendiri yang pernah menggemparkan media sosial suatu ketika dahulu? Zaman itu, kalau nampak...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

  3. 3

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  4. 4

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara