Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Pernah Dicekik Dan Diganggu Lembaga Menyerupai Toyol, Diana Danielle Pernah Disihir Semasa Kecil

by Puteri Alia
September 23, 2024
Share on Facebook

Pelakon popular Diana Danielle baru-baru ini mendedahkan pengalaman menakutkan yang pernah dialaminya sewaktu kecil, di mana dia berdepan dengan gangguan mistik yang dipercayai angkara perbuatan sihir.

Gangguan tersebut dikaitkan dengan hasad dengki yang ditujukan kepada perniagaan ibunya, dan kesannya membawa pengalaman seram kepada Diana.

Diana, atau nama penuhnya Diana Danielle Beeson, 33, bercerita tentang bagaimana dia sering diganggu oleh entiti menakutkan seperti ulat bulu dan toyol.

“Saya dah biasa kena gangguan semasa kecil. Ibu saya dalam bidang perniagaan, jadi saya rasa mungkin ada unsur dengki,” katanya. Gangguan itu begitu jelas hingga ia dirasakan lebih daripada sekadar mimpi.

Menceritakan salah satu pengalaman aneh, pelakon filem imaginur itu mengimbau kembali detik ketika dia terbangun daripada tidur dan menyedari ada sesuatu yang tidak kena di dalam biliknya.

“Saya pernah mimpi ada ulat bulu dekat lantai karpet. Bila saya terjaga, ulat itu betul-betul ada dan bergerak keluar daripada karpet sampai penuh satu bilik. Lembaga berupa toyol pula terbang mengelilingi saya,” jelas Diana. Walaupun orang lain di sekelilingnya tidak dapat melihat apa yang dialaminya, gangguan tersebut jelas ditujukan untuk mengganggu fikiran dan mentalnya.

Kejadian yang dialaminya bukan sahaja berkaitan dengan gangguan entiti mistik, tetapi juga melibatkan insiden fizikal yang hampir meragut nyawanya. Diana berkongsi bagaimana dia hampir terjatuh daripada tingkap selepas diserang oleh rakan ibunya yang dirasuk.

“Ibu saya pernah dicekik kawan sendiri yang kena rasuk, tapi dia sempat larikan diri. Kemudian, kawan dia pula cari dan cekik saya,” dedah Diana dengan penuh emosi. Keadaan menjadi lebih cemas apabila dia dan ibunya berada di tepi tingkap, dan hanya berpaut pada leher ibunya ketika mereka cuba menyelamatkan diri. Mujur ada orang datang membantu dan mengelakkan tragedi yang lebih buruk.

Pengalaman menakutkan ini memberi kesan yang mendalam kepada isteri kepada pelakon Farid Kamil ini, sehingga kini Diana lebih berhati-hati apabila terlibat dengan penggambaran di kawasan pedalaman atau hutan.

Topik Berkaitan Diana Danielle Tak Benarkan Anak Lelaki Berlakon, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-"Bagi Muhammad Belajar Rajin-Rajin.."

“Saya lebih berjaga-jaga kerana saya faham dunia ini dihuni pelbagai makhluk. Kita perlu hormat dan berhati-hati,” jelasnya, memberi penekanan terhadap kesedaran spiritual dan keselamatan ketika berada di tempat-tempat yang berisiko.

Perkongsian berani Diana Danielle mengenai pengalamannya berdepan dengan gangguan mistik bukan sahaja menarik perhatian ramai, tetapi juga mengingatkan kita tentang kewujudan perkara-perkara ghaib yang kadang-kadang sukar dijelaskan dengan logik.

Pengalaman yang pernah dilaluinya telah membentuk pandangan hidupnya kini, lebih-lebih lagi sebagai seorang ibu dan pelakon yang sering berdepan dengan situasi yang mencabar di lokasi penggambaran.

Diana juga mengingatkan agar sentiasa berdoa dan mengambil langkah berhati-hati dalam apa jua yang kita lakukan, kerana dunia ini bukan hanya dihuni oleh manusia semata-mata.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
diana daniellediana danielle dedah kena sihirdiana danielle kena sihirHantu
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

JENNIE
Spotlight

JENNIE Dihentam Kerana OST “Steps”, Apa Kaitannya Dengan Justin Tranter?

by Nurul A.
October 19, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, JENNIE, telah dikritik selepas dilaporkan muncul dalam runut bunyi untuk filem animasi Netflix, "Steps". Apa Kaitan OST...

Read moreDetails
Faezah Elai
Lokal

[VIDEO] Status Ibu Tiri Dipertikai, Faezah Elai ‘Sound’ Netizen- “Otak Kat Jamban!”

by Nurul A.
November 26, 2026

Pelakon Faezah Elai mencuri perhatian selepas memuat naik hantaran, meluahkan rasa kurang senang apabila segelintir pihak mempertikaikan tindakannya berkongsi kejayaan...

Read moreDetails
Spotlight

5 Perkara Anda Dapat Dari NU FEST 2027, Bukan Sekadar Tengok Konsert!

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Anda jenis sanggup beratur panjang demi tengok artis kesayangan? apa kata tahun depan kita naikkan sedikit standard pengalaman berkonsert.  NU...

Read moreDetails
Spotlight

Naik Ambulans Untuk Hadiri Konvokesyen, Muhammad Afiq Terima Anugerah Khas

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Perjalanan dua hari dengan ambulans dari Arau, Perlis, ke Banting, Selangor, sebelum meneruskan perjalanan ke Kemaman, Terengganu, menjadi pengorbanan sepasang...

Read moreDetails
Spotlight

Astro Sapu 19 Anugerah AACA 2026, Good Boys Go to Heaven Paling Menyerlah

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Kalau selama ini kita hanya tengok drama, filem atau rancangan Astro untuk hiburan, nampaknya hasil kerja di belakang tabir mereka...

Read moreDetails
Spotlight

5 Sebab School of Stars Wajar Masuk Watchlist, Drama Universiti, Cinta Dan Persaingan!

by Phic ARMAN
November 17, 2026

Drama remaja biasanya sinonim dengan kisah cinta, persahabatan dan konflik cinta tiga segi. Tetapi bagaimana pula jika semuanya digabungkan dengan...

Read moreDetails
Spotlight

Jarang Remy Ishak Mengamuk Di Threads, Kali Ini Isu Oksigen Pula Jadi Punca!

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Jarang-jarang pelakon Datuk Remy Ishak bersuara di Threads, sekali dia muncul dengan luahan yang cukup pedas! Kali ini, isu jerebu...

Read moreDetails
Ratu cantik israel
Spotlight

Gara-Gara Kostum, Ratu Cantik Israel Berdepan Sorakan ‘Boo’ Dari Penonton

by Nurul A.
November 25, 2026

Ratu Cantik Israel, Danielle Yablonka, berdepan dengan sorakan 'boo' daripada penonton semasa memperagakan kostumnya di Puerto Rico baru-baru ini. Kostum...

Read moreDetails
Spotlight

“Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

by Phic ARMAN
November 16, 2026

Pelakon, pengarah dan penerbit terkenal, Dato' Hans Isaac bakal menamatkan zaman bujang apabila mengumumkan berita pertunangannya dengan bekas ratu cantik...

Read moreDetails
Kim Soo Hyun
Spotlight

Kim Soo Hyun ‘Ugut’ Mahu Saman Netizen?

by Nurul A.
October 16, 2026

Aktor Korea Selatan, Kim Soo Hyun melalui agensinya, Gold Medalist, mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  3. 3

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  4. 4

    Gara-Gara Kostum, Ratu Cantik Israel Berdepan Sorakan ‘Boo’ Dari Penonton

  5. 5

    Diet Tembikai Boleh Hilangkan Perut Buncit Dalam Seminggu?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara