Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update #ApaPlan

Anuar Zain & Ning Baizura Bakal Disatukan Dalam Sebuah Konsert Oktober Ini?

by Phic ARMAN
September 14, 2022
Share on Facebook

Benarkah penyanyi hebat, Anuar Zain dan Ning Baizura akan disatukan dalam sebuah  konsert? Ya, mereka berdua akan bergabung tenaga dalam persembahan amal yang dinamakan The Cloth Concert anjuran Persatuan Veteran RTM (PVRTM) di IOI Putrajaya pada 22 Oktober depan.

Disertai ramai pereka fesyen veteran dan baharu, serta penyanyi lama dan yang sedang meningkat naik

Sesuai dengan judul konsert ini, ia disertai pereka fesyen terkemuka Zang Toi dan Dato’ Tom Abang Saufi. Presiden PVRTM Zohara Gany Mhd. Batusha berkata konsert yang dinaungi oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor itu turut menampilkan beberapa pereka fesyen veteran dan baharu yang lain serta penyanyi lama dan yang sedang meningkat naik.

Presiden PVRTM Zohara Gany Mhd. Batusha

“Pereka lain yang telah mengesahkan penyertaan ialah ialah Rizman Ruzaini, Carven Ong, Calvin Thoo, J Khan, Wan Bynun, Yans Creation, Huda, Nina B Nina, Sharifah Kirana dan Melinda Omar. Manakala Anuar Zain dan Nin Baizura pula akan ditemani oleh Azlina Aziz, Datin Alyah, Stacy, Noryn Aziz, Mimifly dan pemain saksofon, JARI,” katanya pada sidang media konsert itu di sini hari ini.

Mengenai konsep persembahan, Zohara berkata PVRTM menamakan acara itu The Cloth Concert dan bukan The Fashion Concert kerana asal usul fesyen bermula dengan sehelai kain.

“Kami ingin mengetengahkan kain atau tekstil tradisional tempatan seperti songket, batik, tenun dan pua kumbu. Titik permulaan membuat rekaan baju bermula daripada sehelai kain yang berasal daripada kapas. Kapas ditanam, dijadikan benang, ditenun menjadi kain dan seterusnya dibuat baju, dan semua ini akan kami jelmakan dalam The Cloth Concert,” katanya.

Antara pereka yang mengambil bahagian dalam THE CLOTH CONSERT.

Zohara turut berharap konsert itu yang dianjurkan dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia dan Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia akan mewujudkan kesedaran dalam kalangan audiens mengenai keunikan tekstil tradisional tempatan serta mengembalikan kegemilangan tekstil tradisional sebagai busana kebangsaan turun-temurun.

“Kami mahu melihat lebih banyak rekaan fesyen tempatan daripada tekstil tradisional kita berada di pasaran global. Kami menghargai idea kreatif daripada pelbagai bidang dan acara ini tempat berhimpunnya pereka fesyen dan bintang terkemuka industri hiburan kita,” katanya.

Mengulas lanjut, Zohara berkata beliau yakin konsert ini akan berjaya mencapai sasaran untuk mengumpul dana mencukupi bagi mengisi tabung kebajikan persatuan itu yang turut dianggotai bekas kakitangan kontrak dan sambilan yang tidak mempunyai pencen.

Katanya ini kali kedua PVRTM mengadakan persembahan konsert bersakala besar.

“Tiga tahun lalu kami pernah menganjurkan Konsert Amal Diraja ‘Malam Bulan Dipagar Bintang’ bersempena ulang tahun keputeraan ke-74 DYMM Sultan Selangor di Istana Budaya,” kata Zohara.

PVRTM yang didaftarkan pada 1996 kini mempunyai lebih 1200 ahli daripada semua bidang termasuk penerbitan, teknikal dan perkhdmatan sokongan.

https://lomp.at/jt2qh
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @hrisbismail (IG)
Lokal

PU Riz Balas Kritikan Tak Beri Teguran Pada Keluarga- “Simpan Kurang Cerdik Pada Diri Sendiri”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan kritikan orang ramai yang mendakwa dirinya tidak lantang memberi teguran kepada ahli...

Read moreDetails
Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Sheikh Muszaphar Terharu Lihat Ibu Masih Bertenaga Ketika Saie-“Siap Lari Anak Lagi..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa kagum dengan ibunya yang masih bertenaga biarpun sudah berusia 81 tahun...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

by Naddy Joe
January 20, 2026

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang melakukan 'cover' sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore