Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

‘Duduk Jer Semenyih Diam-diam’- Pertikaian Tentang KLFW Cetus Perdebatan

by Phic ARMAN
August 4, 2026
38
KONGSIAN
Share on Facebook

Bukan semua orang faham dunia fesyen, dan itu normal. Tapi bila ada yang bertanya dengan nada sedikit sinis tentang Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), memang laju netizen tampil memberi ‘kelas percuma’ tentang apa sebenarnya fungsi acara fesyen tersebut.

KLFW: “Siapa nak pakai baju macam ni?”

Segalanya bermula apabila seorang pengguna media sosial mempersoalkan tujuan KL Fashion Week diadakan.

Menurutnya, dia tertanya-tanya sama ada pertunjukan itu bertujuan menjual pakaian kerana sepanjang tinggal di Semenyih, dia tidak pernah melihat orang memakai rekaan seperti yang dipersembahkan di pentas.

“KL Fashion Week ni tujuan untuk apa eh? Untuk jualan baju ke? Kiranya ada orang nak pakai baju fesyen macam ni kat luar? So far duduk Semenyih tak ada lagi jumpa yang pakai baju macam ni, alhamdulillah.”

Pertikaian Tentang KLFW Cetus Perdebatan

Nada berseloroh itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi. Antara komen yang paling mencuri perhatian sudah tentu, “Duduk je Semenyih tu diam-diam.” Ringkas, tetapi buat ramai geli hati.

Netizen tampil beri penjelasan Tentang KLFW

Di sebalik gurauan tersebut, ada juga netizen yang mengambil peluang untuk menjelaskan fungsi sebenar sebuah acara seperti KL Fashion Week.

Menurut mereka, pertunjukan fesyen bukanlah platform untuk mempamerkan pakaian harian yang akan dipakai ke pejabat, pasar malam atau lepak mamak. Sebaliknya, ia adalah ruang buat pereka fesyen mempersembahkan hasil seni, kreativiti dan inspirasi mereka kepada industri.

Topik Berkaitan "Macam Budak PPRT Beli Baju Bundle"- Komen Pedas Tentang Tetamu KLFW Cetus Perang Netizen

Malah, kebanyakan rekaan yang dipersembahkan merupakan koleksi couture atau made-to-measure, iaitu pakaian eksklusif yang dihasilkan mengikut tempahan pelanggan. Ia lebih sesuai digayakan ke acara rasmi, karpet merah atau majlis istimewa berbanding dipakai sebagai pakaian harian.

Pertikaian Tentang KLFW Cetus Perdebatan Pertikaian Tentang KLFW Cetus Perdebatan

Pada masa sama, KLFW juga menjadi platform penting untuk mempromosikan jenama tempatan, membuka peluang kerjasama dan memperkenalkan identiti fesyen Malaysia kepada pemain industri serta pembeli dari dalam dan luar negara.

Bagi MURAI, tak semua rekaan di pentas fesyen perlu masuk akal untuk dipakai ke kedai runcit. Sama seperti lukisan di galeri seni, ada yang dihasilkan untuk memberi inspirasi, mencetuskan perbincangan dan menunjukkan kemampuan seorang pereka, bukan semata-mata untuk dijual kepada orang ramai.

Kalau semua rekaan perlu ikut citarasa orang biasa, mungkin dunia fesyen takkan berkembang sejauh hari ini. Apa pun, perbezaan pandangan memang biasa. Yang penting, bila tak tahu, bertanya itu lebih baik daripada terus menghukum. Lagipun, daripada satu soalan yang viral, ramai pula akhirnya belajar sesuatu tentang dunia fesyen. Win-win juga, kan?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
3
Star
Star
5
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
klfw
Share15Tweet10SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Netizen Persoal DELIMa 3.0, Sindiran Fadhlina “Makan Dalam”

by Phic ARMAN
September 17, 2026

Kalau anda ibu bapa yang mempunyai anak masih bersekolah, nama DELIMa mungkin sudah tidak asing lagi. Platform pembelajaran digital Kementerian...

Read moreDetails
Sosial Buzz

[VIDEO] Rakyat Malaysia Puji Founder Oriental Kopi Tangani Isu Menu Dalam Bahasa Melayu

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Isu penggunaan Bahasa Melayu dalam menu restoran bukan perkara baharu. Namun, cara sesebuah jenama menangani teguran pelanggan boleh menentukan bagaimana...

Read moreDetails
Sosial Buzz

VIDEO Gelagat Anak Kecil Dikir Barat Curi Perhatian PMX, Ramai Teruja Lihat Komen Anwar Ibrahim

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Kadang-kadang, perkara kecil yang muncul di media sosial boleh mencuri perhatian ramai. Lebih menarik apabila aksi spontan seorang kanak-kanak bukan...

Read moreDetails
Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Ramai Kagum Lihat Nadia Nasimuddin Urus Keluarga & Perniagaan, Rupanya Ini Amalannya…

by Phic ARMAN
November 13, 2026

Sebagai seorang ibu, usahawan dan pengarah syarikat konglomerat, kehidupan Nur Nadia SM Nasimuddin pastinya menuntut komitmen yang bukan sedikit. Namun,...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Lepas Tanam Baru Maklum”- Ahmad Fedri Yahya Tegur Kenyataan Netizen Tentang Kematian Suami

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Namun, dalam keadaan berduka, kehadiran keluarga dan sahabat handai juga boleh...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Bukan Setakat Beli Emas, Rakyat Malaysia Berpeluang Bawa Pulang Kereta Mewah BMW

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Beli emas, mana tahu rezeki pula bawa pulang BMW? Itulah antara perkara yang mungkin menarik perhatian rakyat Malaysia apabila Cindai...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Uyaina Arshad Baru Sedar Kenapa Threads Dilabel Toksik, Ini Buktinya…

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Uyaina Arshad yang tampil mempersoalkan satu budaya di platform berkenaan yang menurutnya semakin dinormalisasikan. Media sosial sepatutnya menjadi ruang untuk...

Read moreDetails
Kemalangan
Sosial Buzz

[VIDEO] Sempat Rakam Celoteh Anak Sebelum Kemalangan, Ibu Tak Sangka Jadi Kenyataan

by Nurul A.
October 8, 2026

Di platform TikTok, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Salatiga, Jawa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Isu pergaduhan rumah tangga Syida Melvin dan bekas suaminya, Syafiq Saheen, nampaknya semakin panas apabila individu yang tidak mempunyai kaitan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara