Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Nasi Mekdi Jadi Penyelamat? 50,000 Pek Disalur Kepada Mahasiswa

by Ayu Kamaruddin
February 24, 2026
Share on Facebook

Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar, McDonald’s Malaysia tampil dengan satu langkah proaktif menerusi pelancaran Program Santun Pelajar.

Inisiatif ini dilihat sebagai komitmen jangka panjang syarikat dalam menyokong pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), khususnya daripada golongan kurang berkemampuan yang berdepan tekanan kewangan.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar, berkata program itu sebahagian daripada usaha berterusan syarikat dalam menyantuni komuniti, terutama belia yang sedang menempuh cabaran kewangan.

“Kami mahu mengurangkan beban kehidupan pelajar. Mungkin tidak boleh merangkumi semua yang memerlukan, tetapi insya-Allah ia dapat meringankan beban mereka yang mampu kita bantu.

“Dengan program ini juga kita berharap agar pelajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian tanpa dibelenggu keperluan asas seperti makanan,” katanya dalam Majlis pelancaran yang berlangsung di restoran Pandu-Lalu McDonald’s Titiwangsa.

Anak Tempatan Jadi Bos Rangkaian Restoran Perkhidmatan Segera Terkenal Di Malaysia- Dato' Haji Azmir Buktikan Asal Usul Bukan Penghalang Untuk Berjaya - OHBULAN!
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar

RM5 Juta Diperuntukkan, 1 Juta Hidangan Disasarkan

Program Santun Pelajar dimulakan dengan pelaburan kira-kira RM5 juta dan menyasarkan penyediaan satu juta hidangan kepada pelajar IPT di seluruh negara menjelang akhir tahun 2026.

Langkah ini hadir susulan laporan Nutrition Society of Malaysia yang mendedahkan lebih 60 peratus pelajar di beberapa universiti awam berdepan isu ketidakjaminan makanan, satu realiti yang tidak boleh dipandang ringan.

Melalui program ini, McDonald’s Malaysia bukan sahaja menyumbang makanan, malah memperkukuh ekosistem pembangunan belia sedia ada termasuk Akademi Vokasional McDonald’s dan program ijazah bersama universiti tempatan.

50,000 Hidangan Nasi Mekdi Sepanjang Ramadan

Sebagai permulaan sempena Ramadan, sebanyak 50,000 hidangan Nasi Mekdi akan diagihkan kepada pelajar di 20 IPT terpilih merentasi 11 negeri bermula 19 Februari hingga 10 Mac 2026.

Setiap set Nasi Mekdi mengandungi:

  • Nasi putih
  • Kuah kari kentang
  • Ayam Tenders McD (pedas)
  • Telur
  • Minuman teh ais limau.

Penebusan baucar ditetapkan dari jam 9 malam hingga 12 tengah malam bagi mengelakkan kesesakan waktu puncak berbuka puasa.

@mppuumofficial

[MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SANTUN PELAJAR TAHUN 2026] Wakil Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) telah memenuhi jemputan ke Majlis Pelancaran Sumbangan Nasi Mekdi Pelajar B40 Institusi Pengajian Tinggi Bagi Tahun 2026 yang bertempat di McDonald’s Titiwangsa, Kuala Lumpur. MPP UUM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak McDonald’s Malaysia, khususnya YBhg. Dato’ Haji Azmir Bin Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, atas inisiatif murni ini. Sumbangan ini bukan sekadar juadah, tetapi satu tanda sokongan korporat yang amat bermakna buat kesejahteraan mahasiswa, terutamanya golongan B40 di IPT. MPP UUM sentiasa menyokong usaha kolaboratif sebegini yang memberi manfaat terus kepada kebajikan pelajar. Semoga kerjasama antara institusi korporat dan IPT dapat diteruskan demi kebaikan bersama. Terima Kasih Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2025/2026 #MPPUUM2026 #UUMKITABERSAMA @McDonald’s Malaysia

♬ original sound – user26712472416

Mengulas lanjut mengenai pemilihan menu, beliau berkata sajian Nasi Mekdi dipilih kerana nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia.

“Ia juga kesinambungan kepada tradisi menu lokal McDonald’s seperti Nasi Lemak McD, dengan menyediakan satu sajian yang mengenyangkan dan menepati cita rasa rakyat Malaysia, Nasi Mekdi adalah hidangan praktikal dan bermakna,” katanya.

Bagi Murai langkah ini ialah satu contoh bagaimana sektor korporat boleh memainkan peranan lebih luas dalam menyokong komuniti, khususnya golongan belia yang bakal menjadi pemacu masa depan negara.

Semoga lebih banyak pihak tampil bersama-sama berganding bahu, kerana kadangkala satu hidangan yang mengenyangkan mampu menjadi suntikan semangat luar biasa buat mereka yang memerlukan.

mcdonaldsmekdi
https://lomp.at/9v0cn
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Insentif

Pendidikan Tinggi Makin ‘Accessible’, Pendidikan Percuma Kini Untuk Lebih Ramai Pelajar Miskin

by Ayu Kamaruddin
January 21, 2026

Kerajaan nampaknya semakin serius mahu pastikan pendidikan tinggi bukan lagi ‘luxury’ untuk golongan tertentu sahaja. Terbaharu, Perdana Menteri YAB Dato'...

Read moreDetails
Berita

Bantuan Awal Persekolahan RM150 Kini Untuk Semua Pelajar Hingga Tingkatan Enam!

by Ayu Kamaruddin
January 6, 2026

Berita baik buat semua ibu bapa, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kini diperluaskan kepada semua pelajar sehingga tingkatan enam....

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Insentif

Cadangan Umur Baru Pra Sekolah & Tahun 1: Apa Implikasinya Kepada Ibu Bapa?

by Ayu Kamaruddin
January 21, 2026

Sistem pendidikan negara bakal memasuki fasa baharu apabila pendidikan prasekolah akan bermula seawal usia lima tahun, manakala kemasukan ke Tahun...

Read moreDetails
Insentif

KLIA Berwajah Baharu ‘Rimba’, Sentuhan Sempena Kempen TMM2026

by Ayu Kamaruddin
January 14, 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini tampil dengan wajah pengalaman baharu apabila Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memperkenalkan Rimba,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore