Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

PM Umum Jualan Rahmah MADANI 3 Kali Sebulan, Ini ANtara Info Yang Perlu Anda Tahu

by Ayu Kamaruddin
January 7, 2026
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Kerajaan melalui Program Jualan Rahmah MADANI akan dianjurkan tiga kali sebulan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula Jumaat ini, bagi membantu isi rumah menangani kenaikan kos sara hidup.

Program ini menawarkan pelbagai barangan keperluan asas seperti ayam, telur, beras, sayur dan produk harian lain pada harga lebih rendah berbanding pasaran biasa, dengan penjimatan antara 10 hingga 30 peratus.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jualan Rahmah MADANI akan bermula 9 Januari ini dan melibatkan lebih 23,000 jualan merangkumi 600 DUN dan 40 lokasi di Wilayah Persekutuan. Beliau menegaskan inisiatif ini bertujuan memastikan rakyat mendapat akses barangan asas pada harga lebih mampu milik.

“Secara keseluruhan, program ini akan diadakan tiga kali sebulan di setiap DUN, membolehkan penduduk menjimatkan perbelanjaan keluarga secara konsisten,” kata Anwar dalam ucapannya pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Januari dan Amanat Tahun 2026, di Putrajaya.

Via laman web rasmi KPDN

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata kawasannya merekodkan jualan lebih RM3 juta pada tahun lepas menerusi Program Jualan Rahmah MADANI.

“Subsidi yang diterima adalah kira-kira RM1.6 juta bagi mengadakan program berkenaan dan pembeli sememangnya menunggu jualan terbabit diadakan sama ada secara bergerak ataupun di pasar raya.

Beliau turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berkaitan kekerapan program terbabit diadakan kerana ia berjaya menjimatkan perbelanjaan ramai.

Sekadar info tambahan, Program Jualan Rahmah MADANI mula dilancarkan pada 11 Januari 2023 sebagai sebahagian daripada inisiatif Payung RAHMAH oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKS). Sebelum ini, ia dianjurkan dua kali sebulan, dan pengumuman terkini meningkatkan kekerapan untuk lebih memberi manfaat kepada rakyat.

Bagi setiap jualan, kerajaan menyediakan subsidi tertentu untuk memastikan harga barangan kekal rendah, dan lokasi jualan diatur di kawasan strategik termasuk tapak parkir dan pasar raya, bagi memudahkan akses penduduk.

Murai berpendapat dengan langkah ini, Kerajaan MADANI menyasarkan kesejahteraan isi rumah melalui penjimatan kos harian serta meningkatkan keberkesanan dasar kos sara hidup negara secara menyeluruh.

3 kali sebulanJualan Rahmah MADANIsetiap DUN
https://lomp.at/l56bp
Share13Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Rumah Subsidi RM20K & Pinjaman Tanpa Faedah 16 Tahun, RMR Jadi Rebutan Rakyat Terengganu

by Ayu Kamaruddin
March 4, 2026

Sebanyak 680 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di Terengganu pada tahun ini menerusi inisiatif Syarikat Perumahan Negara Berhad...

Read moreDetails
Insentif

Bauncar Laptop Percuma RM3,000 Kini Dibuka Untuk Anak Sarawak! Ini Yang Anda Perlu Tahu

by Ayu Kamaruddin
April 2, 2026

Berita baik khusus buat anak Sarawak, Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak kembali dengan inisiatif yang memang ditunggu-tunggu iaitu bantuan komputer...

Read moreDetails
Berita

Rumah Idaman Bukan Lagi Angan! Ini Fakta Skim HDRAS Sarawak Yang Ramai Tak Tahu

by Ayu Kamaruddin
March 19, 2026

Impian nak ada rumah sendiri kadang-kadang terbantut sebab satu perkara iaitu deposit. Tapi berita baik untuk rakyat Sarawak, kini ada...

Read moreDetails
Insentif

RM17 Juta ‘Ang Pow’ Kerajaan Johor Untuk Komuniti Cina Sempena Tahun Baharu Cina 2026

by Ayu Kamaruddin
February 16, 2026

Kerajaan Negeri Johor umum peruntukan kira-kira RM17 juta sebagai ‘hadiah’ sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, yang akan dimanfaatkan oleh...

Read moreDetails
Insentif

Anak Pahang Hafaz 5 Juzu’ Ke Atas? Ini Cara Mohon Saguhati Hafazan MUIP 2026

by Ayu Kamaruddin
March 4, 2026

Golongan penghafaz al-Quran di Pahang kini berpeluang menerima penghargaan khas apabila permohonan Bantuan Saguhati Hafazan 2026 rasmi dibuka bermula 2...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara