Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Sebagai Ayah Anak Empat Tak Patut Bangga Buka Aib Suka Main Judi, Shuib Akui Kesal Dan Mohon Maaf

by Puteri Alia
July 24, 2024
Share on Facebook

Pelawak terkenal Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 40, telah menjadi buah mulut masyarakat selepas mendedahkan bahawa dia pernah ketagih berjudi.

Pendedahan ini telah mengundang pelbagai reaksi, termasuk kecaman dari netizen yang menganggap Shuib membuka pekung di dada sendiri.

Namun, Shuib menjelaskan bahawa niatnya adalah untuk memberi pengajaran kepada orang ramai agar tidak terjerumus ke dalam kancah perjudian sepertinya.

Beliau berkata, “Saya enggan besarkan hal ini lagi walaupun menerima pelbagai komen positif dan negatif. Kalau dilihat dari sudut hukum agama selepas membuat bacaan dan menonton di YouTube, memang tidak manis membuka aib sendiri walaupun bertujuan memberi pengajaran.”

Shuib mengakui bahawa ada khilaf dalam tindakannya itu dan menegaskan bahawa niat yang baik tidak semestinya menghalalkan cara yang salah. Beliau berjanji akan lebih berhati-hati dalam berkongsi kisah silamnya di masa hadapan.

“Mungkin apa yang berlaku khilaf saya kerana kadang-kadang niat tidak menghalalkan cara, saya ambil maklum soal ini dan akan lebih berhati-hati jika ingin berkongsi kisah silam,” katanya.

Sebagai bapa kepada empat anak, Shuib menyedari bahawa terdapat kaedah lain yang lebih sesuai untuk memberi pengajaran kepada masyarakat tanpa menjejaskan maruah diri.

“Ada cara sebenarnya kalau nak bercerita mengenai perkara tidak baik untuk dijadikan pengajaran mengikut cara Islam, tapi nak buat macam mana benda sudah pun berlaku,” jelasnya.

Shuib juga mengajak orang ramai untuk menonton video penuh perkongsian dalam Dol’s Podcast yang dikendalikannya bersama Shuk Sahar dan Fizie sebelum menghukumnya.

Topik Berkaitan Selepas Rahsia Lima Bulan, Shuib Akhirnya Bongkar Watie Hamil -"Sembunyi Dari Anak-Anak Dan Keluarga"

Menurutnya, pendedahan tersebut adalah berdasarkan kisah benar dan bukan rekaan, bertujuan memberi pengajaran kepada penonton.

“Kalau tonton podcast ini dari awal hingga akhir di YouTube, ramai yang akan mendapat pengajaran sebab semua pendedahan daripada kisah benar, bukan kisah rekaan,” ujarnya.

Shuib turut menegaskan bahawa pasukan produksi mereka telah memberi peringatan awal kepada penonton agar tidak meniru perbuatan berjudi dan mengambilnya sebagai iktibar. Namun, isu ini menjadi besar apabila berita mengenai pendedahannya tidak diambil secara menyeluruh hingga mengelirukan orang ramai.

“Sebelum program bermula lagi kami sudah mengingatkan penonton supaya tidak meniru perbuatan berjudi dan mengambilnya sebagai iktibar. Cuma, benda ini jadi isu apabila berita dipaparkan dalam media sosial tidak diambil secara menyeluruh hingga mengelirukan orang ramai,” jelas Shuib.

Sebelum ini, Shuib telah mendedahkan bahawa dia pernah ketagih judi dan menanggung kerugian besar mencecah puluhan ribu ringgit.

Dalam podcast tersebut, beliau berkongsi pengalaman membayar RM150 bagi setiap pusingan judi dan pernah dikepung oleh sekumpulan gangster selepas memenangi wang taruhan RM68,000.

Pengalaman pahit ini telah memberi kesedaran kepada Shuib untuk meninggalkan tabiat buruk tersebut dan berharap pengakuannya dapat dijadikan iktibar kepada orang lain.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
shuibshuib judi
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Zizie Izette Kesal Arwah Suami Difitnah – “Nak Bergosip Tu Berpada-padalah”

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Kadang-kadang, cerita yang tersebar di media sosial boleh jadi lebih hebat daripada skrip drama. Namun, apabila nama individu yang sudah...

Read moreDetails
Spotlight

5 Perkara Anda Dapat Dari NU FEST 2027, Bukan Sekadar Tengok Konsert!

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Anda jenis sanggup beratur panjang demi tengok artis kesayangan? apa kata tahun depan kita naikkan sedikit standard pengalaman berkonsert.  NU...

Read moreDetails
Spotlight

Siap Bawa Buku Nota Ketika Bersanding! 7 Perkara Curi Perhatian Di Resepsi Syed Saddiq & Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Majlis resepsi perkahwinan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah nyata mencuri perhatian ramai. Bukan...

Read moreDetails
Spotlight

Bukan Sekadar Reunion! Raqim Ahmad Ada Sebab Istimewa Himpunkan Juara AF Di GV13

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Sempena ulang tahun ke-30 Astro, Gegar Vaganza Fantasia (GV13) tampil dengan pendekatan istimewa apabila menghimpunkan dua jenama hiburan yang cukup...

Read moreDetails
Spotlight

Siap Ada Tren Khas Rajinikanth! JAILER 2 Kembali Gegarkan Pawagam Malaysia

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Peminat Superstar Rajinikanth, dah bersedia untuk menyaksikan aksi idola kesayangan anda di layar perak? Filem yang dinanti-nantikan, JAILER 2, bakal...

Read moreDetails
Foto - @absolutbazaar (IG) / @heize80s (Threads)
Spotlight

Isi Surat Chester Bennington Untuk Siti Nurhaliza- “Dear Ms Siti…”

by Nurul A.
September 21, 2026

Selepas dua dekad tersimpan rapi, sepucuk surat daripada mendiang vokalis kumpulan Linkin Park, Chester Bennington untuk Biduanita Negara, Datuk Seri...

Read moreDetails
Foto - @rizmanruzaini (IG) / @silxntrosx_ (Threads)
Spotlight

[VIDEO] Mak Cik Terlebih Mesra, BFF ‘Ban’ Tetamu Cium Bella Astillah

by Nurul A.
October 26, 2026

Tindakan seorang wanita menarik leher Bella Astillah untuk mencium pipinya baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi video yang tular...

Read moreDetails
Anwar Ibrahim
Spotlight

[FOTO] Anwar Ibrahim ‘Throwback’ Momen Di Penjara Sungai Buloh- “Hanya Melalui Telefon…”

by Nurul A.
September 22, 2026

Kongsian sekeping gambar di akaun media sosial milik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencuri perhatian ramai. Dalam...

Read moreDetails
Foto - @jofliam (IG)
Lokal

Wanita Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Kelas Forex Jofliam- “Bayar RM1500 Lepas 3 Hari Group WS Tutup”

by Nurul A.
September 25, 2026

Nampaknya nama pempengaruh Jofliam, atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi Jofli, tidak henti menjadi bualan ramai. Kali ini, namanya terpalit dalam...

Read moreDetails
Yang Chao-yue
Filem

Dari ‘Rival’ Jadi Kekasih? Kisah Cinta Yang Chao-yue & Dong Si-cheng Di Netflix Curi Perhatian!

by Nurul A.
November 11, 2026

C-Drama kembali 'mendunia' di platform Netflix. Kali ini, muncul pula drama baharu yang berjudul 'Sunshine Through The Rain', memaparkan kisah...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara