• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Sharifah Sakinah Jadi Bibik Untuk Kempen ‘Snickers Memahami’

by Phic ARMAN
June 8, 2018
Share on Facebook

SNICKERS Malaysia meneruskan usaha menggalakkan perasaan belas kasihan dan saling memahami di kalangan rakyat Malaysia melalui kempen ‘SNICKERS Memahami’ yang ke-2 pada Ramadan kali ini.

Tahun ini, kempen tersebut menyaksikan penerbitan sebuah filem pendek SNICKERS, The Shift Switch di saluran YouTube rasminya. Video tersebut telah mendapat lebih 1,500,000 tontonan di saluran Youtube SNICKERS Malaysia dan laman rasmi Facebooknya.

YouTube video

Video penuh emosi yang telah menarik perhatian rakyat Malaysia ini turut memberi inspirasi kepada orang ramai untuk bertukar syif dengan rakan-rakan sekerja dan rakan-rakan beragama Islam untuk membolehkan mereka menikmati Iftar yang bermakna pada tahun ini.

Antara personaliti yang menyertai kempen ini termasuklah Sharifah Sakinah, pelakon TV popular tempatan yang mengambil alih syif pembantu rumahnya, DJ Phei Yong dan DJ Dina Nadzir, personaliti radio dari MY dan ERA yang menunjukkan sokongan dengan mengambil alih syif malam penghebah-penghebah radio beragama Islam yang lain.

https://www.instagram.com/p/BjpHRdeg6De/?hl=en&taken-by=sharifah_sakinah

“Kempen ini telah membolehkan saya mencipta kelainan dalam kehidupan orang lain pada bulan Ramadan yang mulia ini dengan membuat satu kebaikan yang kecil sahaja namun sangat bermakna,” kata Sharifah, yang menunjukkan penghargaan kepada pembantu rumahnya yang mempunyai tempat yang istimewa di dalam hati keluarga beliau.

Turut berkongsi sentimen yang sama, DJ Phei Yong berharap supaya rakyat Malaysia akan terus menjadi pemangkin dalam mempromosikan semangat bersatu hati di bulan Ramadan ini.

“Kempen ini adalah cara yang sangat menarik untuk menggalakkan toleransi dan sikap hormat-menghormati di kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai latar belakang budaya dan agama,” tambah beliau.

Kempen ‘SNICKERS Memahami’ telah dilancarkan pada tahun 2017 dengan matlamat untuk mempromosikan empati dan toleransi semasa bulan Ramadan.

Sharifah Sakinah Dedah Amal Tutup Lubang Jamban Waktu Maghrib Elak Gangguan Makhluk Halus

Pada tahun ini, dalam usaha untuk menyampaikan mesej yang bermakna kepada rakyat Malaysia, kempen ini dimulakan dengan menampilkan kisah pendek yang mengisahkan beberapa rakyat Malaysia yang menawarkan untuk bertukar syif dengan rakan-rakan sekerja yang beragama Islam untuk membolehkan mereka menikmati Iftar yang bermakna bersama orang yang tersayang di bulan Ramadan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai SNICKERS dan kempen SNICKERS Memahami:
Laman Facebook rasmi : Snickers Malaysia Facebook page
Saluran Youtube rasmi : Snickers Malaysia YouTube
Hashtag Rasmi : #SnickersMemahami #ShiftSwitch

sharifah sakinahShiftSwitchSnickersMemahami
https://lomp.at/dmojz
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

by Iffah Najwa
January 6, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila memaparkan insiden salah faham melibatkan penggunaan mixed coach dan women...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  4. 4

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  5. 5

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore