Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

Lepas Dapat Kerja, Menang Motosikal Lagi! Rupanya Ekspo Kerjaya Di WTC Masuk ‘Malaysian Book of Records’

by Phic ARMAN
July 26, 2022
Share on Facebook

Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 yang membuka tirai sejak Sabtu yang lalu (23 Julai) diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Karnival pekerjaan terbesar dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Penyerahan sijil antara pihak Malaysia Book of Records, Encik Christopher Wong Hong Wai, Ketua Pegawai Operasi MBOR kepada YB Datuk Seri M. Saravanan dan  disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, selepas merasmikan  Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di WTC semalam.

Difahamkan rekod itu dicapai berdasarkan penganjuran ekspo kerjaya secara besar-besaran dengan penglibatan seribu majikan yang menawarkan lebih 30 ribu peluang pekerjaan. Ekspo selama lima hari sehingga 27 Julai ini, menyediakan banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor yang disasarkan kepada semua golongan pencari kerja.

Menurut Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, ia merupakan karnival pekerjaan terbesar yang julung kali diadakan bagi mencapai sasaran kerajaan untuk mencipta 600,000 peluang pekerjaan melalui ‘Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia’ di bawah Bajet 2022.

Dapat Kerja Dan Menang Motosikal Lagi

Orang ramai yang hadir turut berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi aktiviti cabutan bertuah seperti motosikal, komputer riba, telefon pintar, televisyen dan sebagainya.

Tengku Syamel berusia 22 tahun antara insan yang bertuah kerana baru sahaja memenangi motosikal pada hari Ahad yang lalu. Siapa sangka, selain mendapat pekerjaan di Ekspo Kerjaya, pemuda ini membawa pulang motosikal baru. Saksikan video dibawah;

https://murai.my/wp-content/uploads/2022/07/TESTIMONY-1-WTCKL-2022.mp4

Karnival anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dibawah Kementerian Sumber Manusia ini akan mengadakan sesi temu duga dengan lebih daripada 30,000 peluang pekerjaan tersedia khas buat para pencari kerja. Para pengunjung boleh mendaftar di www.myfuturejobs.gov.my/careerfair.

Jangan lepaskan peluang ini!

https://lomp.at/00p5v
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
Jalan-Jalan

Kelip-Kelip Ada Di Terengganu? 5 Tempat Wajib Singgah Kalau Datang Terengganu!

by Farah Fatihah
December 27, 2025

Terengganu terus menjadi destinasi percutian pilihan ramai, terutama bagi mereka yang ingin seketika melarikan diri daripada kesibukan bandar. Keindahan pantainya...

Read moreDetails
Budaya

Pantang Larang Ketika Tahun Baru Cina- No.4 Boleh Buat ‘Tuah’ Lari Sepanjang Tahun!

by Nurul A.
February 10, 2026

Tahun Baru Cina bukan sekadar reunion bersama keluarga dan rakan, dapat angpau atau main mercun. Tetapi bagi mereka yang menyambut...

Read moreDetails
via Flickr
LifeXplore

Bukan Sekadar Laut Biru, Ini Pilhan Makanan Terengganu Paling Sedap Dinikmati Di Pantai

by Naja Nix
January 1, 2026

Keindahan pantai di Terengganu sememanya sudah perlu dipertikaikan. Dari pasir putih hingga angin laut yang mendamaikan, negeri ini menawarkan pengalaman...

Read moreDetails
via Ai-Generated
LifeXplore

Keindahan Seni Bina Islam: 5 Masjid Ikonik di Malaysia

by Farah Fatihah
December 28, 2025

Malaysia bukan sahaja terkenal dengan kepelbagaian budaya dan alam semula jadi yang memukau, malah turut memiliki deretan masjid yang indah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore