Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Lee Jun Ho Dilantik Sebagai Duta Jenama Global CUCKOO

by Naddy Joe
May 3, 2026
Share on Facebook

CUCKOO International (MAL) Berhad (“CUCKOO Malaysia), peneraju Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), hari ini mengumumkan pelantikan bintang antarabangsa, Lee Junho, sebagai Duta Jenama Global CUCKOO. Pencapaian ini menandakan evolusi strategik hubungan yang bermula di Korea pada Jun 2022, sekali gus mencerminkan komitmen lebih luas dalam memperjuangkan kesejahteraan hidup di peringkat antarabangsa.

Melalui peranan global yang diperluaskan ini, Lee Junho akan mewakili jenama CUCKOO di Malaysia, Singapura, Brunei, Amerika Syarikat, serta negara-negara Asia yang lain. Beliau akan menggalas tanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran terhadap ekosistem kesejahteraan holistik CUCKOO yang merangkumi pelbagai penyelesaian kediaman seperti penapis air, penapis udara, periuk nasi serbaguna, mesin basuh pinggan, dan banyak lagi.

Di Malaysia, Lee Junho akan bergabung tenaga dengan duta jenama CUCKOO yang sedia ada, iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Phei Yong. Gabungan trio ikonik ini menyatukan pengaruh global dengan resonansi tempatan yang mendalam demi menginspirasikan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjadi #SAMASAMAHealthier.

Pelantikan ini hadir pada detik paling gemilang dalam kerjaya Lee Junho. Susulan kejayaan global drama King the Land (2023), beliau terus memukau penonton menerusi watak utama dalam siri Netflix 2025, Cashero, serta drama tvN yang meraih kirtikan positif, Typhoon Family.

Siri Cashero khususnya telah meneruskan dominasi global beliau apabila berjaya menduduki tangga pertama dalam kategori TV Global Top 10 Netflix (Bukan Inggeris). Sebagai pemenang empat kali anugerah ‘Daesang’, Lee Junho terus mengukuhkan statusnya sebagai pelakon ternama menerusi pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik bagi drama Typhoon Family di Anugerah Seni Baeksang yang bakal berlangsung pada 8 Mei ini.

Rakyat Malaysia bakal melihat kehadiran Lee Junho di seluruh negara melalui pelancaran papan iklan serta kandungan digital eksklusif di laman media sosial rasmi CUCKOO Malaysia. Pengumuman ini juga menandakan bermulanya rangkaian inisiatif jenama dan aktiviti interaktif bagi menghubungkan CUCKOO dengan pelanggan dan peminat secara lebih dekat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Lee Jun Ho
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Putera mahkota
Spotlight

[FOTO] Momen Comel, Putera Mahkota Jordan & Putera Mateen ‘Dating’ Bawa Anak

by Nurul A.
October 2, 2026

Sebuah pertemuan antara keluarga diraja Brunei dan Jordan telah mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian gambar di Instagram, Putera Mahkota Jordan,...

Read moreDetails
Jurang Takdirku Ku Faiz
Spotlight

Ku Faiz Muncul Dengan Single Debut “Jurang Takdirku”

by Nurul A.
August 19, 2026

Industri muzik tempatan bakal menyambut kemunculan seorang bakat baharu menerusi pelancaran single debut berjudul “Jurang Takdirku”, nyanyian Ku Faiz. Sarat...

Read moreDetails
Drama China Romantik, The Early Spring
Spotlight

3 Drama China Romantik Untuk Kamu Yang Tak Move On Dengan “The Early Spring”

by Nurul A.
September 18, 2026

Baru sahaja habis ditayangkan, "The Early Spring" menjadi salah satu drama China romantik yang popular di Netflix ketika ini. Menampilkan...

Read moreDetails
Son Ye Jin
Korea

Wajah Anak Diambil Tanpa Izin, Son Ye Jin Ambil Tindakan Tegas

by Nurul A.
September 30, 2026

Sama seperti ibu bapa yang lain, aktres Korea Selatan, Son Ye Jin memberikan amaran kepada individu yang mengambil gambar anak...

Read moreDetails
Ed Sheeran
Spotlight

Sepupu Label Ed Sheeran “Bukan Orang Baik” Gara-Gara Singkir Macklemore

by Nurul A.
September 22, 2026

Nampaknya krisis Jelajah Loop Ed Sheeran secara rasminya telah menjadi urusan 'terbesar' keluarga penyanyi itu. Ketika dia sedang menghadapi kritikan...

Read moreDetails
burger king
Spotlight

Terus Sold Out?! Burger King Perkenal Beg Saiz Nuget Dengan Harga RM16.30

by Nurul A.
September 18, 2026

Francais makanan segera, Burger King mencuri perhatian selepas melancarkan beg mikro yang berbentuk nuget ayam, menjadi sebahagian daripada kempen untuk...

Read moreDetails
pu riz, anjing, haris ismail
Spotlight

Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

by Nurul A.
September 11, 2026

Pendakwah bebas PU Riz, atau nama sebenarnya Haris Ismail kembali menjadi bualan ramai selepas menyuarakan pendapat peribadinya mengenai pemeliharaan anjing...

Read moreDetails
Spotlight

Bukan Sekadar Filem Aksi, CHELOT Tawar Pengalaman ‘Real’ Di Layar Perak

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Dah bersedia untuk aksi yang lebih real, intense dan penuh debaran? CHELOT akhirnya bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia...

Read moreDetails
Brooklyn Beckham
Spotlight

Bukan Dipuji, Malah Dikritik! Ini Sebabnya Netizen ‘Hentam’ Masakan Brooklyn Beckham

by Nurul A.
October 15, 2026

Anak sulung David Beckham dan Victoria Beckham, Brooklyn Beckham, sekali lagi menjadi sasaran warganet selepas berkongsi masakannya di media sosial....

Read moreDetails
Raja Charles III
Spotlight

Masih ‘Perang Dingin’, Raja Charles III Campur Tangan Dalam Konflik 2 Anaknya

by Nurul A.
October 5, 2026

Putera William dan Putera Harry dilaporkan masih belum berbaik semula. Hubungan mereka pula dikatakan masih tegang selepas Putera Harry memutuskan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara