Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Sultan Perak Harap Kesinambungan Filem Paskal Diteruskan

by Khai Azfar
October 22, 2018
Share on Facebook

Filem aksi ketenteraan, PASKAL The Movie masih lagi hangat ditayangkan di seluruh pawagam tanah air. Berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

View this post on Instagram

A post shared by WIRA (@wira_2019)

Sultan Perak Dan Raja Permaisuri Perak Berkenan Ke Tayangan Khas PASKAL The Movie

Bukan sahaja dipuji ramai penonton di tanah air, malah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut memuji aksi yang dipamerkan dalam filem ini selepas berkenan berangkat ke tayangan khas PASKAL The Movie yang diadakan di sebuah pusat beli belah di ibu negara kelmarin.

Baginda berdua telah meluangkan masa menonton tayangan filem yang memaparkan kehebatan Pasukan Khas Laut (PASKAL itu bersama kira-kira 100 penonton, termasuk alumni University of Strathclyde, United Kingdom, yang menonton di dalam panggung berasingan.

“Sangat menarik. Harap selepas ini ada Paskal 2. Beta amat menyukainya,” titah baginda.

Baginda turut berharap agar PASKAL The Movie mempunyai kesinambungan kedua pada masa akan datang memandangkan aksi dan pendedahan mengenai PASKAL jarang sekali didedahkan.

Filem Ketiga Kutipan Tertinggi Dalam Malaysia

Dalam perkembangan lain, filem yang diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw ini turut melakar sejaranya sendiri apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM22 juta dalam 18 hari tayangan.

View this post on Instagram

A post shared by WIRA (@wira_2019)

Berdasarkan secara keseluruhan hingga kini, PASKAL The Movie menduduki tempat ketiga sebagai filem yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang zaman di belakang Hantu Kak Limah (36 Juta) dan Munafik 2 (46 Juta).

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kutipan filem Paskalpaskal the moviePasukan Khas Laut (PASKAL)
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  5. 5

    Fatiya Latiff Dedah Realiti Dunia Seni, Akui Tidak Lagi Jadi Pilihan Untuk Watak Utama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara