Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Sumbang 300 Stik Madu! Siti Sarah Hargai Media Di Istana Negara

by Khai Azfar
February 28, 2020
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Atas rasa kagum dan hormat, penyanyi Siti Sarah telah meluangkan masa lebih dua jam turun untuk melihat sendiri rakan-rakan media yang bertugas di pintu Istana Negara berikutan senario politik semasa.

Wajar Hargai Media 

Menurut Sarah, dia berasa sedemikian kerana mereka wajar diberikan penghargaan apatah lagi sanggup berkumpul di bawah panas bagi mendapatkan berita terkini.

“Saya tabik dengan semangat kerja yang ditunjukkan rakan-rakan media lelaki dan perempuan yang komited serta tidak berganjak di kawasan tugasan.

“Jujurnya, bukan mudah apa yang mereka lalui demi amanah dan tugas yang digalas. Wajar kita menghargai mereka,”

Edar Bubble Bee Dan Stik Madu 

Atas dasar itu, pelantun Semakin itu telah membawa bersama minuman Bubble Bee dan Stik Madu keluaran syarikatnya untuk diedarkan kepada rakan-rakan media, orang ramai dan anggota keselamatan yang bertugas. Kongsi Sarah lagi, dia berasa teruja apabila berpeluang untuk melihat sendiri ketibaan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad sebaik tiba memasuki Istana Negara.

Jelasnya, bukan semua mampu melalui rutin yang dilakukan dan semua pihak wajar menghormati setiap pekerjaan yang dilakukan.Sarah juga sempat meluangkan masa berbual dengan anggota keselamatan yang bertugas dan berkongsi minuman dan madu dengan mereka.

“Saya sendiri yang memang mahu turun dan lihat sendiri situasi yang dilalui oleh rakan media yang memang rakan-rakan saya sendiri.

“Bagi saya hari ini saya belajar sesuatu yang baharu dan saya mendokan kita semua terus hidup aman dan damai sentiasa,” katanya.

Bakal Tampil Dengan Kejutan 

Sarah yang kini sedang mempromosikan single terbaharunya, Dap Dap Dap akan melancarkan video klip single berkenaan serta tampil dengan satu kejutan.

“Ada sesuatu yang istimewa, saya akan kongsi nanti,” katanya kepada edaran media semalam

Sebagai info, sebanyak 200 cawan minuman Bubble Bee Black Pearl dan Diamond Pearl serta 300 stik madu telah diedarkan menerusi kunjungan penyanyi itu di Istana Negara.

siti sarah
https://lomp.at/txt0a
Share10Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Sebenarnya Anda Bekerja Dengan Syaitan”- Sakinah Dulu ‘Adore’ Dengan Tareq Fit

by Phic ARMAN
May 6, 2026

Pelakon sensasi Sharifah Sakinah sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil bersuara mengenai pempengaruh kecergasan Tareq Fit yang kebelakangan ini sering...

Read moreDetails
Foto - @musicdailyhu (IG)
Hollywood

Cincin Berlian Jadi Bukti, Netizen Dakwa Harry Styles & Zoe Kravitz Sudah Bertunang

by Nurul A.
April 24, 2026

Penyanyi Harry Styles dikhabarkan telah bertunang dengan aktres Zoe Kravitz. Kedua-duanya menjadi perhatian ramai selepas Zoe dilihat memakai cincin berlian...

Read moreDetails
Foto - @jisbrunei (IG)
Asia

Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

by Nurul A.
May 7, 2026

Seorang individu di platform Threads, dikenali dengan nama Mahenk Lesmana, telah mencuri perhatian selepas berkongsi pengalaman yang agak melucukan. Dalam...

Read moreDetails
Lokal

Aprena Manrose Sayu Masih Belum Dikurniakan Cahaya Mata, Peminat Beri Kata Semangat!

by Naddy Joe
April 9, 2026

Umum mengetahui, pelakon, Nelydia Senrose baru-baru ini berkongsi khabar gembira apabila dia kini sedang hamil anak pertama setelah tujuh tahun...

Read moreDetails
Lokal

Ustaz Kazim Stabil, Tiada Pelawat Dibenarkan Melawat Sekarang

by Naddy Joe
April 16, 2026

Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  5. 5

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara