Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Sesi Ujibakat ”Awesome Raja Lawak” Diteruskan Ke Lokasi Terakhir Di Shah Alam Pada 25 & 26 Jun Ini

by Aphit J.
June 25, 2022
Share on Facebook

Selepas berjaya melengkapkan sesi ujibakat di tiga lokasi utama, Kuantan, Pulau Pinang dan Johor Bahru, usaha program pencarian bakat komedi, “Awesome Raja Lawak” bakal melabuhkan tirainya di lokasi terakhir, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Sabtu dan Ahad ini, 25 dan 26 Jun 2022.

Kaunter Dibuka Seawal 8 Pagi

Kaunter pendaftaran akan dibuka seawal 8.00 pagi dan Awesome TV mengalu-alukan kedatangan warga Lembah Kelang untuk tampil mempersembahkan bakat jenaka masing-masing dan mengambil hati barisan juri uji bakat yang terdiri dari pemain industri popular tanah air.

Pelawak Terkenal Sebagai Juri

Menggalas tugas juri uji bakat untuk sesi Sabtu, 25 Jun 2022 adalah pelawak terkenal, Ali Puteh dan Atu Zero.

Manakala pelawak otai, pelakon dan penyanyi, Azlee Senario bakal bergandingan bersama Ajak Shiro untuk menduduki kerusi juri pada sesi hari Ahad, 26 Jun 2022.

Selain itu, pelawak Chiwan dan Nizam Jentik-Jentik turut hadir bagi memeriahkan suasana sebagai hos uji bakat.

Perserta Perlu Memenuhi Kriteria

via Murai

Sama seperti di Kuantan, Pulau Pinang dan Johor Bahru, barisan juri uji bakat akan menilai calon peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan.

Antaranya adalah tahap kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan dan sama ada peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal.

Terbuka Kepada Yang Minat Dalam Bidang Komedi

Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia dan Singapura yang berumur 18 tahun ke atas dan mestilah mempunyai bakat dan minat di dalam bidang komedi.

Calon peserta bebas memilih untuk menyertai pertandingan ini secara solo, duo atau trio. Setiap yang hadir juga perlu membuat persembahan pentas secara spontan untuk menarik perhatian juri dalam tempoh maksima tiga minit.

Kaunter pendaftaran bagi sesi uji bakat di setiap lokasi akan dibuka dari jam 8.00 pagi dan calon peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

Mereka yang berminat perlu membawa salinan kad pengenalan atau pasport untuk warga Singapura serta gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang) atau ukuran pasport.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Awesome Raja Lawak
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Kenapa Meerqeen Dipilih Jadi Duta REDMI Note 17 Series?

by Phic ARMAN
August 20, 2026

Bila Xiaomi umumkan Meerqeen sebagai Malaysia Ambassador untuk REDMI Note 17 Series, ramai mungkin tertanya-tanya, kenapa Meerqeen? Jawapannya sebenarnya cukup...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  2. 2

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  3. 3

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  4. 4

    [VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

  5. 5

    Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara