Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Netflix Time! 3 Drama Korea Bakal Ditayangkan Pada Februari 2021

by Naddy Joe
January 31, 2021
Share on Facebook

Pencinta drama Korea tentu sudah bersedia untuk memasuki bulan Februari yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi. Netflix bakal menyedia 3 drama Korea terbaru yang bakal ditayangkan pada Februari ini untuk menghiburkan penonton di rumah. Anda ingin tahu dengan lebih lanjut? Scroll sampai habis okay!

Sisyphus: The Myth

Siri genre misteri fantasi ini menampilkan aktor dan aktres terkenal Korea iaitu Cho Seung Woo dan Park Shin Hye, serta jalan cerita yang pasti mencuri perhatian penonton. Siri ini mengisahkan seorang jurutera genius bernama Han Tae Sul (Cho Seung Woo) yang mula mencari kebenaran tentang makhluk dengan identiti tersembunyi yang tinggal di antara mereka.

Gang Seo Hae (Park Shin Hye) juga terlibat sewaktu berjuang untuk menyelamatkan nyawa Tae Sul, yang mana dipercayai sebagai kunci keselamatan dunia. Anda boleh menantikan jalan carita yang luar biasa penuh dengan aksi mendebarkan sewaktu mereka berdua bertempur untuk melawan musuh misteri dan menyelamatkan dunia.

https://www.youtube.com/watch?v=5p1qE4T5YTI

Vincenzo

Vincenzo adalah satu lagi siri Netflix yang menampilkan bintang-bintang seperti Song Joong Ki, Jeon Yeo Bin, Tacheon 2PM, Kwak Dong Yeon, dan banyak lagi. Dalam siri ini, Song Joong Ki memainkan watak sebagai Vincenzo Cassano, seorang peguam untuk kumpulan mafia Itali.

Ketika beliau meninggalkan Itali dan kembali ke Korea, Vicenzo bertemu dengan peguam Hong Cha Yeong (Jeon Yeo Bin). Mereka berdua turut berjuang untuk mendapatkan keadilan ketika memerangi oenjenayah dengan menggunakan kaedah yang digunakan oleh penjenayah ini.

YouTube video

Hello, Me!

Untuk peminat komedi romantis, Hello, Me! sesuai untuk anda! Siri percintaan fantasi ini dibintangi oleh Choi Kang Hee sebagai Ban Ha Ni, seorang wanita berusia 37 tahun yang berada pada low point dalam banyak aspek dalam hidupnya.

Suatu hari, Ha Ni dikunjungi oleh dirinya yang berusia 17 tahun (Lee Re), yang mana penuh dengan semangat dan tidak takut dengan segalanya. Bercakap tentang pengalaman jatuh cinta, anda dapat menantikan banyak momen comel dan romantis melalui interaksi Ban Ha Ni dan Han Yu Hyeon (Kim Young Kwang) yang berjiwa bebas, kaya dan juga tampan.

Anda sudah bersedia untuk marathon Drama Korea ini?!

https://lomp.at/bfucl
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @sooyaaa__ (IG)
Korea

Pemurah Betul! BLACKPINK Kim Jisoo Hadiahkan Beg Dior Lebih RM10K Kepada Pekerja

by Nurul A.
April 7, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Kim Jisoo menunjukkan penghargaannya kepada beberapa pekerjanya di agensi BLISOO. Jisoo yang turut menjadi Pegawai Eksekutif (CEO)...

Read moreDetails
Foto - @sooyaaa__ (IG)
Korea

Putus Hubungan, BLACKPINK Jisoo Gesa Keluarkan Nama Abang Dari Kredit Drama Terbarunya

by Nurul A.
April 25, 2026

Nama ahli kumpulan BLACKPINK, Kim Jisoo sekali lagi menjadi topik perbualan hangat di kalangan peminat. Kali ini bukan tentang muzik...

Read moreDetails
Foto - @soohyun_k216 (IG) / @ron_sae (IG)
Korea

Gara-Gara Perbuatan Kim Soo Hyun, Ahli Keluarga Kim Sae Ron Hampir Bun*h Diri

by Nurul A.
March 19, 2026

Nampaknya kes mengenai aktres Kim Sae Ron dan aktor Kim Soo Hyun masih berterusan dan kini melibatkan ahli keluarga aktres...

Read moreDetails
Foto - @katseyeworld (IG) / @meretmanon (IG)
Korea

Manon Beri Penjelasan Selepas Peminat Panik Nama ‘KATSEYE’ Dipadam Dari Bio IG

by Nurul A.
April 3, 2026

Ahli kumpulan KATSEYE, Manon Bannerman menjadi topik perbualan ramai sekali lagi selepas memadam nama kumpulannya daripada akaun Instagram peribadinya. Tindakan ini...

Read moreDetails
Foto - @hajiwon1023 (IG)
Korea

Semakin Kurus ‘Melidi’, Penampilan Baru Aktres Ha Ji Won Buat Peminat Bimbang

by Nurul A.
March 13, 2026

Aktres Korea Selatan, Ha Ji Won telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya selepas melihat penampilan terbarunya. Semasa mempromosikan drama terbarunya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  5. 5

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara