Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Nabil Ahmad Kongsi Pengalaman Ibu Ditipu Dalam Filem “Dato” S

by Khai Azfar
October 17, 2019
Share on Facebook

Siapa sangka, bermula daripada seorang pelawak, pengacara Nabil Ahmad kini mula mengorak langkah sebagai seorang pengarah. Selepas kejayaan filem televisyen (FTV), The Hantus pada tahun lalu, Nabil memperkenalkan pula buah tangan terbaharunya yang berjudul “Dato” S yang bakal disiarkan di Astro First Eksklusif (saluran 480) mulai 24 Oktober 2019.

Kongsi Pengalaman Ibu 

Menariknya mengenai filem ini, ianya bukan sahaja merupakan idea asal Nabil malah jalan ceritanya turut berkongsi pengalaman ibunya pernah ditipu oleh sindiket duit haram suatu ketika dahulu.

“Kalau tengok pada filem ini, budak yang jual acar buah itu memang berdasarkan kisah benar. Itulah saya, sewaktu kecil memang saya bantu ibu untuk menjual acar buah

Sebenarnya kalau mengingatkan kembali kisah ibu saya, waktu itu saya masih kecil. Apa yang saya ingat,ibu menangis sambil merintih nasib mengenai wangnya yang ditipu”

Menurut Nabil, idea untuk menerbitkan filem ini sudah tercetus sejak beberapa tahun yang lalu malah telah menjalani penggambaran sebelum Pilihanraya Umum ke 14. Namun, dek kerana kekangan beberapa komitmen dia terpaksa menangguhkan hasratnya itu terlebih dahulu.

“Sebenarnya saya ada mempunyai idea untuk menerbitkan beberapa buah filem. Namun selepas berbincang dan melihatkan kesesuaian, Alhamdulillah Dato S dapat ditayangkan. Insyallah akan ada banyak lagi buah tangan saya akan dihasilkan selepas ini”

Tidak Mempunyai Kaitan Dengan Mana-Mana Usahawan 

Menafikan Dato S mempunyai kaitan dengan mana-mana usahawan terkenal tanah air, jelas Nabil lagi filem ini menceritakan mengenai realiti yang sebenar malah turut menggabungkan isu panas suatu ketika dahulu dan terkini dalam sebuah naskhah.

Topik Berkaitan [VIDEO] Nabil Ahmad Menyakat Anak Perempuan Ramli MS Raih Perhatian Ramai

Mengenai filem arahan Shahrol Esham ini, ianya menampilkan pendekatan yang berbexa dan cukup berani apabila mengangkat isu semasa yang membimbangkan dan kian berleluasa dikalangan masyarakat hari ini terutamanya berkaitan dengan penipuan duit haram, isu ‘scammer’, penyamaran dan sebagainya. “Dato” S diperhebatkan lagi dengan pembabitan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Kamal Adli, Puteri Aisyah, Fikry Ibrahim dan Zulin Aziz.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dato Snabil ahmad
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  5. 5

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara