Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Nexpert Academy Buka Peluang Biasiswa AI Untuk Bakat Bumiputera

by Phic ARMAN
November 23, 2025
63
KONGSIAN
Share on Facebook

Nexpert Academy kini membuka peluang besar untuk anak muda Bumiputera yang nak ceburi bidang teknologi. Melalui kerjasama dengan Yayasan Peneraju, mereka menawarkan program latihan teknologi dan AI yang dibiayai sepenuhnya.

Paling best, kalau peserta hadir sekurang-kurangnya 85% dan lulus ujian akhir, pembiayaan ini boleh ditukar menjadi biasiswa penuh. Memang peluang ‘rare’ untuk tingkatkan skil tanpa beban kewangan.

Selaras Dengan Aspirasi Malaysia Jadi Negara AI

Malaysia sedang menuju ke arah menjadi negara AI menjelang 2030. AI akan memainkan peranan besar dalam banyak sektor pendidikan, kesihatan, keselamatan, kewangan dan lain-lain.

Nexpert Academy pula ambil langkah ke depan dengan menyediakan laluan pembelajaran yang memang sepadan dengan keperluan industri masa kini.

Selesaikan Masalah “Skill Gap”

Permintaan untuk pekerja mahir dalam AI, data, automasi dan keselamatan siber semakin tinggi. Tapi ramai masih belum ada kemahiran yang diperlukan.

Program Nexpert Academy membantu peserta belajar skil relevan dan dapat pensijilan profesional. Dengan latihan yang praktikal dan tenaga pengajar berpengalaman, peluang untuk dapat kerja bagus — dalam atau luar negara, jadi lebih cerah.

Fokus Pada Pembangunan Bakat Bumiputera

Nexpert Academy percaya bakat Bumiputera perlu diberi lebih banyak ruang dalam dunia teknologi. Kerjasama dengan Yayasan Peneraju memastikan peserta dapat:

  • pembiayaan penuh,
  • latihan teratur,
  • akses kepada rangkaian profesional industri.

Pengarah Nexpert Academy, Nazreen Abdul Ghani, berkata:

“Kami mahu melahirkan lebih ramai profesional teknologi Bumiputera yang mampu bersaing dalam ekonomi berasaskan AI.”

Beliau turut menambah bahawa misi mereka adalah memberi peluang kepada Bumiputera untuk memperoleh kemahiran IT bertaraf global.

Wakil Yayasan Peneraju juga menjelaskan bahawa kerjasama ini selaras dengan usaha meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor teknologi bernilai tinggi.

Dalam sidang media, alumni Nexpert Academy turut berkongsi pengalaman mereka bagaimana program ini berjaya membantu mereka membina kerjaya baru dalam bidang IT dan data. Pendek kata, program ini memang berkesan.

Inisiatif Nexpert Academy + Yayasan Peneraju ini adalah langkah besar untuk memperkasa bakat Bumiputera dalam dunia teknologi dan AI. Dengan sokongan penuh dan peluang mendapatkan biasiswa, ramai anak muda kini boleh membina kerjaya masa depan tanpa halangan kewangan.

Peluang macam ni bukan selalu datang. Memang berbaloi kalau nak upgrade skil dan masuk dunia teknologi masa depan. Untuk maklumat lanjut boleh ke laman sesawang www.nexpertsgrants.com

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Nexpert Academy
Share25Tweet16SendShare

KINI TRENDING

Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara