Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Siapa Tutup Lampu : Pelakon Dah ‘Best’ Tapi….

Kami gambarkan ia seperti situasi anda tengah makan nasi namun tiba-tiba sudah hilang di depan mata. 

by Khai Azfar
November 29, 2021
Share on Facebook

Baru-baru ini kami di Murai.my berkesempatan untuk menghadiri tayangan perdana filem Siapa Tutup Lampu terbitan  Horizon Film Entertainment Sdn Bhd dan Articulate Fusion Productions Sdn Bhd.

Adaptasi Dari Teater

Difahamkan, filem hasil cetusan idea dan nukilan penulis skrip saudara Azhar Jalil ini adalah sebuah adaptasi pementasan teater yang telah memenangi banyak anugerah dalam satu pertandingan teater.  Menurut pihak produksi filem yang dibintangi oleh Azizul Ammar, Uyaina Arshad, Naim Daniel, Ismi Melinda dan Azhar sendiri bergenrekan persahabatan dan “thriller”.

Pada hemat kami, pada awalnya Siapa Tutup Lampu disangkakan sebagai sebuah naskhah seram memandangkan trailer serta poster yang diperlihatkan lebih ke arah genre tersebut. Namun, sebenarnya kami tertipu dan tidak mengapa ia juga adalah sebuah pemasaran yang berjaya. Bagaimanapun, terdapat ‘kecelaruan’ genre yang kami dapat saksikan kerana pengarah muda yang berbakat,  Aliff Ihsan Rahman seperti sudah hilang ‘track’ pada jalan ceritanya dan sedikit sebanyak membuatkan penonton tertanya-tanya mengenai klimaks yang terjadi.  Pendek kata, kami gambarkan ia seperti situasi anda tengah makan nasi namun tiba-tiba sudah hilang di depan mata.

Mampu Dikembangkan Dengan Lebih Baik

Sekiranya filem ini hanya bertujangkan kepada seram, kami percaya ia mampu dikembangkan lagi dengan menarik kerana  tajuknya sudah berjaya membuatkan orang untuk menonton tetapi sayang sekiranya tidak digarap sekemasnya.

Namun begitu, pujian harus diberikan kepada barisan pelakon-pelakon yang berjaya menghidupkan filem ini termasuk barisan pembantu seperti Afieq Shazwan, Mark O’Dea, Melissa Campbell dan Geoff Andre Feyaerts.

Dan buat saudara Aliff, tidak mengapa kerana ini adalah karya sulung anda dan sejujurnya kami pernah menonton filem yang lebih teruk daripada ini yang merupakan arahan pengarah terkenal. Buat anda yang ingin menonton filem Siapa Tutup Lampu pastikan anda langgan di Astro First hari ini!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
siapa tutup lampu
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara