Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

KL Car-Free Morning, Cara Paling Best Nikmati Kuala Lumpur Tanpa Jem Setiap Ahad

by Farah Fatihah
May 16, 2026
72
KONGSIAN
Share on Facebook

KL Car-Free Morning ini berlangsung setiap Ahad dan memang jadi pilihan ramai untuk beriadah sambil menikmati suasana bandar Kuala Lumpur dengan cara yang lebih santai.

Bermula seawal jam 7 pagi hingga 9 pagi, beberapa jalan utama sekitar pusat bandar akan ditutup sementara bagi memberi ruang kepada orang ramai berjalan kaki, jogging, berbasikal atau sekadar menikmati udara pagi tanpa kesibukan trafik.

Laluan Menarik Melepasi Ikon Kuala Lumpur

View this post on Instagram

Acara ini bermula di Dataran DBKL, Jalan Raja Laut sebelum peserta melalui beberapa lokasi ikonik sekitar ibu kota.

Antara tempat menarik yang akan dilalui termasuk Petronas Twin Towers, Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan TAR, kawasan sekitar Masjid Jamek dan juga River of Life.

Memang best sebab kalian dapat tengok suasana Kuala Lumpur dari perspektif yang berbeza. Kalau sebelum ni biasa hadap jem dan bunyi hon kereta, kali ini kalian boleh menikmati pemandangan bandar dengan lebih tenang.

Pilih Laluan Ikut Keselesaan Sendiri

Gambar: Website @KL Car-Free Morning

Peserta boleh memilih sama ada laluan sejauh 5km atau 7km mengikut kemampuan masing-masing. Tak kisah sama ada kalian ingin jogging santai, berbasikal dengan kawan-kawan atau bawa anak-anak berjalan pagi, semuanya sesuai.

Yang penting, suasana dia memang meriah sebab ramai orang turun padang setiap minggu. Ada yang datang dengan keluarga, ada juga yang pergi bersama kawan-kawan untuk aktiviti hujung minggu sihat.

KL Car-Free Morning bukan sekadar program untuk bersukan semata-mata. Inisiatif ini juga membantu menggalakkan gaya hidup lebih sihat selain menyokong usaha mengurangkan pencemaran udara di bandar.

Dalam masa sama, program ini turut mengajak orang ramai menghargai ruang bandar dan menikmati Kuala Lumpur dengan cara yang lebih mesra alam.

Sesuai Untuk Pelancong Dan Warga Tempatan

Kalau kalian pelancong yang datang ke Kuala Lumpur, acara ini memang sesuai untuk meneroka bandar sambil ambil gambar di lokasi-lokasi popular sekitar ibu kota.

Bagi warga tempatan pula, ini peluang untuk lari sekejap daripada rutin harian dan menikmati suasana pagi Ahad dengan aktiviti yang lebih bertenaga.

Jadi kalau masih tak ada rancangan pada hujung minggu nanti, mungkin boleh cuba join KL Car-Free Morning dan rasai sendiri pengalaman menikmati bandar tanpa kesesakan kereta.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kl car free morningKuala Lumpurtanpa jem
Share29Tweet18SendShare

KINI TRENDING

Foto - Secret Recipe
LifeXplore

Bukan Sekadar Makan, Secret Recipe Mahu Setiap Detik Jadi Lebih Bermakna!

by Nurul A.
November 26, 2026

Setiap potongan kek yang dikongsi, setiap sambutan hari jadi, dan setiap hidangan yang dinikmati bersama insan tersayang menambah satu lagi...

Read moreDetails
YM Che Puan Sarimah
Kecantikan

Makin Glowing? Intai Tip Kecantikan YM Che Puan Sarimah Ibrahim

by Nurul A.
October 31, 2026

Selebriti kacukan Irish-Melayu, Yang Mulia (YM) Che Puan Sarimah Ibrahim sememangnya seorang wanita yang sangat cantik. Memiliki kulit putih kemerahan...

Read moreDetails
Foto - @esteelaudermy (IG)
LifeXplore

Jangan Sampai Terlambat! Estée Lauder Malaysia Seru Wanita Prihatin Kanser Payudara

by Nurul A.
October 9, 2026

Estée Lauder Companies (ELC) Malaysia meneruskan Kempen Kanser Payudara tahunannya bagi tahun 2026 dengan mesej "Penjagaan Payudara ialah Penjagaan Diri"...

Read moreDetails
LifeXplore

[VIDEO] Tengku Ezrique Ezzuddean Dalam Istiadat Mengangkat Sumpah Ini Curi Perhatian

by Phic ARMAN
October 27, 2026

Satu video memaparkan istiadat diraja Selangor mencuri perhatian apabila memperlihatkan Yang Mulia Tengku Ezrique Ezzuddean bin Tengku Dato’ Ardy Esfandiari...

Read moreDetails
LifeXplore

Sekilas Pandang Galaxy Tab S12+, Ternyata Ia Bukan Sekadar Skrin Besar

by Phic ARMAN
October 16, 2026

Awal Oktober lalu, MURAI berpeluang memegang sendiri Samsung Galaxy Tab S12+ ketika sesi pre-briefing bersama pasukan Samsung. Ketika itu, kami...

Read moreDetails
love language
Cinta

Suka Pujian Atau Masa Bersama? Jom Semak ‘Love Language’ Kamu

by Nurul A.
October 18, 2026

Setiap hubungan mempunyai pemahaman yang berbeza tentang bahasa cinta (love language) mereka sendiri. Kalau kamu mahu tahu, bahasa cinta ini...

Read moreDetails
LifeXplore

Bukan Sekadar Ratu Cantik, Jawapan Kavitha Malathy Tentang Alam Sekitar Curi Perhatian!

by Phic ARMAN
October 18, 2026

Bukan sekadar kecantikan dan penampilan di atas pentas, Kavitha Malathy membuktikan bahawa seorang wanita juga mampu membawa suara masyarakat serta...

Read moreDetails
Hong Kong Good Take
LifeXplore

HKTB Lancar ‘Hong Kong Good Take’, Bawa Rakyat Malaysia Terokai Lokasi Babak Ikonik!

by Nurul A.
November 18, 2026

Bagi ramai rakyat Malaysia, filem Hong Kong dan drama TVB sudah sebati dengan kenangan zaman membesar. Daripada babak filem ikonik...

Read moreDetails
LifeXplore

Samsung Galaxy A08 RM2.50 Sehari, Tapi Berbaloi Ke Beli?

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Telefon pintar sekarang bukan sekadar alat untuk membuat panggilan. Kita menggunakannya untuk membalas WhatsApp, menonton TikTok, menyunting video dan menguruskan...

Read moreDetails
Air Kosong
Kesihatan

Biar Berpada-Pada, Minum Air Kosong Berlebihan Boleh Datangkan Bahaya Ini…

by Nurul A.
October 11, 2026

Selalunya kita akan dengar yang pakar sarankan setiap individu meminum sekurang-kurangnya lapan gelas atau dua liter air sehari. Ini kerana...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  3. 3

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  4. 4

    Gara-Gara Kostum, Ratu Cantik Israel Berdepan Sorakan ‘Boo’ Dari Penonton

  5. 5

    Diet Tembikai Boleh Hilangkan Perut Buncit Dalam Seminggu?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara