Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Kerana Tudung Ryanees, Linda Rafar Tunggang Kuda Sejauh 10km

by Phic ARMAN
July 9, 2018
Share on Facebook

Nampaknya rezeki pelakon dan usahawan, Linda Rafar, yang juga merupakan isteri kepada bekas pelakon Syed Aiman ini semakin murah. Pernah bekerjasama dan mempromosikan secara kerjasama dengan jenama tertentu untuk pelbagai produk, kini tuah menyebelahi Linda untuk bergelar duta rasmi tudung jenama Ryanees sejak Oktober 2017.

Pihak Ryanees tertarik untuk melamar Linda sebagai duta mempromosikan koleksi tudung yang dijual dengan harga RM59 untuk setiap keluaran.

“Terkejut bercampur teruja juga dengan lamaran ini. Bagi Linda, terlalu banyak tudung-tudung di pasaran ini, cuma tudung Ryanees tersangat istimewa kerana penggambaran bagi mempromosikan tudung ini dijalankan di luar negara seperti Casablanca, Kashmir dan banyak lagi. Mungkin ini satu keistimewaan tudung Ryanees malah pendekatan Puan Rinee untuk mempromosikan Ryanees dengan cara ini memberi impak berbeza dari jenama tudung yang lain.” katanya

View this post on Instagram

A post shared by No. 1 Knitted Hijab in Asia (@ryanees2016)

Sangat sesuai untuk wanita yang suka melancong, Linda berkata tudung Ryanees ada kelainan dari jenama tudung lain yang dipakai sebelum ini.

“Pada pandangan Linda, tudung ini selesa untuk dipakai seharian, tak panas, malah tudung Ryanees mempunyai variasi mengikut kualiti dan jenis material yang diingini. Apa yang menariknya, tudung ini lebih mudah di pakai untuk ke mana sahaja tanpa memerlukan pin, kerongsang & tak berkedut” katanya lagi.

Linda bertuah kerana selepas bergelar duta rasmi tudung Ryanees, dia berpeluang untuk ke luar negara untuk menjalani sesi penggambaran bagi mempromosikan jenama tudung ini. Antara negara yang sempat dikunjunginya seperti India dan Morocco.

Penggambaran di India


Bertanya pengalaman manis di India, Linda tidak pernah terbayang berpeluang menunggang kuda ala-ala Bollywood di lereng bukit yang indah ketika melawat Kashmir, yang lebih dikenali sebagai syurga di bumi atau Switzerland India.

“Omg! Berjaya jugak linda naik ke atas gunung 10km dgn menunggang kuda ..pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan”

Youtube video

Linda ditemui ketika Majlis Riang Ria Ryanees di The Majectic Hotel, KL, Jumaat lalu.(6 Julai 2018).

Ryanees Fashion House memulakan perniagaan pada bulan Januari 2016 dan didaftarkan pada Februari 2016 oleh Rinee Amelia Zakaria daripada aspirasi untuk memberikan definisi yang lebih baik untuk hijab yang selesa, mudah dipakai, bebas hijab untuk Muslimah di mana sahaja. Reka bentuk unik tudung ini boleh didapati secara dalam talian, melalui ejen berdedikasi dan butik vendor mereka di Lembah Klang.

Satu Lagi, Single Terbaru Linda Rafar

https://www.instagram.com/p/Bk6ixlJHta9/?taken-by=lindarafar

Ketika majlis itu, Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar menyanyikan single terbarunya berjudul Satu Lagi, di mana lagu itu sempena memperingati pemergian anaknya yang meninggal dunia akibat ketumbuhan barah dalam perut.

Dia juga mahu mendedikasikan lagu tersebut kepada semua kaum ibu yang senasib dengannya. Lagu itu karya ciptaan sepenuhnya Edry Abd. Halim dengan kerjasama KRU Studios sebagai pengedar.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Siti Nurhaliza TokTi
Spotlight

Individu Cari Isteri Pandai Gosok Baju, Komen TokTi Buat Ramai Dekah- “Dato K Pun…”

by Nurul A.
September 25, 2026

Hantaran seorang pengguna Threads, dikenali dengan nama Airell Rezell, mengenai ciri pasangan idaman yang pandai menggosok pakaian telah mengundang perhatian...

Read moreDetails
Foto - @rizmanruzaini (IG) / @silxntrosx_ (Threads)
Spotlight

[VIDEO] Mak Cik Terlebih Mesra, BFF ‘Ban’ Tetamu Cium Bella Astillah

by Nurul A.
October 26, 2026

Tindakan seorang wanita menarik leher Bella Astillah untuk mencium pipinya baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi video yang tular...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish ‘Naik Angin’ Kenyataan Disunting Kaitkan Pemandu Lori – “Itu Fitnah Sama Sekali”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Pelakon Nora Danish tampil menjelaskan isu kenyataannya mengenai pemandu lori yang tular di media sosial selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab...

Read moreDetails
Putera mahkota
Spotlight

[FOTO] Momen Comel, Putera Mahkota Jordan & Putera Mateen ‘Dating’ Bawa Anak

by Nurul A.
October 2, 2026

Sebuah pertemuan antara keluarga diraja Brunei dan Jordan telah mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian gambar di Instagram, Putera Mahkota Jordan,...

Read moreDetails
Spotlight

Bukan Sekadar Reunion! Raqim Ahmad Ada Sebab Istimewa Himpunkan Juara AF Di GV13

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Sempena ulang tahun ke-30 Astro, Gegar Vaganza Fantasia (GV13) tampil dengan pendekatan istimewa apabila menghimpunkan dua jenama hiburan yang cukup...

Read moreDetails
Yang Chao-yue
Filem

Dari ‘Rival’ Jadi Kekasih? Kisah Cinta Yang Chao-yue & Dong Si-cheng Di Netflix Curi Perhatian!

by Nurul A.
November 11, 2026

C-Drama kembali 'mendunia' di platform Netflix. Kali ini, muncul pula drama baharu yang berjudul 'Sunshine Through The Rain', memaparkan kisah...

Read moreDetails
Ahli Kerabat Diraja
Spotlight

8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

by Nurul A.
September 27, 2026

Walaupun 'title' sebagai ahli kerabat diraja memberi banyak kelebihan, tetapi hidup mereka sebenarnya penuh dengan tanggungjawab dan protokol. Lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Spotlight

JessC Gegar Amerika! Bawa Pulang Gelaran World Artist of the Year

by Phic ARMAN
September 27, 2026

Kalau selama ini kita biasa dengar nama artis tempatan beraksi di pentas Malaysia, JessC pula nampaknya semakin selesa membawa muziknya...

Read moreDetails
Meghan Markle
Spotlight

Putera Harry & Meghan Markle Pilih Inap Rumah Kawan Berbanding Istana

by Nurul A.
November 5, 2026

Putera Harry dan Meghan Markle telah mengambil keputusan kembali ke England untuk lebih dekat dengan Raja Charles III tanpa menggalas...

Read moreDetails
Spotlight

“Dulu Ada Yang Sinis Ketawa”- Anas Zahrin Kini No. 1 Di TikTok Shop Malaysia

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Bukan mudah membina jenama sendiri sehingga dikenali ramai, apatah lagi dalam industri kosmetik yang penuh persaingan. Namun, bagi usahawan dan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara