Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Siti Nurhaliza, Tomok dan Didi & Friends Bergabung Meletop Dalam Konsert!

by Ayden Mikhael
March 10, 2018
Share on Facebook

Daripada dendangan siri lagu kanak-kanak di YouTube yang meraih 1 bilion jumlah tontonan dan mempunyai lebih 1 juta pengikut di Youtube, animasi kanak-kanak popular Didi & Friends tampil lebih gah pada tahun 2018 dengan buah tangan terbaharu berjudul ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’.

Konsert yang dijayakan oleh watak Didi, Nana, Jojo dan rakan-rakannya ini merupakan konsert animasi pertama yang ditayangkan di layar perak dan akan mula membuka tirai persembahan bermula pada 10 Mac 2018 di pawagam-pawagam TGV seluruh Malaysia dan The Mall, Brunei sempena cuti persekolahan yang bakal tiba.

Pembikinan ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ mendapat sentuhan pencipta asal Didi & Friends, Sinan Ismail selaku Pengarah dan juga Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian selaku Penerbit.

30 Buah Lagu Yang Akan Buat Anak-Anak Anda Menyanyi Dan Menari

Penonton akan dihiburkan selama 80 minit dengan persembahan 30 buah lagu di mana 17 daripadanya merupakan lagu baharu, tujuh buah lagu hit yang telah melonjakkan jenama Didi & Friends dan enam buah lagu yang telah diberi nafas baharu.

Youtube video

Kemunculan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Sebagai Mak Iti

Istimewanya ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’, ikon negara yang cukup unggul lagi disegani dalam industri hiburan tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, turut menjayakan konsert animasi ini dengan mendendangkan lagu bertajuk ‘Oh Nana’. Persembahan lagu tersebut dalam ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ memperlihatkan biduanita negara ini dizahirkan dalam bentuk karakter animasi 3D dan dikenali dengan panggilan ‘Mak Iti’.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Tomok Dan Arrianshah Akid Peminat Tegar Didi & Friends 

Selain dari Dato’ Sri Siti Nurhaliza, seorang lagi penyanyi lelaki popular negara, Tomok, turut membuat penampilan istimewa dalam ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ dengan persembahan lagu bertajuk ‘Tayar Bas’. Kehadiran Tomok dalam persembahan lagu tersebut merupakan satu-satunya kemunculan karakter bukan animasi yang hadir dalam ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’. Anak sulung Tomok iaitu Arrianshah Akid, 5, turut meminati animasi Didi & Friends dan menghafal hampir ke semua lagu-lagu animasi ini.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Penampilan Baru Dalam Konsert Hora Horey Didi & Friends

Penampilan istimewa lain yang menanti penonton adalah kemunculan pasangan karakter animasi Islamik yang kian mendapat tempat dalam kalangan anak-anak kecil, Omar & Hana. Mereka akan mempersembahkan sebuah lagu berjudul ‘Anggota Badan’ bersama Didi, Nana, Jojo dan Pak Atan. Selain itu, tiga watak baharu yang juga sahabat kepada Didi iaitu Baby Dino, Kak Hani serta Abang Paan juga akan memeriahkan lagi ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ ini.

Pawagam TGV Yang Mesra Kanak-Kanak

Setiap panggung penayangan ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ yang ditayangkan di pawagam TGV mempunyai set yang mesra kanak-kanak di mana efek pencahayaan yang digunakan adalah lebih terang (bagi menarik perhatian kanak-kanak), mempunyai kemudahan menukar lampin bayi dan memberi kebebasan kepada penonton cilik untuk bergerak aktif (menari dan menyanyi) semasa menonton konsert.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Tiket Hampir Habis Sebelum Ditayangkan

Menurut Pengasas Digital Durian iaitu Sinan Ismail selaku Pengarah untuk ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ melalui Facebook beliau, tiket untuk tayangan ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ sudah hampir habis sebelum ditayangkan di pawagam dan tanyangan sebanyak 7 kali sehari akan ditayangkan di TGV. Beliau juga memohon doa untuk projek ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ ini berjaya dengan jayanya. In shaa Allah, amin!

Jom Tengok Wayang! Hora Horey!

Persembahan Didi, Nana, Jojo dan rakan-rakannya dalam ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ boleh ditonton di pawagam-pawagam TGV seluruh Malaysia mulai 10 Mac 2018 dengan harga tiket serendah RM9 bagi kanak-kanak dan RM14 bagi dewasa.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Didi and Friendssiti nurhalizatomok
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Kepada Yang Berhati Busuk…”- Puteri Sarah Tunjuk Bukti Chat WhatsApp Dengan Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Nampaknya, isu tidak hadir ke majlis kahwin pun boleh mencetuskan pelbagai spekulasi! Pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya bersuara selepas timbul...

Read moreDetails
Steps
Filem

Bukan Kisah Dongeng Biasa, ‘Steps’ Tampil Dengan Twist Mengejutkan!

by Nurul A.
October 16, 2026

Netflix telah mendedahkan treler untuk filem 'Steps', sebuah komedi fantasi yang membayangkan semula kisah Cinderella dari perspektif adik-beradik tirinya yang...

Read moreDetails
Foto - @evertts_gomes (IG)
Spotlight

‘Shipping’ Sampai Buat Fanfic, Evertts Gomes Tegur Peminat KUDRAT

by Nurul A.
October 1, 2026

Pelakon Evertts Gomes menjadi tumpuan ramai selepas memberi teguran tegas kepada segelintir peminat drama "KUDRAT 1986: High Council". Menerusi klip...

Read moreDetails
Foto - @absolutbazaar (IG) / @heize80s (Threads)
Spotlight

Isi Surat Chester Bennington Untuk Siti Nurhaliza- “Dear Ms Siti…”

by Nurul A.
September 21, 2026

Selepas dua dekad tersimpan rapi, sepucuk surat daripada mendiang vokalis kumpulan Linkin Park, Chester Bennington untuk Biduanita Negara, Datuk Seri...

Read moreDetails
Spotlight

“Dulu Ada Yang Sinis Ketawa”- Anas Zahrin Kini No. 1 Di TikTok Shop Malaysia

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Bukan mudah membina jenama sendiri sehingga dikenali ramai, apatah lagi dalam industri kosmetik yang penuh persaingan. Namun, bagi usahawan dan...

Read moreDetails
Raja Charles III
Spotlight

Masih ‘Perang Dingin’, Raja Charles III Campur Tangan Dalam Konflik 2 Anaknya

by Nurul A.
October 5, 2026

Putera William dan Putera Harry dilaporkan masih belum berbaik semula. Hubungan mereka pula dikatakan masih tegang selepas Putera Harry memutuskan...

Read moreDetails
Spotlight

5 Perkara Anda Dapat Dari NU FEST 2027, Bukan Sekadar Tengok Konsert!

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Anda jenis sanggup beratur panjang demi tengok artis kesayangan? apa kata tahun depan kita naikkan sedikit standard pengalaman berkonsert.  NU...

Read moreDetails
Spotlight

Syamim Farid Tanya Cara Istiqamah Solat Awal Waktu, Ramai Peminat Kongsi Tips!

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Menjaga solat pada awal waktu mungkin nampak mudah, tetapi hakikatnya ramai antara kita masih bergelut untuk melakukannya secara konsisten, lebih-lebih...

Read moreDetails
Thailand
Spotlight

Luar Biasa! Ratu Thailand Jadi Ratu Pertama Di Dunia Terbangkan Jet Pejuang

by Nurul A.
November 5, 2026

Sememangnya tak dijangka dan sangat luar biasa! Ratu Suthida, Ratu Thailand telah mencipta sejarah sebagai ratu pertama di dunia, yang...

Read moreDetails
Foto - @mtv (IG)
Korea

Kalahkan Ariana, Olivia Hingga Taylor Swift, BLACKPINK Lisa Dituduh “Beli” Anugerah VMA

by Nurul A.
October 1, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Lisa telah memperoleh kemenangan besar untuk kerjaya solonya di MTV Video Music Awards (VMA) 2026. Kemenangannya itu...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara