Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

‘Filem Haprak, Fitnah & Meloyakan’- Suami Umie Aida, Khairuddin Kritik Filem ‘Anwar The Untold Story’

by Phic ARMAN
May 19, 2023
Share on Facebook

Filem biopik ‘Anwar: The Untold Story’ yang diarahkan oleh pengarah dari negara jiran, Indonesia, Viva Westi telahpun menemui peminat bermula semalam, 18 Mei 2023 di pawagam seluruh Malaysia.

‘Meloyakan’

VIA Twitter Khairuddin

Ramai rakyat Malaysia telahpun menonton filem yang bakal mengundang kepelbagaian komen dari netizen. Di laman twitter, MURAI tertarik dengan ulasan dari seorang ahli perniagaan dan ahli politik Malaysia, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan. Suami kepada pelakon tempatan, Datin Paduka Umie Aida ini dilihat tidak menyukai filem ini yang dianggap meloyakan.

“Saya baru menonton filem ‘Anwar The Untold Story’ yang amat memualkan serta meloyakan. Filem ‘haprak’ yang berunsur propaganda untuk memfitnah dan mencemarkan reputasi Tun Dr Mahathir Mohamad sekaligus mengangkat diri sendiri seperti ‘Godfather.’”

Tidak menjalani proses kajiselidik

Tambahnya lagi, dia berpendapat filem ini tidak menjalani proses kajiselidik yang berteraskan fakta yang tepat.

“Pembikinan filem tanpa proses kajilidik yang berteraskan fakta yang tepat serta banyak unsur-unsur ‘misleadings.’ Tiadakah pengarah dari Malaysia untuk mengarah filem ini? Siapa yang menulis skrip filem ini?”

99% pelakon dari Indonesia

View this post on Instagram

A post shared by ANWAR TheUntoldStory (@anwartheuntoldstory)

Khairuddin juga mengkritik filem ini yang terlalu banyak pengaruh dari negara jiran termasuk penggunaan bahasa dan lokasi penggambaran.

“Dalam masa yang sama saya merasai seolah-olah menonton filem Indonesia kerana pelakon-pelakonnya ‘berusaha keras’ untuk bercakap bahasa melayu tetapi bunyinya sumbang. 99% pelakon dari Indonesia.

Hampir 95% lokasi penggambaran juga di Indonesia. Ketika saya menonton babak ‘Reformasi’ saya fikir itu adegan tunjuk perasaan pekerja asing di M’sia. Namun,saya hendak beri kepujian pada tajuk filem ini ‘Anwar The Untold Story’ kerana memang byk yg sesungguhnya ‘TAK UNTOLD!’ #KALAU TAKUT DGN RISIKO JGN BICARA SOAL PERJUANGAN.”- ujarnya.

Filem ini diterbitkan Yusrych Global dengan Zukiflee Anwar Haque atau Zunar selaku penerbit eksekutif, manakala edaran oleh DMY Creation.

Filem Anwar: The Untold Story menggandingkan pelakon Malaysia, Farid Kamil yang memegang watak utama Anwar dan Hasnul Rahmat (Tun Dr. Mahathir Mohamad), selain aktres Indonesia iaitu Acha Septriasa (Dr. Wan Azizah).

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
anwar ibrahimDatuk Seri Khairuddin Abu Hassanfarid kamilUmie Aida
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Yang Chao-yue
Filem

Dari ‘Rival’ Jadi Kekasih? Kisah Cinta Yang Chao-yue & Dong Si-cheng Di Netflix Curi Perhatian!

by Nurul A.
November 11, 2026

C-Drama kembali 'mendunia' di platform Netflix. Kali ini, muncul pula drama baharu yang berjudul 'Sunshine Through The Rain', memaparkan kisah...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Steps
Filem

Bukan Kisah Dongeng Biasa, ‘Steps’ Tampil Dengan Twist Mengejutkan!

by Nurul A.
October 16, 2026

Netflix telah mendedahkan treler untuk filem 'Steps', sebuah komedi fantasi yang membayangkan semula kisah Cinderella dari perspektif adik-beradik tirinya yang...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

14 Filem & Drama Bakal Masuk Netflix November Ini!

by Nurul A.
October 30, 2026

Bulan November bakal menyaksikan pelbagai pilihan hiburan yang menarik di Netflix, daripada pengembaraan penuh aksi, drama yang memikat, karya bertema...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

17 Tayangan Baharu Bakal Temui Anda Di Netflix Pada Oktober Ini!

by Nurul A.
September 28, 2026

Khas untuk bulan Oktober ini, Netflix bakal menayangkan pelbagai kandungan menarik untuk peminat anime. Selain daripada itu, kamu boleh nantikan...

Read moreDetails
Filem Seram
Filem

4 Filem Seram Yang ‘Confirm’ Buat Kamu Tak Boleh Tidur Malam Ni!

by Nurul A.
November 15, 2026

Kebiasaannya hujung minggu merupakan waktu yang terbaik untuk menonton filem. Selain filem bergenre rom-com, thriller dan komedi, apa kata kamu...

Read moreDetails
Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara