Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

25 Tahun Tunggu Peluang Ini! Peminat K3G Kini Boleh Jejak Rumah Ikonik Keluarga Raichand

by Phic ARMAN
November 19, 2026
Share on Facebook

Pernah membayangkan diri melangkah masuk ke rumah mewah keluarga Raichand, menaiki tangga ikonik atau menyelongkar almari pakaian Poo yang penuh dengan gaya fashionable?

Kalau anda peminat filem Bollywood, ini mungkin pengalaman yang selama ini hanya mampu dibayangkan!

Sempena ulang tahun ke-25 filem Kabhi Khushi Kabhie Gham (K3G), Airbnb memperkenalkan pengalaman eksklusif At Home with the Raichands di Mumbai, India. Lebih menarik, pengalaman ini membawa peminat kembali ke dunia filem yang pernah mencuri perhatian ramai.

Airbnb Hidupkan Semula Rumah Ikonik Keluarga Raichand

K3G

Sepanjang pengalaman selama dua jam, tetamu berpeluang meneroka kediaman mewah keluarga Raichand yang dihidupkan semula dengan ruang ikonik seperti dalam filem. Turut disediakan lawatan audio untuk mengimbau kembali babak-babak memorable K3G.

Pengalaman ini turut menampilkan sambutan tradisional keluarga Raichand. Namun, sebelum melangkah masuk, tetamu perlu menyahut cabaran menyebut dialog ikonik Poo. Jadi, kalau selama ini hanya pandai meniru gayanya di depan cermin, inilah masanya menguji bakat!

Almari Pakaian Poo Jadi Tarikan Utama

Siapa masih ingat gaya Poo yang penuh keyakinan? Tetamu berpeluang meneroka almari pakaian yang dicipta semula berdasarkan karakter lakonan Kareena Kapoor Khan itu.

Karakter Poo sememangnya meninggalkan pengaruh besar dalam fesyen Bollywood. Malah, gaya dan dialognya masih menjadi bualan peminat walaupun selepas lebih dua dekad filem tersebut ditayangkan.

Topik Berkaitan Loket Ayat Kursi Ketika Deepavali? Kareena Kapoor Terima Notis Guaman

Selain itu, pengunjung boleh menulis nota kasih sayang dan membawa pulang cenderamata eksklusif sebagai kenangan.

Hanya 180 Tempat Ditawarkan Secara Percuma

Permohonan dibuka pada 23 November 2026, jam 2.30 petang menerusi airbnb.com/k3g. Pengalaman berlangsung dari 1 hingga 6 Disember dengan hanya 180 tempat disediakan.

Setiap tempahan merangkumi seorang tetamu bersama seorang teman dan ditawarkan secara percuma (RM0). Bagaimanapun, kos perjalanan ke Mumbai perlu ditanggung sendiri.

Untuk makluman, pengalaman ini tidak menjanjikan kemunculan khas Poo, Rohan atau Karan Johar.

Jadi, peminat K3G, jangan sekadar ulang tengok filem. Kali ini, anda berpeluang melangkah masuk ke dunia yang pernah mencuri hati jutaan penonton!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
4
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
kareena kapoorRaichand
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Gerhana Skacinta Bakal ‘Gegarkan’ Desaru, Sempena 8 Tahun Hard Rock Hotel

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Hard Rock Hotel Desaru Coast bakal meraikan ulang tahun ke-8 pada 26 September 2026 dengan sesuatu yang memang sinonim dengan...

Read moreDetails
LifeXplore

Bukan Istanbul Sahaja! Erzincan Di Türkiye Simpan Keindahan Alam Yang Ramai Pelancong Belum Terokai

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Pernah terfikir untuk bercuti tanpa jadual padat, kesesakan kota atau keinginan memeriksa telefon setiap lima minit? Kalau anda sedang mencari...

Read moreDetails
LifeXplore

Bil Elektrik Makin Tinggi? SK magic Perkenalkan Penyaman Udara Pertama, Siap Ada Kalkulator

by Phic ARMAN
November 15, 2026

Bila cuaca panas, penyaman udara memang menjadi penyelamat. Tetapi apabila bil elektrik sampai, boleh pula rasa bahang lain macam! Memahami...

Read moreDetails
LifeXplore

Bayar Zakat Syarikat, Boleh Dapat Ganjaran Umrah? Ini Inisiatif Ikhlas.com

by Phic ARMAN
November 3, 2026

Apabila sebut tentang zakat, ramai mungkin terus terfikir tentang kewajipan yang perlu ditunaikan setiap tahun. Tetapi tahukah anda, pembayaran zakat...

Read moreDetails
LifeXplore

Bayar Guna Samsung Wallet, Kumpul Shopee Coins? Ciri Baharu Ini Bakal Tiba Di Malaysia!

by Phic ARMAN
November 16, 2026

Pernah tak ketika hendak membuat pembayaran, anda terpaksa keluar masuk beberapa aplikasi semata-mata mahu mencari kaedah pembayaran yang sesuai? Nampak...

Read moreDetails
LifeXplore

The Failed Romances: Kisah Cinta Tak Kesampaian Bakal Cipta Sejarah Di New York

by Phic ARMAN
November 1, 2026

Setiap orang pasti mempunyai kisah cinta tersendiri. Ada yang berakhir dengan bahagia, ada juga yang sekadar menjadi kenangan. Malah, mungkin...

Read moreDetails
LifeXplore

ASA 2026 Terima 1,601 Pencalonan, Malam Kemuncak Berlangsung 24 Oktober Ini

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 terus mengiktiraf sumbangan penggiat industri penyiaran dan media menerusi penganjuran edisi ke-37 yang bakal berlangsung...

Read moreDetails
CelcomDigi
LifeXplore

Kekal Berhubung Sepanjang Perjalanan Umrah Dengan Pas CelcomDigi

by Nurul A.
November 4, 2026

Rakyat Malaysia yang merancang untuk mengerjakan ibadah Umrah kini boleh menikmati pengalaman keterhubungan lancar dengan Pas Perantauan Umrah (Umrah Roaming...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak ‘Reset’ Sebelum Race Day? lululemon Listening Lounge Kini Dibuka Di KL

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Bila race week semakin dekat, bukan kasut larian sahaja yang perlu bersedia. Kepala pun kena tenang. Bagi runners yang sedang...

Read moreDetails
LifeXplore

Micro RGB TV? 5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Teknologi Televisyen Generasi Baharu Dari Samsung Ini

by Phic ARMAN
November 13, 2026

Televisyen bukan sekadar peranti untuk menonton drama, filem atau rancangan kegemaran. Malah, bagi sesetengah orang, ia menjadi pelengkap utama ruang...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara