Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Tak Perlu Ke Maldives! Rasai Pengalaman Menginap Di Vila Atas Air Ala Resort Mewah Di Golden Palm Tree Malaysia

by Farah Fatihah
July 4, 2026
Gambar: Official Website @golden palm tree malaysia

Gambar: Official Website @golden palm tree malaysia

27
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau kalian sedang mencari destinasi percutian yang tenang tanpa perlu ke luar negara, Golden Palm Tree Malaysia di Bagan Lalang, Sepang boleh dijadikan pilihan.

Pusat peranginan yang terkenal dengan reka bentuk vila atas air berbentuk pokok palma ini memberikan pengalaman menginap yang berbeza daripada hotel biasa. Dikelilingi pemandangan Selat Melaka yang luas, lokasi ini sesuai untuk mereka yang ingin berehat, meluangkan masa bersama keluarga atau sekadar menikmati suasana laut yang mendamaikan.

View this post on Instagram

Antara tarikan utama di sini ialah deretan vila atas air yang membolehkan tetamu menikmati pemandangan laut yang terbentang luas terus dari bilik penginapan. Dengan suasana yang tenang dan jauh daripada kesibukan bandar, tidak hairanlah pusat peranginan ini sering menjadi pilihan untuk percutian hujung minggu, sambutan istimewa mahupun percutian keluarga.

Pilihan Penginapan Untuk Pelbagai Keperluan

Golden Palm Tree Malaysia menyediakan pelbagai jenis penginapan yang sesuai sama ada untuk pasangan, keluarga kecil mahupun keluarga besar.

Bilik Superior

Gambar: Official Website @golden palm tree malaysia

Bilik seluas 52 meter persegi ini dilengkapi dengan pilihan katil bersaiz king atau dua katil bujang serta boleh memuatkan sehingga tiga orang dewasa.

Tetamu juga boleh menikmati pemandangan Selat Melaka melalui balkoni atau teres peribadi yang disediakan. Selain itu, bilik ini turut dilengkapi pelbagai kemudahan seperti penyaman udara, televisyen, peti sejuk mini, kemudahan membuat teh dan kopi, akses WiFi serta ruang santai.

Maklumat bilik:

  • Keluasan: 52 meter persegi
  • Katil: 1 katil king atau 2 katil bujang
  • Kapasiti: Maksimum 3 orang dewasa

Bilik Premier

Gambar: Official Website @golden palm tree malaysia

Bilik Premier memberi pengalaman menginap yang lebih istimewa kerana kedudukannya membolehkan tetamu menikmati pemandangan matahari terbit dan matahari terbenam dengan lebih jelas. Bilik ini turut mempunyai balkoni atau teres peribadi untuk tetamu bersantai sambil menikmati suasana laut yang tenang.

Maklumat bilik:

  • Keluasan: 52 meter persegi
  • Katil: 1 katil king atau 2 katil bujang
  • Kapasiti: Maksimum 3 orang dewasa

Vila Keluarga Berbumbung Alang-Alang

Gambar: Official Website @

Vila Keluarga Berbumbung Alang-Alang sesuai untuk mereka yang bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan. Vila ini mempunyai reka bentuk tradisional dengan bumbung alang-alang yang memberikan suasana lebih unik dan santai.

Dengan keluasan 82 meter persegi, vila ini menyediakan ruang yang lebih selesa untuk seisi keluarga menikmati masa bersama.

Maklumat vila:

  • Keluasan: 82 meter persegi
  • Katil: 1 katil queen dan 2 katil bujang
  • Kapasiti: Maksimum 4 orang dewasa dan 2 kanak-kanak

Vila Keluarga

Gambar: Official Website @golden palm tree malaysia

Vila Keluarga turut menjadi pilihan ideal bagi keluarga yang memerlukan ruang lebih luas. Vila ini dilengkapi dengan ruang tamu yang selesa serta pelbagai kemudahan bagi memastikan penginapan lebih menyenangkan.
Tetamu juga boleh menikmati pemandangan laut yang indah terus dari vila.

Maklumat vila:

  • Keluasan: 82 meter persegi
  • Katil: 1 katil queen dan 2 katil bujang
  • Kapasiti: Maksimum 4 orang dewasa dan 2 kanak-kanak

Suite Keluarga Berbumbung Alang-Alang

Gambar: Official Website @golden palm tree malaysia

Bagi keluarga yang lebih besar, Suite Keluarga Berbumbung Alang-Alang boleh dijadikan pilihan. Penginapan ini dilengkapi dengan dua bilik berasingan, ruang tamu yang luas serta balkoni peribadi untuk menikmati pemandangan laut.

Reka bentuk bumbung alang-alang turut menambahkan lagi suasana tropika sepanjang penginapan.

Maklumat suite:

  • Keluasan: 122 meter persegi
  • Katil: 1 katil king, 2 katil bujang dan sofa bed
  • Kapasiti: Maksimum 5 orang dewasa dan 2 kanak-kanak

Suite Keluarga

Gambar: Official Website @golden palm tree malaysia

Suite Keluarga menyediakan ruang yang lebih luas serta pelbagai kemudahan lengkap bagi memastikan setiap ahli keluarga dapat menikmati percutian dengan selesa.

Suite ini turut dilengkapi ruang tamu berasingan dan balkoni yang membolehkan tetamu menikmati pemandangan laut sambil bersantai.

Maklumat suite:

  • Keluasan: 122 meter persegi
  • Katil: 1 katil king, 2 katil bujang dan sofa bed
  • Kapasiti: Maksimum 5 orang dewasa dan 2 kanak-kanak

Vila Royale Berbumbung Alang-Alang

Gambar: Official Website @golden palm tree malaysia

Bagi mereka yang mengutamakan privasi dan keselesaan, Vila Royale Berbumbung Alang-Alang merupakan antara pilihan terbaik di sini.

Vila seluas 232 meter persegi ini dilengkapi ruang tamu yang luas, ruang makan, dapur serta kawasan santai peribadi. Tetamu juga boleh menikmati pemandangan laut yang menyeluruh dari lokasi vila yang terletak di hujung kawasan penginapan.

Maklumat vila:

  • Keluasan: 232 meter persegi
  • Katil: 1 katil king, 1 katil queen dan 2 katil bujang
  • Kapasiti: Maksimum 6 orang dewasa dan 3 kanak-kanak

Pelbagai Aktiviti Menarik Untuk Dicuba

Percutian di Golden Palm Tree Malaysia bukan sekadar berehat di bilik penginapan. Tetamu juga boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik sepanjang berada di sini.

Bagi pencinta aktiviti lasak, terdapat pelbagai sukan air dan aktiviti darat yang boleh disertai. Selain itu, tetamu turut boleh menyertai lawatan sungai paya bakau bagi menikmati keindahan alam semula jadi di sekitar Bagan Lalang.

Pantai Bagan Lalang yang terletak berhampiran pusat peranginan ini juga sering menjadi pilihan pengunjung untuk bersiar-siar dan menikmati pemandangan matahari terbenam.

Pelbagai Pilihan Tempat Makan

Dari segi sajian, pusat peranginan ini mempunyai beberapa pilihan restoran yang boleh dikunjungi sepanjang penginapan.

Antaranya ialah Restoran Bila-Bila yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa sepanjang hari, Restoran Sepoi-Sepoi yang terkenal dengan sajian tempatan serta Restoran Hai Sang Lou yang menyediakan pelbagai hidangan Cina termasuk dim sum dan masakan Sichuan serta Kantonis.

Selain itu, terdapat juga Pantry yang menyediakan pelbagai pilihan makanan ringan, kopi dan minuman untuk tetamu yang inginkan hidangan ringkas.

Luangkan Masa Bersantai Di LIN Spa

Selepas seharian melakukan aktiviti, tetamu boleh meluangkan masa di LIN Spa yang menyediakan pelbagai rawatan untuk membantu merehatkan badan dan minda.

Antara rawatan yang disediakan termasuk urutan aromaterapi, urutan tradisional Malaysia serta rawatan khas bagi mengurangkan ketegangan otot.

Bagi keluarga yang membawa anak-anak, pusat peranginan ini turut menyediakan Tiki Tots iaitu kelab kanak-kanak yang menyediakan pelbagai aktiviti seperti mewarna, seni dan kraf, permainan tradisional, permainan pantai, kelas tarian dan tayangan filem.

Golden Palm Tree Malaysia sesuai dijadikan destinasi percutian buat pasangan, keluarga mahupun kumpulan rakan-rakan yang ingin menikmati suasana tenang sambil menginap di vila atas air yang unik.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
2
Star
Star
5
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Bagan Lalanggolden palm tree malaysiaselangor
Share11Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Coffee Terrace
LifeXplore

Coffee Terrace Kembali Dengan Bufet Makan Malam Ikonik “The Nostalgic Spread”

by Nurul A.
August 14, 2026

Selepas beberapa tahun tidak ditawarkan, bufet makan malam ikonik Coffee Terrace kini kembali menerusi “The Nostalgic Spread”, membawakan semula pengalaman...

Read moreDetails
Kudrat 1968: High Council, Christy Ng
LifeXplore

Bakal Ditayangkan, “KUDRAT 1968: High Council” Siap Ada Koleksi Kolaborasi Dengan Christy Ng!

by Nurul A.
September 5, 2026

Teka-teki teraju utama filem "KUDRAT 1968: High Council" terjawab selepas Astro Shaw memperkenalkan pelakon Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Akmal Asyraf,...

Read moreDetails
LifeXplore

Bo Lingam Umum Codeshare Pertama AirAsia, Istanbul Jadi Jambatan Asia-Eropah

by Phic ARMAN
September 2, 2026

Kalau dulu nama AirAsia cukup sinonim dengan penerbangan murah dalam Asia, sekarang nampaknya syarikat penerbangan itu sedang memasang impian yang...

Read moreDetails
Foto - GSC Malaysia
LifeXplore

31 Dewan Pawagam GSC Malaysia Kini Diperakui INFINITY VISION

by Nurul A.
September 3, 2026

Golden Screen Cinemas (‘GSC’) telah mengumumkan bahawa 31 dewan di seluruh negara kini telah diperakui INFINITY VISION, iaitu dewan yang...

Read moreDetails
LifeXplore

Lagenda Puteri Santubong Kembali! Kisah Dua Puteri Sarawak Bakal Gegar Istana Budaya

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Lagenda Puteri Santubong yang sekian lama menjadi sebahagian daripada memori budaya Sarawak bakal diberi nafas baharu menerusi pementasan teater tari...

Read moreDetails
Le Méridien Putrajaya
Hotel

Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

by Nurul A.
August 20, 2026

Le Méridien Putrajaya menandakan ulang tahun ke-10nya dengan koleksi tawaran penginapan dan santapan terhad dari Ogos hingga September ini. Diinspirasikan...

Read moreDetails
Kanser Payudara
Kesihatan

Jangan Lalai! Wanita Wajib Tahu 3 Situasi Ini Tanda Awal Kanser Payudara

by Nurul A.
October 7, 2026

Jatuh pada bulan Oktober setiap tahun, Bulan Kesedaran Kanser Payudara diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran; menunjukkan sokongan dan solidariti bagi...

Read moreDetails
Munchy's Malaysia
LifeXplore

Sambut Ulang Tahun Ke-35, Munchy’s Sumbang RM500K Sempena Hari Merdeka & Hari Malaysia

by Nurul A.
August 26, 2026

Jenama makanan ringan tempatan, Munchy’s Malaysia meraikan ulang tahunnya yang ke-35 dengan menyumbang produk bernilai RM500,000 sempena Sambutan Hari Kebangsaan...

Read moreDetails
Jadi Batek x Bokitta
LifeXplore

Jadi Batek & Bokitta Lancar “The Art Series”, Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026

by Nurul A.
August 30, 2026

Sempena sambutan Merdeka 2026, Jadi Batek bekerjasama dengan Bokitta untuk melancarkan "The Art Series", iaitu koleksi istimewa yang menampilkan enam...

Read moreDetails
Foto - Royal Selangor
LifeXplore

Jejak Warisan, Royal Selangor Ketengahkan Seni Emas Telepuk

by Nurul A.
September 2, 2026

Dahulunya dikhaskan untuk tekstil upacara dan pakaian kebesaran, telepuk merupakan seni tekstil Melayu tradisional yang dibezakan oleh motifnya yang rumit...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara