Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Syafiq Kyle & Beto Kusyairy Bergabung Dalam Filem Aksi ‘HAK: Tuntut Atau Tunduk’

by Phic ARMAN
May 22, 2026
Share on Facebook

Astro Shaw kembali tampil dengan filem terbaharu berjudul HAK: Tuntut Atau Tunduk yang mengetengahkan realiti kehidupan masyarakat masa kini, termasuk tekanan ekonomi dan perjuangan untuk terus bertahan hidup.

Filem terbitan Astro Shaw bersama Enotech Pictures dan Icon Pictures itu kini berada dalam fasa produksi dan dijangka ditayangkan di pawagam dalam masa terdekat. Ia turut mendapat sokongan daripada Etika Sdn Bhd menerusi jenama 7UP dan Mirinda.

Naskhah ini diarahkan oleh Ezrie Gazali, manakala skrip pula ditulis oleh Alfie Palermo berdasarkan idea asal Santharuban Thurai Sundaram.

Apa yang menarik perhatian, filem ini menyaksikan gandingan pertama Syafiq Kyle dan Beto Kusyairy di layar perak. Turut membintangi filem ini ialah Kodi Rasheed, Mimi Lana, Aziz M Osman dan Dato Fizz Fairuz.

Penggambaran dijalankan di sekitar pasar awam dan kawasan pangsapuri di Lembah Klang bagi memberikan suasana yang lebih dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia.

Menurut Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, penonton bakal disajikan dengan aksi mendebarkan menerusi pertembungan dua pelakon utama tersebut dalam elemen kejar-mengejar yang intens.

Filem ini mengisahkan Hakim lakonan Syafiq Kyle, seorang pegawai operasi pasar awam yang terdesak mencari wang demi kelahiran anak sulungnya. Namun kehidupannya berubah apabila dia menemui sebuah beg berisi wang dan mula diburu individu berbahaya yang mahu mendapatkan semula wang tersebut.

Topik Berkaitan Beto Kusyairy Gesa Individu Segera Langsaikan Hutang- "Janjinya Esok Lusa Langsai"

Dengan jalan cerita yang dekat dengan realiti semasa serta barisan pelakon berpengalaman, HAK: Tuntut Atau Tunduk dijangka menjadi antara filem tempatan yang dinantikan penonton.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
1
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Astro ShawBeto Kusyairy
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

2AM
Fesyen

Pertama Di Malaysia, 2AM Takrif Semula Dunia Kasut

by Nurul A.
September 1, 2026

Jenama kasut berteraskan teknologi dan fesyen, 2AM membuat debut di Malaysia dengan pembukaan kedai standalone pertamanya di IOI City Mall...

Read moreDetails
LifeXplore

Hatta Dolmat Cipta Sejarah! “Lukisan” Kini Berjalan Di Pentas, Raih Rekod MBOR

by Phic ARMAN
August 10, 2026

Kalau selama ini kita biasa tengok lukisan tergantung cantik di dinding, apa pula jadi kalau lukisan itu tiba-tiba berjalan di...

Read moreDetails
LifeXplore

“KFC & McD Di Jepun Tak Halal”- Perkongsian di Threads Cetus Perdebatan

by Phic ARMAN
September 23, 2026

“Kalau Nak Halal, Pergilah Negara Timur Tengah.” Itu antara respons yang muncul selepas seorang pengguna Threads berkongsi peringatan mengenai makanan...

Read moreDetails
LifeXplore

‘Garmin Celebrates Local’, Garmin & Izzati Suza Bergabung Tenaga Angkat Semangat Malaysia

by Nurul A.
August 28, 2026

Bersempena dengan sambutan Merdeka dan Hari Malaysia, Garmin Malaysia ]melancarkan 'Garmin Celebrates Local', satu kempen yang mengetengahkan insan, kreativiti dan...

Read moreDetails
LifeXplore

Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

by Phic ARMAN
August 24, 2026

Kalau tengok media sosial sejak kebelakangan ini, nama Wan Izzana Fatimah Zabedah dan Adam Radlan Adam Muhammad antara yang mencuri...

Read moreDetails
Ruang Play oleh IKEA Malaysia
LifeXplore

IKEA Malaysia ‘Bina’ Ruang Play Untuk Kanak-Kanak Dari Keluarga Kurang Berkemampuan

by Nurul A.
August 13, 2026

Sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-30, IKEA Malaysia menyokong Yayasan Generasi Gemilang (YGG) dalam membantu menghidupkan Ruang Play. Melalui sumbangan...

Read moreDetails
LifeXplore

Pencinta Kucing Wajib Datang! Meowloween Tawar Catwalk, Muzik & Aktiviti Menarik

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Halloween kali ini nak buat sesuatu yang lain daripada biasa? Kalau anda pencinta kucing, mungkin Under The Stars Meowloween di...

Read moreDetails
Foto - The Ordinary
Kecantikan

Krim Mata The Ordinary Beri Perbezaan Ketara Pada Bahagian Mata Dalam 30 Minit?

by Nurul A.
September 12, 2026

Jenama penjagaan kulit dari Kanada, The Ordinary memperkenalkan Lacto-PDRN* 4%+B9 Eye Cream, iaitu krim mata yang direka untuk memberikan ketegasan...

Read moreDetails
LifeXplore

Namtan Tipnaree Datang Malaysia September Ini, BONIA Bawa Pengalaman ‘Find Your Rhythm’

by Phic ARMAN
September 4, 2026

Peminat Namtan Tipnaree, get ready! Kalau selama ini hanya mampu melihat pelakon, penyanyi dan usahawan popular Thailand ini menerusi skrin,...

Read moreDetails
LifeXplore

Kegilaan Ramai, Twinkle Twinkle Bawa Farm Tales Ke Kuala Lumpur!

by Nurul A.
August 19, 2026

POP MART membuka Twinkle Twinkle Farm Tales Pop-Up di Urban Node, The Exchange TRX. Sebagai pop-up pertama di Asia Tenggara,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara