Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Mata Asyik Naik Ketumbit & Susah Nak Lega? Cuba Rawat Macam Ini Pula…

by Soph Azz
April 14, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

“Mengintai orang lah tu, sebab tu jadi ketumbit”

Bila mata jadi ketumbit, ada yang kata ia terjadi disebabkan oleh perbuatan mengintai orang lain. Tetapi sebenarnya salah. Ketumbit terjadi kerana berlakunya keradangan pada bahagian akar bulu mata, sama ada disebabkan oleh jangkitan kuman atau bakteria.

Selalunya ketumbit akan hilang dengan sendiri tanpa sebarang rawatan atau ubat dalam masa beberapa hari. Dan ada juga yang alami ketumbit yang berhari-hari lamanya, sehinggakan rasa bengkak teruk dan terlalu sakit. Malah nak rawat pun ambil masa yang lama untuk lega.

Kalau ketumbit susah nak lega, jangan pula kamu panik. Lakukan beberapa langkah dan rawatan berikut untuk hilangkan ketumbit.

Ketumbit ada dua jenis 

Dipetik daripada WebMD, ketumbit yang selalunya terjadi ada dua jenis iaitu Stye dan Chalazion.

Foto – Pinterest
  • Stye: Jangkitan ini bermula dari akar bulu mata dan berlaku di pinggi kelopak mata. Tapi kalau dalam kelopak mata, ia digelar hordeolum iaitu jangkitan kuman pada kelenjar minyak dalam kelipak mata. Rasanya agak menyakitkan tapi boleh sembuh dalam masa seminggu.
  • Chalazion: Benjolan yang lebih besar dan disebabkan oleh kelenjar tersumbat. Sesetengah kes, stye boleh jadi chalazion dan ianya boleh berlanjutan hingga sebulan atau lebih.

Semasa ketumbit terjadi, kamu akan alami beberapa gejala lain seperti mata berair, gatal, sensitif, bengkak atau kemerahan di sekitar mata.

Cara rawat ketumbit 

Sama ada kanak-kanak atau orang dewasa alami ketumbit kamu boleh gunakan cara berikut untuk rawat ketumbit.

1. Uncang teh hijau

Teh hijau mengandungi asid tanik yang boleh membantu melindungi mata daripada jangkitan. Caranya:

Foto – Pinterest
  • Rendam uncang teh hijau dalam air panas
  • Selepas 5 minit, angkat dan perah sedikit supaya keluar lebihan air pada uncang teh
  • Kalau terlalu panas, tunggu sekejap hingga ia menjadi suam
  • Apabila yakin suhunya sesuai, tuam di bahagian ketumbit selama 5 minit untuk beberapa kali dalam masa sehari

2. Tuam dengan air suam 

Paling berkesan, tuam mata ketumbit dengan air suam. Boleh dilakukan pada kanak-kanak dan orang dewasa, apa yang kamu perlu lakukan adalah:

  • Rendam kain bersih atau sapu tangan dalam air suam
  • Perahkan lebihan air pada kain tersebut dan tuam pada bahagian ketumbit seketika
  • Ulang langkah ini sebanyak tiga kali sehari selama seminggu

3. Kaedah tutup dengan sudu

Orang dulu-dulu ada yang gunakan sudu untuk hilangkan ketumbit. Cara-caranya:

Foto – Pinterest
  • Rendam seketika sudu dalam air suam yang tidak terlalu panas
  • Kemudian ambil sudu tersebut dan tuam di bahagian ketumbit
  • Tuam sekitar 3 minit untuk beberapa kali dalam sehari

4. Bersihkan guna air yang bersih 

Paling mudah, kamu boleh bersihkan mata ketumbit dengan air yang bersih dengan kerap. Untuk lebih bersih, kamu boleh ambil putik kapas dan sabun yang lembut seperti mandian atau syampu bayi untuk bersihkan sekitar kelopak mata dan bahagian bulu mata sekitar ketumbit.

Foto – Pinterest

Sekiranya kamu seorang yang gemar mengenakan contact lens atau mekap di bahagian mata, cuba berhenti sekejap sehingga ketumbit reda. Jika makin teruk, berjumpa dengan doktor segera okay?

Semoga bermanfaat!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
cara hilangkan ketumbitketumbitpetua rawat ketumbit
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan Jantung
Kesihatan

Anggapan “Saya Masih Muda” Boleh Jadi Satu Risiko Kepada Kesihatan Jantung?

by Nurul A.
August 5, 2026

“Penyakit jantung? Saya masih muda, tidak perlu risau lagi.”- Menurut pakar perunding kardiologi Datuk Dr Rosli Mohd Ali, tanggapan seperti inilah...

Read moreDetails
Foto - Maaedicare
Kesihatan

Malam ‘Hope & Healing’, Hampir 770 Pesakit Dialisis Peroleh Manfaat Perkhidmatan Maaedicare

by Nurul A.
July 27, 2026

Yayasan Amal Maaedicare (Maaedicare) berjaya menganjurkan gala pengumpulan dana tahunannya, 'A Night of Hope & Healing: Shine a Light, Save...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  4. 4

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara