Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Peminat MCR Mengamuk? Tempat Duduk Tiba-Tiba Berubah Saat Akhir

by Phic ARMAN
November 19, 2026
Share on Facebook

Konsert kumpulan rock alternatif terkenal, My Chemical Romance (MCR) di Malaysia sepatutnya menjadi momen paling dinantikan peminat. Namun, menjelang persembahan yang berlangsung hari ini, 19 November 2026, timbul pula isu pengurusan tempat duduk sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan peminat.

Menerusi beberapa perkongsian di Threads, rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa tempat duduk yang dibeli sejak tahun lalu tiba-tiba mengalami perubahan.

Peminat MCR Persoal Perubahan Tempat Duduk

Seorang peminat meminta pihak pengurusan GoLive Asia menyelesaikan isu berkenaan dengan segera kerana ramai sudah membeli tiket sejak tahun lalu.

Dia turut berharap perubahan tersebut tidak menyebabkan rakan atau ahli keluarga yang membeli tiket bersama-sama terpaksa duduk berasingan.

Malah, peminat itu mengingatkan bahawa ini merupakan konsert pertama buat dirinya dan beberapa individu lain.

MCR

Bukan Upgrade, Sebaliknya Lebih Jauh Dari Pentas?

Seorang lagi peminat mendakwa menerima e-mel sekitar jam 10.30 pagi yang memaklumkan tempat duduk asalnya di Seksyen 313, Baris B telah ditukar kepada Baris FF.

Lebih mengecewakan, lokasi baharu itu didakwa jauh lebih tidak memuaskan berbanding tempat duduk asal.

“Ini bukan upgrade!” tulisnya sambil meluahkan rasa tidak puas hati.

Kalau sudah membeli tiket berdasarkan lokasi pilihan, mestilah peminat mengharapkan tempat duduk tersebut dikekalkan, bukannya menerima kejutan saat akhir.

Peminat Sudah Beratur Seawal Pagi

Untuk rekod, konsert MCR berlangsung selama dua hari, iaitu 19 dan 20 November 2026 di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Seawal pagi ini, peminat sudah mula beratur di sekitar stadium bagi menyaksikan persembahan kumpulan yang popular menerusi lagu Welcome To The Black Parade itu.

Bagaimanapun, isu pertukaran tempat duduk ini memerlukan penjelasan segera pihak penganjur agar tidak menjejaskan pengalaman penonton.

Setakat ini, dakwaan peminat berhubung perubahan tempat duduk tersebut masih menantikan maklum balas pihak berkaitan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
2
Star
Star
1
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
GoLive AsiaMy Chemical Romance (MCR)
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

“Lepas Tanam Baru Maklum”- Ahmad Fedri Yahya Tegur Kenyataan Netizen Tentang Kematian Suami

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Namun, dalam keadaan berduka, kehadiran keluarga dan sahabat handai juga boleh...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Bukan Setakat Beli Emas, Rakyat Malaysia Berpeluang Bawa Pulang Kereta Mewah BMW

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Beli emas, mana tahu rezeki pula bawa pulang BMW? Itulah antara perkara yang mungkin menarik perhatian rakyat Malaysia apabila Cindai...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Jahatnya Kau…”- Netizen Pertahan Rider Dipersoal Guna Beg Syarikat Lain

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Pernah tak anda order makanan melalui satu aplikasi, tetapi yang sampai depan rumah ialah rider dengan beg daripada syarikat penghantaran...

Read moreDetails
Sosial Buzz

KLCC Bakal ‘Tenggelam’? Projek Baharu Ini Cetus Perdebatan, Ramai Tak Puas Hati

by Phic ARMAN
November 18, 2026

Pemandangan Menara Berkembar Petronas atau KLCC sememangnya antara imej paling ikonik apabila bercakap tentang Kuala Lumpur. Namun, kemunculan sebuah projek...

Read moreDetails
Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Banjir Selangor Hingga RM4,000

by Phic ARMAN
November 18, 2026

Banjir bukan sekadar meninggalkan kesan jalan berlumpur dan rumah dipenuhi air, malah ada keluarga yang terpaksa menanggung kerugian besar apabila...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Isu pergaduhan rumah tangga Syida Melvin dan bekas suaminya, Syafiq Saheen, nampaknya semakin panas apabila individu yang tidak mempunyai kaitan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Ramai Kagum Lihat Nadia Nasimuddin Urus Keluarga & Perniagaan, Rupanya Ini Amalannya…

by Phic ARMAN
November 13, 2026

Sebagai seorang ibu, usahawan dan pengarah syarikat konglomerat, kehidupan Nur Nadia SM Nasimuddin pastinya menuntut komitmen yang bukan sedikit. Namun,...

Read moreDetails
Sosial Buzz

[VIDEO] Rakyat Malaysia Puji Founder Oriental Kopi Tangani Isu Menu Dalam Bahasa Melayu

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Isu penggunaan Bahasa Melayu dalam menu restoran bukan perkara baharu. Namun, cara sesebuah jenama menangani teguran pelanggan boleh menentukan bagaimana...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Uyaina Arshad Baru Sedar Kenapa Threads Dilabel Toksik, Ini Buktinya…

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Uyaina Arshad yang tampil mempersoalkan satu budaya di platform berkenaan yang menurutnya semakin dinormalisasikan. Media sosial sepatutnya menjadi ruang untuk...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara