Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Anak Sendirian Dalam Bot, Begini Kronologi Hilangnya Aktres Naya Rivera

by Phic ARMAN
July 9, 2020
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita mengejutkan datang dari selebriti Naya Rivera. Murai MY difahamkan pelakon dan penyanyi itu hilang sebentar tadi. Ini juga membuat peminat terkejut, kerana beberapa jam sebelum dinyatakan hilang, Rivera dilihat masih aktif di media sosial.

Berikut adalah kronologi dari permulaan percutian singkat Rivera yang membawa kepada berita yang membimbangkan.

Percutian Pendek Bersama Anak

just the two of us pic.twitter.com/wCunAlGJ1B

— Naya Rivera (@NayaRivera) July 7, 2020

“Hanya kami berdua,” kata-kata dari tweet akaun @NayaRivera yang memuat naik gambar bersama satu-satu anaknya. Rivera membawa anaknya dalam perjalanan percutian pendek. Mereka dilihat di kawasan Danau Piru, Los Angeles.

Menurut Jabatan Sheriff Ventura County, seperti yang dilaporkan oleh Variety.com, Rivera menyewa bot sekitar jam 1 petang waktu tempatan, (07/08/2020).

Kira-kira tiga jam setelah meninggalkan tempat penyewaan bot, seorang nelayan lain menjumpai bot itu bersama seorang anak di dalamnya.

Setelah disahkan, budak lelaki berusia empat tahun itu adalah Josey Hollis Dorsey, anak Rivera.

Menyewa bot dengan membawa sang anak

View this post on Instagram

A post shared by Naya Rivera (@nayarivera)

Josey segera dibawa ke daratan dan diperiksa dan dinyatakan dalam keadaan baik tanpa kecederaan. Josey menjelaskan kepada penyiasat bahawa dia dan ibunya sedang berenang, tetapi ibunya tidak pernah kembali ke bot sehingga para nelayan menemukannya sendirian.

Pencarian dilakukan dengan ketat

The missing person at Lake Puru has been identified as Naya Rivera, 33, of Los Angeles. SAR operation will continue at first light. @VCAirUnit @fillmoresheriff @Cal_OES pic.twitter.com/bC3qaZS3Ra

— Ventura County Sheriff (@VENTURASHERIFF) July 9, 2020

Kehilangan Rivera secara tiba-tiba telah membuat polis bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Pihak berkuasa dan juga pasukan penyelamat kini melakukan pengawasan dengan helikopter dan drone. Harapan besar keluarga dan komuniti bahawa Rivera masih boleh ditemui selamat. Sehingga artikel ini ditulis, pelakon kelahiran California itu masih dinyatakan hilang.

Naya Rivera
https://lomp.at/drtdh
Share16Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @musicdailyhu (IG)
Hollywood

Cincin Berlian Jadi Bukti, Netizen Dakwa Harry Styles & Zoe Kravitz Sudah Bertunang

by Nurul A.
April 24, 2026

Penyanyi Harry Styles dikhabarkan telah bertunang dengan aktres Zoe Kravitz. Kedua-duanya menjadi perhatian ramai selepas Zoe dilihat memakai cincin berlian...

Read moreDetails
Foto - @meghan (IG)
Hollywood

Tak Ramai Tahu, Meghan Markle Pernah Gaduh Dengan Ratu Elizabeth II Semasa…

by Nurul A.
April 2, 2026

Hubungan antara mendiang Ratu Elizabeth II dan Meghan Markle sekali lagi menjadi perhatian selepas muncul satu kisah yang ramai tidak...

Read moreDetails
Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Terdesak, Victoria Beckham Rayu Brooklyn Kembali Ke Keluarga

by Nurul A.
March 25, 2026

Selebriti dan pereka fesyen, Victoria Beckham akhirnya mengalah apabila dia dilaporkan sangat terdesak untuk memulihkan hubungannya dengan anak sulung, Brooklyn...

Read moreDetails
Foto - @selenagomez (IG)
Hollywood

Pernah Viral Kerana Cium Kaki Suami, Selena Gomez Akhirnya Pilih Untuk Cerai?

by Nurul A.
April 28, 2026

Nama penyanyi Selena Gomez dan suaminya, Benny Blanco secara tiba-tiba menjadi bualan ramai selepas muncul dakwaan bahawa hubungan mereka berada...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  2. 2

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  3. 3

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  4. 4

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  5. 5

    Reaksi Jejai Bila Ditanya Nak Kahwin Semula Dengan Nora Danish Buat Ramai Terkejut

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara