Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Saya Rasa Azal Pun Dah Reda Soal Jodoh Ni” – Zarina Zainuddin

Tidak mahu isu lamaran dipanjangkan, Zarina tampil sekali lagi beri penjelasan

by Puteri Alia
August 9, 2022
via Instagram Zarina Zainuddin

via Instagram Zarina Zainuddin

Share on Facebook

Pelakon dan usahawan pulut kuning, Zarina Zainuddin menerima banyak teguran dari warganet berikutan adegan ‘lamaran’ yang dilakukan anaknya Azal kepada pelakon muda, Neera Azizi semasa di set penggambaran untuk drama Bukan Lelaki Terhebat.

Pasrah Soal Jodoh

Meski telah memberi penjelasan ringkas di Instagramnya berkenaan isu yang tular itu sebelum ini, namun masih ada warganet yang tetap mempersoalkannya. Hari ini, Zarina tampil sekali lagi memberi penjelasan dari lubuk hati seorang ibu.

“Terima kasih ambil berat anak saya Azal dan Azil.. Saya sebagai mak pada anak autisme sederhana, saya tahu sejauh mana nak pergi. Mana yang boleh, mana yang tidak. Sebab hari-hari saya dengan dia, saya ajar dia berdikari.

Saya rasa Azal pun dah redha soal jodoh ni, dia tahu diri dia macam mana. Selalu dia cakap, anggap macam adik dan abang atau adik dan kakak. Soal jodoh pertemuaan Allah dah tetapkan.” Coretnya

Lebih Kenal Azal Macam Mana

Tidak mahu tenggelam dalam lautan komen negatif masyarakat, Zarina dengan tegas menjelaskan bahawa dia lebih tahu dan mengenali anaknya sendiri. Malah Zarina tidak pernah berhenti mendidik anak istimewanya itu untuk menjalani kehidupan yang normal.

“Azal pun saya siapkan dirinya untuk lebih berjaya dalam hidup. InsyaAllah. Terima kasih atas komen dan ingatan. Ada yang marah saya, menegur saya pun terima kasih banyak-banyak. Dari teguran itu saya perbaiki kesilapan saya.

Cuma saya nak bagitahu, saya lebih kenal anak saya dan autisme ini luas takkan ada yang sama antara satu dengan lain. Saya ada cara saya mendidik anak saya mengikut situasi sekeliling.

Anak saya Azal bukan 100% normal tapi saya akan melatih dia sekurang-kurangnya 80% normal dan menjalani kehidupan yang sihat mental dan fizikal.” Jelasnya

via Instagram Zarina Zainuddin

Peminat Titip Kata Semangat

Penjelasan yang dikongsikan Zarina ini mendapat banyak titipan kata-kata semangat dari peminatnya diruangan komen, rata-rata mereka mendoakan agar pelakon ini kekal kuat, tabah dan berpesan agar tidak terlalu ambil peduli tentang komen negatif masyarakat.

“Kak Ina seorang yang kuat dan tabah.. Anak syurga amat istimewa.. Jangan peduli cakap orang-orang yang tak faham..”

“Semangat ibu, tetaplah menjadi ibu hebat yang selalu memberi inspirasi.”

“Semangat bunda dan selalu sabar dengan komen-komen yang tak mengenakan hati bunda. Bunda adalah ibu yang sangat hebat.” Komen peminat

via Instagram Zarina Zainuddin

“Abaikan je kak, lagipun anak-anak akak. Akak sebagai ibu lebih tahu mereka macam mana. Netizen zaman sekarang semua benda nak masuk campur dan komen.”

“Kak Ina, mama yang sungguh hebat. Hanya orang yang terpilih, yang Allah berikan anak syurga macam Azal dan Azil bagi kak Ina.”

“Banyak aktor hollywood autisme, relaks ja tak perlu beri penjelasan.” Komen mereka

View this post on Instagram

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Terdahulu, Murai MY melaporkan ibu kepada anak istimewa ini ditegur warganet di media sosial gara-gara aksi lamaran anak lelakinya, Azal melamar Neera Azizi di set penggambaran.

"Telinga Bengkak Tapi Hati Tenang" – Zarina Zainuddin Dikecam Gara-Gara Selawat Suara Sumbang
zarina zainuddin
https://lomp.at/usif6
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Ammar Alfian Tegur Wanita-wanita Yang Berangan Mahu Lelaki ‘Provider’- “Munafik Tahap Maksima!”

by Phic ARMAN
March 13, 2026

Baru-baru ini, pelakon tempatan Ammar Alfian tidak menahan diri untuk berkongsi pendapatnya tentang isu hubungan cinta dan tingkah laku sesetengah...

Read moreDetails
Foto - @kellyclarkson (IG)
Hollywood

Kena Tipu? Kelly Clarkson Akui Tak Pernah Hadiah Kereta Selepas Menang American Idol

by Nurul A.
March 13, 2026

Penyanyi dan penulis lagu, Kelly Clarkson mendedahkan bahawa dia tidak pernah menerima kereta yang dijanjikan kepadanya selepas memenangi rancangan pencarian...

Read moreDetails
Spotlight

Sudah Bermaafan, Ini Yang Kita Boleh Belajar Dari Isu Kemelut Liza Hanim dan Ameng Spring

by Phic ARMAN
April 26, 2026

Dunia hiburan tempatan baru-baru ini sempat hangat seketika bila timbul salah faham melibatkan dua nama besar industri muzik, Liza Hanim...

Read moreDetails
Spotlight

“Yang Betina Pun Sama Bangang…”- Dayana Roza Buka Suara Tentang ‘Lelaki Melayu’ Curang di Threads

by Phic ARMAN
April 14, 2026

Pelakon Nur Dayana Kamsun Baharin atau Dayana Roza mencetuskan perbualan hangat di media sosial selepas satu luahan panjangnya di Threads...

Read moreDetails
Spotlight

Syida Melvin Fail Cerai, Repost di Media Sosial Ini Bikin Ramai Tertanya-Tanya

by Phic ARMAN
April 13, 2026

Rumah tangga pelakon Syida Melvin dan suami, Syafiq Azim kini menjadi perhatian apabila difahamkan Syida telah memfailkan perceraian di Mahkamah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara