Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Destinasi

Nak Melancong Tapi Bajet Ciput? Cathay Pacific Bagi Harga Mesra Poket

by Nurul A.
July 17, 2025
Share on Facebook

MURAI datang bawa cerita best untuk semua yang suka melancong dan juga suka diskaun (macam kami). Cathay Pacific baru sahaja diumumkan sebagai salah satu daripada 3 syarikat penerbangan terbaik dunia dalam Skytrax World Airline Awards 2025, dan bukan itu sahaja, mereka juga menang World’s Best Economy Class untuk tahun kedua berturut-turut. Eh, jangan main-main ya… economy pun rasa macam duduk business!

Lepas menang, Cathay tak simpan kegembiraan itu sendiri. Mereka terus buat satu promosi khas untuk ahli Cathay, katanya sebagai tanda terima kasih kepada semua pelanggan setia. Kalau belum jadi ahli, boleh daftar dulu. Percuma saja!

Apa yang menarik dengan promosi ini?

  • Diskaun RM520 untuk setiap tempahan (banyak juga ni)
  • Tempah sebelum 22 Julai 2025
  • Guna kod: BESTECONMY semasa membuat bayaran (pastikan taip betul-betul, kalau tidak nanti menangis tepi boarding gate)
  • Sah untuk semua destinasi kecuali Hong Kong, Tokyo (Narita), Osaka & Taipei
  • Tempoh perjalanan antara 15 September 2025 – 31 Mac 2026
  • Perlu tempah minimum 2 orang dalam satu tempahan. (jadi ajaklah rakan, pasangan, jiran, atau mungkin juga si dia yang sedang diperhatikan dalam diam)

Kenapa economy Cathay ini luar biasa?

Selalu orang ingat economy ini tempat duduk sempit sambil berdoa cepat sampai. Tapi kalau terbang dengan Cathay, memang lain. Kerusi selesa, layanan penuh perhatian, makanan sedap sampai rasa nak tambah, dan inflight entertainment pun menang World’s Best Inflight Entertainment (dua kali dalam tiga tahun pula tu). Duduk saja pun sudah rasa macam berada di panggung wayang boleh maraton drama Korea sambil makan chicken rice.

Jadi, bagi yang sedang merancang untuk bercuti ke Eropah, Asia, atau mana-mana destinasi yang layak, ini peluang untuk jimat sambil terbang dengan penuh bergaya. Bukan selalu syarikat penerbangan menang award, kemudian terus hadiahkan pelanggan dengan diskaun lumayan macam ini.

Cepat tempah sebelum kod diskaun itu tamat. Kalau terlepas, nanti hanya mampu tengok orang lain muat naik gambar #TravelGoals di Instagram sambil makan maggi di rumah.

Untuk maklumat lanjut & tempahan, boleh terus lawati laman web rasmi Cathay Pacific.

Selamat terbang dengan penuh gaya (dan berjimat juga)!

Cathay PacificSkytrax World Airline Awards 2025
https://lomp.at/uljo2
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

AirAsiaX Selesai Pengambilalihan & Ini 3 Fakta Yang Perlu Anda Faham

by Phic ARMAN
January 19, 2026

AirAsiaX baru sahaja menyelesaikan pengambilalihan AirAsia Berhad (AAB) dan AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) daripada Capital A. Langkah ini bukan...

Read moreDetails
Berita

AirBorneo Rasmi Terbang Hari Ini, Dari Konsep Hingga Seragam Kru Kabin Jadi Perhatian

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Hari ini mencatat satu lagi detik penting buat Sarawak apabila AirBorneo akhirnya berlepas secara rasmi. Tak perlu gimik besar, tak...

Read moreDetails
Destinasi

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Vietjet Hidupkan Semula SkyBoss, 3 Sebab Kaki Travel Akan Rasa “Ini Berbaloi”

by Phic ARMAN
January 6, 2026

Bagi mereka yang kerap terbang, pengalaman perjalanan lama-kelamaan mengajar satu perkara penting.  Bukan semua penerbangan tentang sampai cepat. Ada masanya,...

Read moreDetails
via Grok
Jalan-Jalan

Beli Dua Kerusi Dalam Flight, Tapi Dipersoal Penumpang Lain,- “Salahkah Mahu Selesa?”

by Naja Nix
January 7, 2026

Satu perkongsian tular di Thread baru-baru ini mencetuskan perdebatan hangat apabila seorang penumpang berkongsi pengalaman disoal penumpang lain hanya kerana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore