• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Filem Perempuan Tanah Jahanam Seram Lagi Kejam!

by Khai Azfar
February 6, 2020
Share on Facebook

Satu lagi naskhah Joko Anwar berjaya kami tonton selepas kali terakhir menonton Gundala yang juga hasil arahannya. Tatkala melihat pada nama pengarah nya, terdetik dalam hati kami untuk meletakkan satu harapan yang tinggi dalam filem Perempuan Tanah Jahanam.

Garapan Yang Baik 

Biarpun pada permulaan filem ini agak meleret namun kami menyukainya kerana garapan antara debaran dan pengenalan watak-watak utama dirancang dengan baik  dan sedikit sebanyak tidaklah membosankan. Malah elemen seram yang pada mulanya kami beranggapan hanya mimpi semata-mata ternyata meleset kerana ianya merupakan insiden sebenar yang terjadi.

Malah faktor meletakkan wayang kulit sebagai salah satu alat mistik dan pendedahan sisi ‘gelap’ alat traditional ini berjaya menjadikannya sebagai tunjang filem yang begitu menyeramkan. Sedikit spoiler disini, buat anda yang tertanya dalam filem ini wayang kulit tersebut diperbuat daripada kulit manusia dan ianya turut ditunjukkan dalam jalan cerita Perempuan Tanah Jahanam. Kami turut menyukai sinematografi nya yang sesuai dengan tema filem sebagai naskhah seram thriller.

Terlalu ‘Try Hard’? 

Namun begitu, ada beberapa kekurangan yang dapat dilihat. Salah satunya Joko dilihat seperti terlalu mencuba menyaingi filem hits nya terdahulu, Pengabdi Setan. Akan tetapi tidak dapat dinafikan Joko merupakan salah seorang pengarah filem Indonesia yang cukup kami kagumi.

Selain itu, pengenalan watak seram oleh 3 kanak-kanak perempuan yang terlalu singkat seolah-olah ‘memotong’ perasaan khusyuk kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kisah sebenar yang terjadi. Apa pun, Perempuan Tanah Jahanam mampu membuatkan anda mencubit diri sendiri setelah menonton beberapa babak filem ini. Wajib tonton!

Sinopsis Perempuan Tanah Jahanam 

Mengisahkan mengenai seorang gadis muda bernama Maya yang terselamat daripada percubaan dibunuh di bandar dan membuat keputusan untuk ke kampung halamannya selepas mendapat tahu dia mewarisi sebuah rumah di sana.Bersama rakannya Dini, tanpa disedari sebenarnya penduduk kampung sudah lama ingin membunuhnya demi menghentikan sumpahan yang mengganggu kampung mereka selama bertahun-tahun.

YouTube video

Dia menyedari bahawa dia kini perlu berjuang untuk meneruskan hidup disamping merungkai masa silamnya yang rumit dengan lebih mendalam. Perempuan Tanah Pawagam akan mulai menghantui  pawagam TGV  berdekatan anda bermula 6 Februari 2020.

Perempuan Tanah Jahanamreview filem Perempuan Tanah Jahanamsinopsis perempuan tanah jahanam
https://lomp.at/m9zwl
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
VIA X @PerlisPermai
LifeXplore

Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Bukit Chabang Mari merupakan salah satu tarikan pelancongan yang semakin mendapat perhatian di Perlis, terutamanya bagi mereka yang sukakan suasana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  2. 2

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  3. 3

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  4. 4

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  5. 5

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore