Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Ligat Promosi Raya! Semak 5 Jenama Besar Yang Berkolabrasi Dengan Artis Popular

by Zaidin Albert
May 27, 2019
Share on Facebook

Artis sememangnya merupakan public figure yang segala apa yang dilakukannya akan diperhatikan oleh ramai orang. Oleh kerana itu banyak organisasi yang berminat untuk menjadikan mereka sebagai duta untuk mempromosikan produk mereka.

Alasannya, sudah tentu sebab mereka popular dan mempunyai jutaan pengikut di media sosial. Selain itu pemilihan duta sendiri bukan sebarangan, pihak organisasi biasanya akan melihat pencapaian artis dan kemampuan mereka dalam mempromosikan sesebuah jenama lagi-lagi di musim perayaan ini.

Berikut murai.my mengenal pasti 5 jenama besar yang menjadikan artis popular ini untuk mempromosikan produk mereka sempena hari raya.

Jakel

View this post on Instagram

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Pada tahun ini, Jakel sekali menampilkan kemunculan Duta Raya tahun ini antaranya Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana (SchAwaLara) dan Ayda Jebat. Turut memeriahkan kempen raya pada hari ini adalah keluarga popular Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar. Nampaknya kesemua selebriti popular ini menggunakan media sosial mereka untuk mempromosikan koleksi masing-masing.

Dengar cerita, anda boleh dapatkan cashback RM15 dengan setiap pembelian RM300 keatas, tapi kena guna @myboostapp untuk pembayaran! Nak tahu lagi banyak promosi, boleh lah berkunjung ke laman Facebook mereka.

Bata Malaysia

View this post on Instagram

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Pada tahun ini, Bata Malaysia memperkenalkan koleksi terkini dan menawarkan hadiah menarik sempena hari raya ini.  Jenama ini juga telah bekerjasama dengan pasangan selebriti terkenal iaitu Amyra Rosli dan Amar Baharin untuk mempromosikan Bata Malaysia tahun ini dengan koleksi yang indah sebagai duta kempen.

Banyak tawaran dan promosi menarik yang mereka keluarkan oleh Bata Malaysia pada musim perayaan. Dengar cerita, kalau berbelanja lebih di Bata, anda boleh dapat percuma gelang dan jam tangan. Tunggu apa lagi! jom ke cawangan Bata yang berhampiran di seluruh Malaysia.

Habib Jewels

View this post on Instagram

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Habib menyambut kemeriahan Aidilfitri untuk kali ke-61 menerusi kempen tahunannya, Rantaian Kasih bagi meraikan hubungan kekeluargaan dan persahabatan yang dipupuk dan dieratkan lagi sepanjang musim perayaan.

Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta dilantik sebagai duta Habib bagi koleksi Rantaian kasih bersempena dengan kempen Aidilfitri 2019. Koleksi Rantaian Kasih Habib menampilkan perincian berinspirasikan motif batik yang diberi nafas baharu dengan unsur kontemporari.

Bonia 

View this post on Instagram

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)

Baru-baru ini terlihat pelakon berbakat Syafiq Kyle memuatnaik gambar beberapa produk berkualiti dari jenama Bonia. Kena pada waktu, di mana orang tengah sibuk berbelanja untuk raya, Syafiq mengajak pengikut-pengikutnya untuk menyemak promosi terbaru serta tawaran menarik dari jenama besar tersebut sempena hari raya.

Galeri Ariani

Khas lebaran ini, jenama tudung popular,  GALERI ARIANI mengadakan Jualan Mega Lebaran Ariani 2019. JUALAN MEGA LEBARAN ARIANI ini berlangsung pada 15hb Mei hingga 4hb Jun 2018 di kesemua cawangan Galeri Ariani seluruh Malaysia dah juga di Ariani Online.

Beberapa nama selebriti ternama turut bersama-sama mempromosikan koleksi tudung Ariani, antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Mira Filzah, Ayda Jebat dan Bella Dally.

Ariani menawarkan lebih dari 30 pilihan koleksi corak terkini yang merangkumi koleksi selendang, instant dan juga square.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Bata MalaysiaBonia Malaysiahabib jewelsjakel
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - OWNDAYS
Fesyen

OWNDAYS Malaysia Lancarkan Kempen OWN “your” DAYS Bersama Mira Filzah

by Nurul A.
August 2, 2026

OWNDAYS Malaysia menampilkan pelakon terkenal dan ikon gaya hidup, Mira Filzah, sebagai Duta Kempen rasminya, sekali gus membuka lembaran baharu...

Read moreDetails
PU Amin
Spotlight

PU Amin Gesa Boikot Drama-Filem Berunsur Cinta Songsang- “Tunggu Azab Baru Nak Sedar?”

by Nurul A.
September 2, 2026

Pendakwah bebas, PU (Pencetus Ummah) Amin mencuri perhatian apabila menyuarakan kebimbangannya terhadap lambakan drama dan filem yang cuba mengetengahkan unsur...

Read moreDetails
Foto - Netflix
Korea

Siri Komedi-Romantik Netflix Baharu, ‘Our Sticky Love’ Bongkar Penipuan Manis Jung Hae-In!

by Nurul A.
July 24, 2026

Ditayangkan pada 7 Ogos ini di Netflix, siri rom-kom 'Our Sticky Love' mengikuti Go Eun-sae (Ha Young), seorang pendakwa raya...

Read moreDetails
wanita hari ini, whi
Spotlight

Wajah Baharu, Lebih Segar & Padat- Wanita Hari Ini Inspirasi Tanpa Sempadan

by Nurul A.
September 11, 2026

Program bual bicara wanita popular TV3, Wanita Hari Ini (WHI) bakal tampil dengan wajah baharu menerusi pendekatan yang lebih segar...

Read moreDetails
Anjing Aamir Khan
Spotlight

Tuai Kontroversi, Aamir Khan Pernah Namakan Anjingnya Sebagai “Shah Rukh Khan”

by Nurul A.
August 8, 2026

Ketika mempromosikan filem 'Sitaare Zameen Par', Aamir Khan telah berkongsi pandangan mengenai pelbagai fasa dalam kehidupannya. Kongsiannya itu termasuklah fasa...

Read moreDetails
Spotlight

“Yang Berbahagia Datuk Siti Roziana Binti Zin” – Peminat Ucap Tahniah Buat Ziana Zain

by Phic ARMAN
August 24, 2026

Penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain, menerima ucapan tahniah daripada peminat selepas menerima pengiktirafan dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang...

Read moreDetails
D'Masiv "Asia Home Run"
Spotlight

D’Masiv Kembali Ke KL Menerusi Jelajah “Asia Home Run” November Ini!

by Nurul A.
September 7, 2026

Selepas siri jelajah di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun, kumpulan D'Masiv yang berasal dari Indonesia, kini sedia bertemu peminat di Asia...

Read moreDetails
Spotlight

Pestapora Malaysia 2026: Tipe-X, Last Child Hingga Ruffedge Bakal Gegarkan Bukit Jalil

by Phic ARMAN
July 22, 2026

Bila sebut tentang Pestapora, ramai peminat muzik pasti sudah boleh bayangkan suasana meriah, lautan manusia menyanyi bersama dan momen yang...

Read moreDetails
Erling Haaland
Spotlight

[FOTO] Peminat Puji Gaya Rambut Terbaru Erling Haaland- “Nampak Muda & Lebih Kacak!”

by Nurul A.
August 24, 2026

Pemain bola sepak Norway, Erling Haaland kembali mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa gambar gaya rambut terbarunya. Sebelum ini,...

Read moreDetails
Spotlight

Selepas 26 Tahun, Dato’ Khadijah Ibrahim Muncul Dengan Karya Yang Buat Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
August 6, 2026

Selepas lebih dua dekad tidak muncul dengan karya rakaman baharu, akhirnya legenda muzik tanah air, Dato' Khadijah Ibrahim kembali menyapa...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  2. 2

    Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

  3. 3

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara