Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Shuib Diperli & Dihentam Netizen Di Media Sosial, Luah Rasa Kesal!-“Apa Salah Saya…?”

by Naddy Joe
July 4, 2023
Share on Facebook

Pelawak dan penyampai radio, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad baru-baru ini berkongsi rasa berang di media sosialnya selepas terdapat individu yang mengaitkan kematian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin dengan dakyah organisasi rahsia, Freemason.

Shuib menerusi hantaran di Instagram, turut menegaskan bahawa dia bakal bertemu dengan salah seorang individu yang telah memburuk-burukkan dirinya di media sosial pada tengah hari ini setelah tidak sampai 24 jam pihaknya melakukan carian terhadap beberapa pemilik akaun media sosial yang melemparkan fitnah terhadapnya dan Allahyarhamah Siti Sarah.

View this post on Instagram

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Apa Salah Saya Sebenarnya Kepada Korang Semua?”

Dalam pada itu, Shuib menyatakan bahawa dirinya selama ini hanya berdiam diri apabila mendapat kecaman dan cercaan di media sosial. Namun, dia turut mempersoalkan adakah dirinya mempunyai kesalahan terhadap orang ramai sehingga dikecam sedemikian.

“Selama ni saya jadi orang yang diam je di media sosial. Saya kena hentam, saya kena perli, macam-macam laa. Saya diam je.

Tapi bila saya asyik kena hentam, kena perli, saya tertanya-tanya, ‘apa salah saya sebenarnya kepada korang semua?, apa salah saya?’.”-Kata Shuib

Tampil Mohon Maaf

Akui rasa sedih dengan apa yang berlaku, Shuib dilihat membuat permohonan maaf sekiranya dia pernah mengguriskan hati mana-mana pihak.

“Sedih rasa, sedih sangat. Apa salah saya?. Saya ada kacau apa-apa ke?. Kalau ada, saya minta maaf tau.

Tapi saya betul tak faham, kalau saya ni ada je tak kena kat mata korang kan. Tapi takpelah. Tapi harap-harap adalah pengajaran yang kita boleh ambil dari cerita ni.”-kata Shuib lagi

Harap individu yang fitnah Allahyarhamah Siti Sarah dan Shuib bakal mendapat hukuman yang setimpal…

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
shuib
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara