Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Neelofa Kongsi Wajah Muka Tanpa Purdah Versi AI Membuahkan Rasa Rindu Peminat Akan Wajahnya, Ada Yang Tegur?

by Puteri Alia
October 25, 2023
Share on Facebook

Menutup aurat bagi wanita muslimah adalah satu kewajipan di dalam agama. Kewajipan tersebut bertujuan untuk memelihara kehormatan wanita seterusnya mengangkat taraf dan kedudukan wanita kepada yang lebih tinggi.

Bersesuaian dengan salah satu tujuan perutusan Nabi SAW iaitu untuk mengankat martabat kaum wanita itu sendiri yang ditindas pada zaman arab jahiliyyah.

Oleh yang demikian, pemakaian niqab adalah salah satu cara yang terbaik dalam bab penjagaan aurat wanita.

Berbahas soal itu, baru-baru ini perkongsian selebriti Neelofa memuat naik foto dirinya tanpa mengenakan purdah dalam Instagram menuai rasa rindu peminat.

Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 34, berkongsi sekeping foto dirinya dalam versi teknologi kecerdasan buatan atau AI tanpa mengenakan purdah.

Walaupun gambar yang dikongsikan itu sekadar versi AI, namun perkongsian tersebut cukup membuatkan peminatnya teruja sekali gus melepaskan kerinduan untuk menatap senyuman isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu.

“Saya dalam versi AI,” tulis Neelofa.

Difahamkan, foto tersebut dikongsikan kepada umum sebagai bahan promosi koleksi keluaran baharu jenama tudung miliknya.

Dalam ruangan komen, ramai peminat melahirkan rasa rindu untuk menatap wajah pengacara yang juga usahawan jelita itu.

“Rindunya nak tatap wajah Neelofa. Versi AI pun jadilah,” kata seorang pengikutnya.

“Rindu nak tengok senyuman Neelofa,” ujar seorang pengguna Instagram.

“Neelofa tak sepatutnya pakai purdah menutupi keaslian wajahnya. Pakai purdah tidak wajib,” kata seorang lagi pengikutnya.

Namun begitu, tidak kurang juga beberapa komen mempersoalkan tindakan ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkongsi gambarnya dalam keadaan tidak berpurdah walaupun dalam versi AI.

“Muka dah tutup elok, pergi buat versi AI pula,” tegur seorang peminatnya.

“AI pun tidak patut sebenarnya,” kata seorang netizen.

Untuk rekod, Neelofa mula mengenakan purdah sepenuhnya pada sekitar Oktober 2020.

Topik Berkaitan Netizen 'Tegur' Penampilan Raya Noor Neelofa- "Berpurdah Tapi Tudung Makin Senteng?"

Katanya, keputusan memakai niqab diambil selepas mendalami ilmu agama dan mengakui tindakan tersebut mampu membentuk keperibadiannya menjadi wanita Islam yang lebih baik.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
neelofa
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Jarang Remy Ishak Mengamuk Di Threads, Kali Ini Isu Oksigen Pula Jadi Punca!

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Jarang-jarang pelakon Datuk Remy Ishak bersuara di Threads, sekali dia muncul dengan luahan yang cukup pedas! Kali ini, isu jerebu...

Read moreDetails
Jennifer Lopez
Spotlight

Pelanduk Dua Serupa, Peminat Sangka Jennifer Lopez Jadi Pencuri Bateri

by Nurul A.
September 21, 2026

Seorang wanita yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat menjadi tular selepas gambar wajahnya tersebar di media sosial. Wanita yang dikenali...

Read moreDetails
Spotlight

“Tak Mahu Turunkan Key”- Jaclyn Victor Cabar Diri Dalam Konsert Bersama MPO

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Selepas sekian lama menyimpan impian untuk mengadakan konsert solo bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), penyanyi berkuasa vokal, Jaclyn Victor akhirnya...

Read moreDetails
JENNIE
Spotlight

JENNIE Dihentam Kerana OST “Steps”, Apa Kaitannya Dengan Justin Tranter?

by Nurul A.
October 19, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, JENNIE, telah dikritik selepas dilaporkan muncul dalam runut bunyi untuk filem animasi Netflix, "Steps". Apa Kaitan OST...

Read moreDetails
Foto - @hallyuforums (IG)
Spotlight

BLACKPINK Jisoo Ada Kekasih? Cincin ‘Couple’ Dengan Aktor Kacak Ini Jadi Bualan

by Nurul A.
September 29, 2026

Nama BLACKPINK Jisoo sekali lagi menjadi bualan ramai, apabila selebriti itu didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor Seo Kang Joon. Khabar...

Read moreDetails
Spotlight

Astro Sapu 19 Anugerah AACA 2026, Good Boys Go to Heaven Paling Menyerlah

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Kalau selama ini kita hanya tengok drama, filem atau rancangan Astro untuk hiburan, nampaknya hasil kerja di belakang tabir mereka...

Read moreDetails
Spotlight

Sarimah Ibrahim Pertahan Artis Malaysia,- “Kita Multi Talented Bunch Yang Hebat!”

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Setiap penyanyi mempunyai kekuatan dan identiti tersendiri. Jadi, adakah seseorang artis perlu mempunyai suara yang ‘merdu’ untuk dianggap berbakat? Persoalan...

Read moreDetails
Spotlight

Angkat Jiwa Malaysia! Ini Antara 5 Hal Yang Menarik Dalam Filem TERBANG

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Kalau anda sedang mencari filem tempatan yang bukan sekadar ada aksi tetapi turut menyuntik rasa bangga sebagai rakyat Malaysia, TERBANG...

Read moreDetails
Penyanyi Iran
Spotlight

Muncul Tanpa Hijab Dalam Video Muzik, Penyanyi Iran Ini Hampir Dihukum 74 Sebatan

by Nurul A.
October 2, 2026

Penyanyi wanita berasal dari Iran, Anita Popist dilaporkan hampir menerima 74 sebatan selepas muncul tanpa hijab dalam video muziknya. Anita...

Read moreDetails
Ejen Meghan Markle
Hollywood

Bekas Ejen Meghan Markle ‘Buka Mulut’, Dedah Apa Yang Berlaku Sepanjang Kerjayanya

by Nurul A.
October 1, 2026

Bekas ejen Meghan Markle, Ari Emanuel mengakui bahawa dia gembira kerana tidak lagi perlu meguruskan kerjaya Duchess of Sussex. Bekas...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara