Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Sebelah Wajah Terasa Kejang? Kenali Tanda-Tanda Awal Gejala Strok

by Jash Lee
September 26, 2020
Share on Facebook

Strok adalah keadaan dimana fungsi otak akan berubah akibat daripada penyumbatan atau pecahnya saluran darah. Tanpa bekalan darah dan oksigen yang cukup, sel-sel dari bahagian otak yang terkena akan mula mati. Ini akan mengakibatkan perubahan kepada kemampuan pesakit untuk berfungsi atau bergerak secara normal. Tahap strok yang berlaku bergantung kepada tahap kerosakan otak. Strok juga sering disebut sebagai ‘serangan otak’ untuk membezakannya dari serangan jantung.

via asuransi365.com

Serangan strok boleh terjadi secara mengejut dan tiba-tiba, membuatkan orang merasa panik dan sangat sakit bagi penghidapnya. Strok boleh mengancam nyawa dan ia sebenarnya harus diberi rawatan dengan kadar segera. Untuk itu, mari kita kenali 4 tanda-tanda awal gejala strok yang dikenali sebagai FAST untuk singkatan dari Face-Arms-Speech-Time. Tanda-tanda dan gejala strok adalah berbeza-beza dari satu individu ke individu yang lain, tetapi biasanya ia akan terjadi secara tiba-tiba.

Mari kita lihat penjelasannya!

Face (Wajah)

via WordPress.Com

Lumpuh boleh terjadi pada sebelah wajah sahaja. Kita dapat melihatnya ketika penghidap tersenyum, hanya sebelah sudut bibir sahaja yang akan naik dan sebelah mata akan kelihatan seperti terkulai ke bawah. Bezakan ini dari kelumpuhan sebelah muka Bell’s Palsy.

Arms (Lengan)

via amongguru.com

Cuba minta orang yang disyaki terkena strok lengan untuk mengangkat tangannya. Dicurigai strok kerana mereka tidak akan dapat mengangkat salah satu atau kedua-dua tangan kerana lengan mereka sudah lemah. Lengan juga akan mengalami kebas dan kesemutan.

Speech (Bercakap) 

Gangguan ketika bercakap yang terjadi secara mendadak adalah salah satu gejala yang paling ketara bila terkena strok. Pesakit tiba-tiba tidak mampu untuk bercakap dengan lancar seperti biasa dan tersekat-sekat atau bahkan tidak dapat bercakap sama sekali walaupun dia dalam keadaan yang sedar.

via blogspot.com

Time (Masa)

Setiap saat sangat berharga. Jadi sekarang adalah masa untuk memanggil atau membawa pesakit untuk mendapatkan rawatan sesegera mungkin apabila anda sudah melihat beberapa gejala seperti yang tersenarai diatas.

Sangat penting bagi kita untuk selalu mengingati akan tanda-tanda strok terutamanya jika anda tinggal bersama dengan orang-orang yang berisiko tinggi untuk terkena strok seperti orang tua, penghidap diabetes mellitus atau tekanan darah tinggi. Ini adalah bagi mengelakkan daripada terkena kecacatan atau lebih teruk lagi kematian akibat strok.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
gejalaawal strok jagakesihatan
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara