Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

[VIDEO] Solo Ambush Jatuh, Reaksi Orang Sekeliling Ini Yang Buat Ramai Kecewa

by Phic ARMAN
December 23, 2025
24
KONGSIAN
Share on Facebook

SosialBuzz kali ini membincangkan tentang sesuatu yang perlu menjadi pengajaran. Video inisepatutnya mengundang cemas. Namun yang lebih menyentak perasaan ramai bukan sekadar seorang atlet terhempas ke sawah, tetapi apa yang berlaku selepas itu.

Insiden membabitkan atlet paragliding, Hanizamal Abu Hanifah atau lebih mesra dikenali sebagai Solo Ambush, kini tular di media sosial. Video berkenaan memaparkan saat cemas apabila paragliding yang dikendalikannya dipercayai tersangkut pada wayar elektrik, sebelum beliau terjatuh ke kawasan sawah di Duyong, Melaka.

@malverick1

tragedi larian duyong #larianduyong2025 #duyongkita #fyp

♬ original sound – ikhmal_ – ikhmal_

Namun mata netizen lebih tertumpu kepada satu perkara, tiada yang segera berlari membantu.

Sebaliknya, kelihatan beberapa individu pantas mengeluarkan telefon, merakam kejadian, seolah-olah insiden itu lebih bernilai sebagai kandungan berbanding nyawa manusia.

“Takde seorang pun lari pergi tolong… ada yang pantas keluarkan HP dan rakam. Manusia zaman now,” luah seorang netizen.

“Owh lupa… nanti baju kotor. Owh lupa… nanti baju basah. Rakam dulu, baru tolong,” sindir seorang lagi.

Pedas, tapi itulah realiti yang dipersoalkan.

Alhamdulillah, Solo Ambush Selamat

Di tengah kecaman dan rasa kecewa orang ramai, Solo Ambush sendiri tampil tenang. Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau memaklumkan dirinya selamat, fit dan sihat sepenuhnya.

“Alhamdulillah, aku selamat. Terima kasih kepada semua yang prihatin dan mendoakan keselamatan aku,” tulisnya.

Syukur, kecederaan yang dialami hanyalah calar kecil di bahagian pipi. Tiada patah tulang, tiada sesak nafas, tiada kecederaan serius seperti yang dibimbangkan ramai.

Dalam kata lain, Allah masih jaga.

Bukan Sekadar Jatuh, Tapi Soal Kemanusiaan

Video insiden itu terus menjadi bualan, bukan hanya kerana risiko sukan ekstrem, tetapi kerana ia membuka satu persoalan besar:
Ke mana hilangnya empati?

Dalam dunia hari ini, segalanya mahu dirakam. Segalanya mahu diviralkan.
Kadang-kadang, butang “record” ditekan lebih laju daripada naluri untuk membantu.

Tenang, Berseloroh & Pilih Untuk Berehat

Menariknya, Solo Ambush tidak melatah. Malah, beliau masih sempat berseloroh mengenai kejadian tersebut dan memaklumkan akan berehat seketika bagi memulihkan tenaga.

Insiden ini jadi peringatan kepada atlet sukan udara tentang risiko persekitaran seperti talian elektrik, dan kepada kita semua tentang satu perkara yang semakin mahal nilainya:

Kemanusiaan. Sebab tak semua detik perlu dirakam.
Ada masa, hulur tangan itu lebih bermakna daripada video.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Hanizamal Abu Hanifah
Share10Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Foto - @sh4xyz1207 (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Botol Kicap Jatuh Pecah, Tapi Penemuan 2 Objek Asing Ini Buat Netizen Loya

by Nurul A.
July 30, 2026

Baru-baru ini seorang pengguna Threads telah mencuri perhatian ramai selepas berkongsi beberapa keping gambar dan video mengenai penemuan objek asing...

Read moreDetails
Insentif

Rezeki Graduan UiTM! Gardenia Sedia Bimbing Sebelum Masuk Dunia Kerja

by Phic ARMAN
July 9, 2026

Berita baik buat mahasiswa dan graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang sedang bersiap sedia melangkah ke alam pekerjaan. Gardenia Bakeries...

Read moreDetails
Insentif

Rakyat Untung, Usahawan Pun Senyum! RisSMart Grocer Bawa Shopping Bijak Ke Level Baharu

by Phic ARMAN
July 27, 2026

Dalam keadaan kos sara hidup yang makin mencabar, siapa je tak suka bila boleh dapat barang keperluan pada harga berbaloi...

Read moreDetails
Foto - @prvtdammy (Threads)
Sosial Buzz

Tikus Berlari Dalam MRT Buat Penumpang Panik, Rapid KL Tampil Beri Penjelasan

by Nurul A.
August 14, 2026

Suasana pagi bagi beberapa penumpang tren MRT nampaknya tidak menjadi indah apabila dikejutkan dengan kemunculan seekor tikus mencari jalan keluar....

Read moreDetails
Sosial Buzz

Jumpa Jarum Dalam Coklat, Pengguna Dakwa Lidah Cedera Ketika Menikmati Kudapan

by Nix
June 30, 2026

Tular di media sosial apabila seorang pengguna berkongsi pengalaman mengejutkan selepas mendakwa menemui sebatang jarum di dalam coklat yang sedang...

Read moreDetails
Foto - @zarania_4 (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Wanita Tangkap Ular, Bomba Hanya ‘Standby’? Netizen Keliru Siapa Panggil Siapa

by Nurul A.
July 21, 2026

Di platform Threads, seorang wanita telah mencuri perhatian selepas dilihat sangat berani apabila menangkap seekor ular yang berada di bawah...

Read moreDetails
Petir
Sosial Buzz

[VIDEO] Pemain Bola Sepak Yala FC Maut Disambar Petir Ketika Perlawanan

by Nurul A.
August 5, 2026

Malang tidak berbau apabila seorang pemain bola sepak Yala FC iaitu Sofwan Awae telah meninggal dunia disambar petir ketika perlawanan...

Read moreDetails
Insentif

Gaji Pengadil Piala Dunia 2026 Cecah RM472,000? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

by Ayu Kamaruddin
July 2, 2026

Menjadi pengadil di pentas Piala Dunia FIFA bukan sekadar satu pengiktirafan tertinggi dalam karier, malah turut menawarkan ganjaran kewangan yang...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Kirby, Toxic Friendship & English Suspek Antara 4 Perkara Dalam Surat Suspek Tikam Pelajar Jadi Perdebatan

by Phic ARMAN
July 7, 2026

Kes tikaman melibatkan seorang pelajar perempuan di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Banting terus menjadi perhatian ramai apabila sekeping...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Masih Ingat Fenomena Sejadah Berdiri? Dulu Ramai Percaya

by Phic ARMAN
August 9, 2026

Siapa yang masih ingat fenomena sejadah berdiri sendiri yang pernah menggemparkan media sosial suatu ketika dahulu? Zaman itu, kalau nampak...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  2. 2

    Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

  3. 3

    Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

  4. 4

    Roller Coaster Tersangkut, Pengunjung Kongsi Detik Cemas Di Taman Tema Popular Subang Jaya

  5. 5

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara