• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Filem Dukun Patut Dipuji Walaupun ‘Indah Khabar Dari Rupa’

by Khai Azfar
April 5, 2018
Share on Facebook

Tidak dinafikan filem Dukun berjaya ‘memukau’ rakyat Malaysia. Di mana-mana sahaja akan ada yang menyebut Diana Dahlan, perempuan kebaya merah dan juga ‘Dukun’ itu sendiri.

Manakan tidak filem yang sepatutnya ditayangkan 12 tahun dahulu terpaksa digantungkan tayangannya kerana didakwa menyentuh sensitiviti keluarga Mona Fandey yang dikatakan jalan cerita filem ini memberi bayangan pada kes jenayah profil tinggi suatu ketika dahulu.

Kini ianya sedang ditayangkan dan murai.my jangkakan filem ini juga bakal ‘pecah panggung’ kutipannya kelak.

Indah Khabar Dari Rupa?

Kami sudah pun menonton filem ini dan tidak dinafikan promosi membuatkan ramai ingin melihat Dukun yang bergenre seram dan ngeri ini. Meskipun filem ini dahulunya sudah ‘bocor’, nasihat kami abaikan pengalaman anda yang sudah menonton dan lihat sendiri Dukun 2018 di pawagam berhampiran.

Pada permulaan filem ini, jujur kami katakan bulu roma meremang tatkala mendengar nyanyian Diana Dahlan lakonan Datin Paduka Umie Aida dan Elyana sebagai Nadia Karim yang berjudul Merana Jiwa.

Tidak dinafikan lagu ini sememangnya berhantu kerana punyai auranya tersendiri. Untuk anda yang memikir lagu ini seumpama meniru filem seram Indonesia, Pengabdi Setan yang juga tular sebelum ini, perlu kami ingatkan Dukun terlebih dahulu menjalani pembikinannya 12 tahun yang lalu.

Lagu Tema Filem Terbaik

Suka untuk kami katakan lagu ini antara lagu tema filem yang terbaik pernah dihasilkan. Mengenai jalan ceritanya akan ada sedikit kekeliruan dimana fokus cerita bukan sahaja mengenai Diana Dahlan malah ianya turut difokuskan pada Karim lakonan Faizal Hussein dan juga Nadia.

Pujian harus diberi pada Umie kerana begitu berjaya melakonkan watak Diana dengan baik dan Dukun membuatkan ramai yang ingin Umie kembali aktif berlakon kerana beliau adalah antara pelakon wanita terbaik dalam negara!

[VIDEO] Rakan Selebriti Titip Kata Semangat Buat Elyana Kembali Berjuang Lawan Kanser

Begitu juga dengan Elyana meskipun hanya muncul dalam beberapa adegan, namun dengan umurnya yang masih mentah ketika itu, beliau juga berjaya berlakon dengan baik. Secara keseluruhannya kami tidak kata filem ini antara filem yang terbaik ketika ini, namun jika ianya ditayangkan 12 tahun lalu, kami percaya ianya antara naskhah terbaik pernah dihasilkan!

Kenapa Filem Dukun Dibenarkan Tayangannya?

Pasti ramai juga yang tertanya, kenapakah selepas 12 tahun barulah filem ini diluluskan tayangannya? Seperti yang kami katakan sebelum ini ianya digantung kerana terdapat dakwaan jalan ceritanya seperti menceritakan mengenai Mona Fandey.

Setelah sekian lama berjuang, produksi Dukun berjaya mendapat kelulusan untuk ditayangkan dan turut menjelaskan persamaan watak, jalan cerita adalah secara kebetulan semata- mata.

Ini penjelasan kami mengapa ianya diluluskan. Di dalam filem Dukun, ianya sememangnya menceritakan mengenai Diana Dahlan yang telah memotong beberapa bahagian Datuk Jefri lakonan Adlin Aman Ramli kerana ingkar akan pantang larang Diana dalam upacara sihir itu. Manakala dalam kes Mona Fendy juga ianya juga hampir sama dengan jalan cerita ini.

Kisah Berbeza dengan Kes Mona Fandey

Namun perlu diingatkan, pada permulaan filem ini, seorang anggota polis (Namron) telah membuka kes lama jenayah yang merujuk kepada kes Mona Fandy.

Dan ritual yang digunakan barang kali sama seperti yang digunakan oleh Diana kerana menurutnya ilmu itu hanya boleh diwarisi oleh dukun perempuan.

Untuk memahaminya, anda perlulah menonton filem ini di pawagam berhampiran. Filem ini dipotong? Tidak, tiada satu pun dipotong malah jalan ceritanya dikekalkan seperti 12 tahun lepas. Untuk pengetahuan anda, filem ini adalah filem pertama arahan pengarah Dain Iskandar Said.

"Foto Botak Bukan Raih Simpati"- Elyana Sindir Netizen Tak Faham Derita Pejuang Kanser

Kecewa kerana filem ini tidak dapat ditayangkan, Dain meneruskan ‘perjuangannya’ dengan menerbitkan filem Bunohan dan Interchange. Syabas Dain! Penantian yang cukup berbaloi.

Sinopsis Dukun

Diilhamkan secara ‘ringkas’ dari kes berprofil tinggi suatu ketika dahulu, Dukun menceritakan mengenai seorang peguam bernama Karim (lakonan Faizal Hussin) yang mencari anaknya, Nadia (Elyana) yang hilang. Dalam pencarian itu, dia meminta bantuan polis dan pihak polis turut memintanya menerima kes Diana Dahlan. Ketika bertemu , Diana telah mengaku dan membongkar pelbagai kisah misteri yang terjadi sehingga menjawab persoalan Dato’ Jefri (lakonan Adlin Aman Ramli)ditemui mati. Dapatkah Nadia ditemui? Dan adakah Diana yang bersalah? Segalanya terjawab dalam Dukun!

datin paduka umie aidadukundukun 2018elyanafilem dukunsinopsis filem dukun
https://lomp.at/9ujra
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

by Iffah Najwa
January 6, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila memaparkan insiden salah faham melibatkan penggunaan mixed coach dan women...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

by Phic ARMAN
January 6, 2026

Bulan November 2025 lalu, Istanbul menyambut rombongan media Malaysia dengan tangan terbuka… dan sedikit kabus misteri. Kami tiba dengan penerbangan...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  3. 3

    Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

  5. 5

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore